Ibu bapa di Malaysia boleh dikatakan sangat bertuah kerana diberi kemudahan jadual imunisasi bayi dengan vaksin yang penting untuk anak-anak, tidak kira sama ada klinik dan hospital kerajaan ataupun swasta.
Walau bagaimanapun untuk anda yang mengunjungi klinik atau hospital kerajaan, ada dua jenis vaksin yang penting untuk anak-anak tidak termasuk di dalam jadual imunisasi tersebut, namun ia sama pentingnya seperti vaksin lain. Ia adalah vaksin rotavirus dan chickenpox (cacar air).
Menurut Datuk Dr Zulkifli Ismail, dua vaksin ini sering dilupakan oleh ibu bapa. “Ibu bapa tidak fikir untuk memberikan vaksin rotavirus dan chickenpox ini kerana ia tidak terdapat di dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Walau bagaimanapun, kedua-dua vaksin ini sangat penting untuk perlindungan kesihatan kanak-kanak.”
Vaksin Penting Untuk Kanak-Kanak di Malaysia: Rotavirus Boleh Membawa Maut
Dr Zulkifli menjelaskan “Rotavirus ini mudah berjangkit[1]. Ia adalah punca utama kanak-kanak bawah 5 tahun seluruh dunia mengalami cirit-birit[2]. Setiap tahun, rotavirus membunuh dalam 215,000 kanak-kanak di seluruh dunia dan mencipta kemasukan hospital sebanyak 50% untuk cirit-birit[3],[4].”
Beliau turut menekankan bahawa jangkitan rotavirus ini cukup berbahaya: “Kanak-kanak yang terkena jangkitan ini akan mengalami simptom seperti demam, muntah-muntah dan cirit-birit. Akibat kehilangan terlalu banyak air, ia boleh menyebabkan dehidrasi. Dan jika tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan kematian. Bayi adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mengalami dehidrasi ekoran kekurangan berat badan[5].”
“Jangkitan pertama adalah lebih serius dan tidak menyebabkan imuniti kekal. Kanak-kanak boleh dijangkiti lagi tidak kira usia, namun jangkitan seterusnya selalunya tidaklah seteruk jangkitan pertama[6],” katanya.
Mengapa Ibu Bapa Patut Elak Anak Dari Jangkitan Cacar Air?
Seperti rotavirus, cacar air juga adalah penyakit berjangkit dan ia berpunca daripada virus varicella-zoster. “Ramai ibu bapa berpendapat cacar air bukanlah masalah serius selain dari menyebabkan parut. Walau bagaimanapun, mereka tidak tahu bahawa cacar air ini boleh menyebabkan komplikasi atau kematian walaupun pada kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah kesihatan.
“Secara tahunan, terdapat 4.2 juta kes komplikasi serius yang menyebabkan kemasukan ke hospital dan 4,200 kematian di seluruh dunia. Komplikasi termasuk jangkitan otak, jangkitan bakteria pada kulit, jangkitan pada saluran darah dan paru-paru [8]. Parut juga kemungkinan berlaku namun hanya pada kanak-kanak yang lebih berusia[9].
Tambahnya lagi: “Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, cacar air merebak di kalangan kanak-kanak dengan lebih cepat, terutama sekali di tempat asuhan dan tadika[10]. Jangkitan semula jadi selalunya akan memberikan imuniti sepanjang hayat[10], walau bagaimanapun ibu bapa tidak akan tahu seberapa serius simptom yang bakal dihadapi anak-anak. Jadi ia mungkin tidak berbaloi mengambil risiko.
Vaksin dapat mencegah jangkitan pada kanak-kanak di Malaysia
Dr Zulkifli menyimpulkan: “Penting untuk mengambil langkah mencegah bagi melindungi kanak-kanak dari penyakit ini, dan antara salah satu cara adalah dengan mengambil vaksin.”
“Saya menyarankan ibu bapa supaya tidak berasa bimbang dengan kedua-dua vaksin ini. Anggap vaksin ini sebagai satu siri dalam jadual imunisasi. Malah rotavirus boleh diambil seawal usia bayi 6 minggu manakala vaksin cacar air pula hanya mula diambil pada usia 12 bulan ke atas[12],[13].”
Di Malaysia, vaksin rotavirus dan cacar air ini hanya boleh didapati di klinik swasta. Bagi ibu-ibu mengandung, boleh pertimbangkan untuk memasukkan kedua-dua vaksin ini dalam jadual imunisasi anak anda nanti. Dan untuk ibu bapa yang mempunyai anak bawah 3 bulan dan kanak-kanak yang bakal menginjak usia 1 tahun, kunjungi klinik berdekatan dan dapatkan rundingan dengan pakar pediatrik anak anda mengenai perlindungan rotavirus dan cacar air.
Datuk Dr Zulkifli Ismail adalah seorang pakar perunding pediatrik dan pakar kardiologi pediatrik. Beliau kini merupakan Ketua Jawatankuasa Teknikal Immunise4Life dan Ketua Setiausaha Persatuan Pediatrik Asia Pasifik. Datuk Zulkifli juga pernah menjadi presiden Persatuan Pediatrik Malaysia suatu masa dulu. Dia sebelum ini bertugas sebagai Ketua Pediatrik di hospital universiti. Dia mempunyai lebih daripada 35 penerbitan dalam jurnal antarabangsa dan tempatan yang ditinjau oleh rakan kerjaya. Pada tahun 2012, dia diberi Anugerah Pediatrik Luar Biasa Asia oleh Persatuan Pediatrik Asia Pasifik. Baru-baru ini pada tahun 2019, Datuk Zulkifli dianugerahkan Anugerah Wira Vaksin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Artikel ini telah diadaptasi dari Immunise2Protect.
MY-VVX-00070 Sep/2021
Rujukan:
[1]Mayo Clinic. 2019. Rotavirus. www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300 (Accessed on March 15, 2019)
[2]WHO. 2013. WHO Position Paper. Retrieved from www.who.int/wer/2013/wer8805.pdf?ua=1 (Accessed on March 15, 2019)
[3]WHO. 2018. Immunization, Vaccines and Biologicals. Retrieved from www.who.int/immunization/diseases/rotavirus/en/ (Accessed on March 15, 2019)
[4]Fischer, T. K., Bresee, J. S., & Glass, R. I. Rotavirus vaccines and the prevention of hospital-acquired diarrhea in children. Vaccine. 2004; 22S: S49-S54.
[5]NFID. n.d. Frequently Asked Questions About Rotavirus. www.nfid.org/idinfo/rotavirus/faqs.html (Accessed on March 11, 2019)
[6]CDC. 2018. Epidemiology and Prevention of Vaccine-Preventable Diseases. Retrieved from www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/rota.html (Accessed on March 15, 2019)
[7]WHO. 2014. Varicella and Herpes Zoster Vaccines: WHO Position Paper. Retrieved from www.who.int/wer/2014/wer8925.pdf?ua=1 (Accessed on 18 Apr 2019)
[8]CDC. 2018. Chickenpox Complications. Retrieved from www.cdc.gov/chickenpox/about/complications.html (Accessed on 18 Apr 2019).
[9]Mayo Clinic. n.d. Chickenpox Diagnosis and Treatment. Retrieved from www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/diagnosis-treatment/drc-20351287 (Accessed on 18 Apr 2019).
[10]Facts about chickenpox. Paediatrics & child health. 2005; 10(7): 413-4.
[11]WHO. n.d. Rotavirus. Retrieved from www.who.int/ith/vaccines/rotavirus/en/ (Accessed on April 29, 2019)
[12]WHO. n.d. Varicella. Retrieved from www.who.int/ith/vaccines/varicella/en/ (Accessed on April 29, 2019)
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Jadual Imunisasi Bayi: Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beri Vaksin Pada Bayi