Vagina Saya Terjatuh/Terkeluar Ketika Melakukan Seks Dan Ini Kisahnya

Tahukah anda yang 40% wanita pernah mengalami pengalaman vagina terjatuh atau terkeluar ketika melakukan seks? Ha... jom elak daripada mengalami pengalaman ngeri ini!

Miss V Terjatuh Ketika Melakukan Seks?

Bunyi macam menakutkan dan merisaukan bukan? Tetapi, ya ini boleh terjadi kepada sesiapa saja!

Dan Your Tango telah berkongsi pengalaman seorang kenalan tentang vaginanya yang terjatuh atau terkeluar ketika sedang melakukan seks beserta butirannya.

Berikut adalah perkongsian dari laman sesawang tersebut:

Tidak mustahil untuk mengadakan hubungan seks yang terlalu ganas atau kasar hingga ia boleh menyebabkan vagina terkeluar atau jatuh. Wanita ini telah mengalaminya sendiri.

Beliau pernah menjalani pembedahan separa hysterectomy iaitu pembedahan membuang rahim. Beliau juga telah membuat prosedur mengikat tiub. Sebelum ini, beliau juga pernah bersalin.

Pasangannya mempunyai saiz zakar sebesar tin minuman air tenaga. Walaupun beliau tidak tahu sama ada makluman ini ada kena mengena atau tidak kerana seks bukanlah punca utama kejadian ini.

Kemudian, beliau dan pasangannya telah menjalani sesi keintiman yang lebih kasar dari biasa yang membuatkan beliau rasa sakit.

Beliau fikir itu kerana pasangannya asyik melanggar serviksnya tetapi beliau tetap menikmati sesi tersebut.

Tetapi selepas selesai dan pasangannya menarik keluar zakar dari miss V-nya, anda tahu apa jadi…

Beliau rasa ada sesuatu yang tak kena! Tiba-tiba beliau mula rasa loya. Beliau juga rasa vaginanya seperti mengembang!

Rasa seperti hendak membuang air namun apabila ke tandas, tiada apa-apa. Beliau tidak dapat membuang air kecil hingga terpaksa meneran.

Pelvic Organ Prolaspe/ Vaginal Prolapse

Pasangannya kemudian mula menegur ‘apakah donut merah jambu pelik itu?’.

Beliau tidak faham pada mulanya, hinggalah pasangannya itu mengambil gambar dan menunjukkan padanya.

Di saat itulah, beliau sedar, vaginanya telah terkeluar!

Secara teknikalnya, kejadian ini dipanggil sebagai pelvic organ prolaspe atau vaginal prolapse dan hampir 40% wanita pernah mengalaminya.

Ia terjadi terutamanya pada mereka yang mempunyai otot pelvik yang lemah. Sama ada wanita yang lebih berumur, sudah bersalin atau yang pernah menjalani pembedahan.

Foto ehsan Cleveland Clinic

Walaupun ia kedengaran sungguh mengerikan dan menyakitkan, sebenarnya ia tidaklah sesakit yang dibayangkan. Hanya rasa ‘berat‘ atau ‘penuh‘ di bawah sana dan sukar untuk membuang air kecil.

Rasa tidak selesa yang sederhana namun ia lebih sakit jika keseluruhan vagina yang terkeluar.

Foto ehsan Pearl obstetrics | gynaecology

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

Ok, bunyinya memang agak mencemaskan, bukan? Tapi apa yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami perkara yang sama? Secara amnya, ini yang anda boleh lakukan:

  • Senaman Kegel dengan kerap. Jika anda tanya mana-mana bidan, mereka juga akan mencadangkan senaman ini. Kerana ia menguatkan otot pelvik anda terutamanya bagi mereka yang sudah bersalin.
  • Elakkan sembelit atau rawat sembeli jika ada. Makanan seimbang adalah kunci utama di sini. Banyakan makanan berserat dan minum air kosong dengan secukupnya.
  • Elakkan mengangkat barang terlalu berat dan pastikan postur anda betul. Ada sebab mengapa kebanyakan wanita tidak digalakkan mengangkat berat dan ini adalah salah satu daripadanya. 
  • Kawal batuk dan ketawa anda. Batuk yang terlampau kuat atau ketawa terbahak-bahak hingga terbatuk juga boleh menjadi penyumbang. Elakkan merokok atau apa-apa tabiat yang boleh menyebabkan batuk teruk.
  • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan juga adalah salah satu risiko. Jadi amat penting untuk sentiasa memantau berat badan.

‘Vaginal prolaspe’ atau ‘pelvic organ prolaspe’ memang boleh dirawat. Tetapi ia memakan masa untuk dirawat. Mengapa perlu rawat jika anda boleh berusaha untuk mengelakkannya dari terjadi, betul tak?

Mari sama-sama kita elak kejadian ini, ok?

Jaga kesihatan anda wahai wanita semua!

Sumber rujukan: Your Tango dan Mayo Clinic

Anda mungkin juga berminat dengan

5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

 

 

Penulis

Aqma