Rotavirus & Cirit Birit: Najis Biasa atau Masalah Lebih Besar?

Berita baik ibu bapa, ada cara untuk melindungi anak anda daripada dijangkiti rotavirus!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Menjadi ibu kepada cahaya mata baru membawa saya kembali ke memori lalu. Sebaik sahaja kami mengetahui bahawa kami bakal menimang cahaya mata lagi, kami segera mempersiapkan diri dengan ilmu yang telah lama kami tinggalkan. Kami menghadiri kelas pranatal, membaca buku tentang kehamilan, melayari  pelbagai laman web untuk melihat set pam susu dan banyak lagi. Saya turut mengikuti beberapa kumpulan sokongan ibu untuk mengetahui trend-trend terhangat dan membeli barangan bayi pada harga diskaun. 

Namun, ada sesuatu yang telah menarik perhatian saya dalam salah satu kumpulan sokongan ibu yang saya sertai, iaitu perbincangan mereka tentang Rotavirus. 

Apakah Rotavirus dan Mengapakah Anak Anda Memerlukan Vaksin Rotavirus?

Bagi anda yang masih tidak mengetahui tentang penyakit ini, Rotavirus adalah jangkitan yang sangat mudah merebak yang boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah1 yang teruk. Malah, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga 50% kes cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak adalah berpunca daripada Rotavirus²Saya juga ada membaca laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang menyatakan bahawa Rotavirus membunuh setengah juta kanak-kanak setiap tahun, iaitu menyumbang sehingga 500,000 kematian yang melibatkan kanak-kanak setiap tahun³.

Gejala Rotavirus pada Kanak-kanak Yang Semua Ibu Bapa Patut Tahu

Penting untuk anda tahu bahawa gejala-gejala berikut biasanya mengambil masa sehingga 2 hari untuk muncul selepas kanak-kanak terkena dengan virus4 tersebut Beberapa gejala biasa termasuk:

  • Loya dan muntah
  • Cirit-birit berair yang mungkin berlarutan dari 3 hingga 8 hari
  • Sakit perut
  • Demam yang hilang selepas 1 hingga 2 hari

Rotavirus merebak dengan mudah dari tangan ke mulut akibat daripada sentuhan dengan najis individu yang dijangkiti². Ini juga sering terjadi kerana kanak-kanak tidak mencuci tangan dengan betul. Sebilangan besar kanak-kanak mampu pulih dengan sendiri daripada jangkitan ini. Namun begitu, dalam kes di mana pesakit kanak-kanak kehilangan terlalu banyak air, atau menghidapi dehidrasi kronik, ada kemungkinan kanak-kanak tidak akan mampu untuk melawan jangkitan Rotavirus ini².  

Vaksin Rotavirus di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa vaksin Rotavirus TIDAK tersenarai dalam Program Imunisasi Kebangsaan²Secara amnya, terdapat dua jenis vaksin oral yang tersedia di Malaysia – vaksin 2 dos dan 3 dos yang boleh diberikan kepada bayi seawal usia 6 minggu². Saya dan suami memilih vaksin 2 dos, yang telah diberikan kepada anak kami dengan jarak masa 4 minggu antara dos pertama dan dos kedua. Oh ya, vaksin Rotavirus diberikan secara oral, bukan suntikan. Saya harus melengkapkan dos vaksinasi bayi saya sebelum dia mencapai usia 24 minggu².

Untuk pengetahuan anda, vaksin ini telah terbukti berjaya mencegah antara 85% hingga 98% kes Rotavirus yang serius dan 74% hingga 87% penyakit Rotavirus secara keseluruhan².

Namun begitu, kita perlu ingat bahawa vaksin bukanlah penawar. Sudah tentu ada risiko-risiko tertentu, seperti juga vaksin-vaksin lain. Jadi, saya sarankan ibu bapa untuk berbincang dengan doktor pakar anak anda tentang apa sahaja persoalan berkenaan vaksin untuk anak kesayangan anda

Bagaimanakah Caranya Untuk Mencegah Penyakit Rotavirus Di Masa Akan Datang?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Jika anda masih keliru tentang hal ini, nasihat saya ialah tanya diri anda sendiri “bagaimana jika ini terjadi…” supaya kita sentiasa bersedia menghadapi apa jua kemungkinan. Saya mempunyai empat orang cahaya mata yang masing-masing menunjukkan reaksi berbeza setiap kali kami ke klinik untuk janji temu bersama doktor mereka. Selain daripada vaksinasi, penjagaan kebersihan tangan juga sangat penting dalam mengurangkan risiko penyebaran Rotavirus. Secara amnya, sentiasalah mencuci tangan, terutamanya selepas membersihkan najis bayi anda. 

Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan, setiap kali kami menyambut kehadiran ahli keluarga baru, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada “manicure” yang cantik-cantik. Cukuplah sekadar menjaga kuku yang pendek dan bersih. Saya juga turut mengingatkan anak-anak supaya  sentiasa mencuci tangan di sinki luar rumah kami setiap kali pulang dari taman permainan untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang virus ke dalam rumah yang boleh menjangkiti adik kecil mereka. 

Jadi, jika anda bertanya saya sama ada saya katakan YA atau TIDAK kepada vaksin Rotavirus…jawapan saya, tentulah YA! Bayangkan, jika kita sendiri tidak larat untuk berdepan cirit-birit, apatah lagi anak kecil kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Asian Parent 2nd Issue – Rotavirus Article (v0.1)
NP-MY-ROT-ADVR-240002   04/24
This educational program is brought to you by GSK
Trademarks are owned by or licensed to the GSK group of companies
GlaxoSmithKline Pharmaceutical Sdn Bhd
195801000141(3277-U)
HZ.01, Horizon Penthouse, 1 Powerhouse,
1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : (603) 7495 2600
www.my.gsk.com

For further information please contact your doctor

References: 

¹ Mayo Clinic. Rotavirus (28 April 2021)
https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/rotavirus/symptoms-causes/syc-20351300

² Kementerian Kesihatan Malaysia. Rotavirus Vaccine (13 November 2015)
www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine/

³ Path. Common Virus and Senseless Killer: A Briefing Paper on Rotavirus (n.d)
https://www.path.org/resources/common-virus-and-senseless-killer-a-briefing-paper-on-rotavirus/

Stanford Children’s Health. Rotavirus Infection in Children (n.d)
https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=rotavirus-infection-in-children-90-P02540

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Advertisement

Written by

bojamma