4 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

Di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP), vaksin untuk anak diberikan secara percuma di semua klinik kerajaan di seluruh negara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana memiliki sistem kesihatan antara yang terbaik di dunia untuk memberikan vaksin kepada anak-anak di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP). Malah, servis dan kepakaran yang diberikan oleh petugas kesihatan juga sangat berkualiti.

Ibu ayah hanya perlu bawa anak ke klinik atau hospital untuk mendapatkan suntikan yang ditawarkan.

Imunisasi adalah salah satu cara yang juga mampu melindungi anak-anak anda daripada dijangkiti penyakit merbahaya. Jadi sebab itulah sebagai ibu ayah, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor anda tentang vaksinasi.

Kebaikan Imunisasi

Vaksin mengandungi bahagian yang lemah atau tidak aktif organisma tertentu (antigen) yang mencetuskan tindak balas imun dalam badan. Vaksin yang lebih baharu mengandungi pelan tindakan untuk menghasilkan antigen.

Tidak kira sama ada vaksin itu terdiri daripada antigen itu sendiri atau pelan tindakan supaya badan akan menghasilkan antigen, versi yang lemah ini tidak akan menyebabkan penyakit pada orang yang menerima vaksin, tetapi ia akan mendorong sistem imun mereka untuk bertindak balas sebanyak mungkin dan akan mempunyai reaksi pertamanya kepada patogen sebenar1.

Mengapa Ibu Bapa Perlu Vaksin Anak Sejak Kecil?

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum sedia maklum bahawa setiap individu mempunyai sistem imun badan berbeza, jadi ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk berusaha melindungi anak-anak mereka. 

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah2. Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-panyakit merbahaya3.

Contohnya seperti:

  • Tibi (batuk kering) – Boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan yang tersumbat4.
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak5.
  • Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis B (Hib) – Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau kematian.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah-muntah, jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia)6.
  • Beguk – Virus ini menyebabkan radang saraf otak (meningitis) yang disebabkan oleh virus dan jangkitan kepada testis (orchitis)7.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan mengakibatkan keguguran, kematian janin, kelahiran mati atau kecacatan kelahiran (congenital rubella syndrome)8.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.
  • Varicella ((Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula9.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema10.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk11
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan hati jangka pendek12.

Walau bagaimanapun, kita masih mendapati bahawa ada segelintir kumpulan di dalam masyarakat (ibu bapa) yang memilih untuk tidak vaksin anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak mengapa, petugas kesihatan hanya perlu bersedia untuk memberikan penjelasan yang lebih mendalam tentang kebaikan suntikan imunisasi ini buat anak-anak mereka.

Kajian mendapati terdapat beberapa sebab dan faktor mengapa keputusan itu diambil oleh sesetengah ibu bapa. Mari kita lihat apakah yang menjadi kebimbangan golongan ini.

4 Sebab Kenapa Ibu Bapa Enggan Vaksin Anak

#1: Vaksin Anak Ada Bahan Tercemar

Bercakap tentang kotor, kandungan suntikan ini hakikatnya adalah air dan bahagian daripada bakteria atau virus tertentu.

Ada juga beberapa bahan tambahan lain seperti merkuri dan aluminium yang bertujuan untuk memelihara dan membantu meningkatkan keberkesanannya13.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi, jangan bimbang. Bahan-bahan tambahan ini tidak berkumpul di dalam badan anak dan kadarnya adalah sangat sedikit.

#2: Vaksin Anak Tidak Halal Kerana Ada Bahan Daripada Khinzir

Menjawab persoalan hukum, Mufti Wilayah Persekutuan, SS Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri telah menjawab menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, vaksin adalah satu keperluan di dalam masyarakat. Sesetengah vaksin yang mengandungi bahan terlarang atau asalnya najis yang telah dirawatkan dengan bahan kimia, ini menyebabkan nama atau ciri-cirinya berubah melalui proses istihalah dan akan memberikan kesan berfaedah14. Oleh itu menjadikan ia halal untuk diambil. 

#3: “Anak Saya sihat, Kenapa Perlu Saya Vaksin Anak Saya?”

Vaksin boleh mencegah penyakit-penyakit. Sebab itulah ibu ayah disarankan untuk cuba mencegah penyakit daripada menyerang si manja.

Yang penting, sentiasa tawakal dan berusaha.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa penting untuk mencegah?

Sesetengah penyakit sangat sukar untuk dirawat. Contohnya rawatan Tibi selalunya panjang dan tidak semestinya berjaya. Ada juga penyakit yang susah didiagnosis sehingga berlaku komplikasi, seperti hepatitis B3.

Oleh itu, mencegah adalah langkah terbaik untuk menangani penyakit ini. Sebenarnya vaksin juga membantu menjimat wang dengan menggelakkan kemasukan ke hospital dan ubat-ubat atau kos rawatan3.

#4: Vaksin Anak Adalah Hak Ibu Bapa

Jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah15.

Terdapat sebahagian orang dalam masyarakat yang tidak boleh mengambil vaksin disebabkan oleh masalah kesihatan seperti sistem imun yang lemah. Golongan berisiko tinggi ini boleh dilindungi juga jikalau ramai yang mengambil vaksin2

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebaikan dan Kepentingan Vaksin Yang Perlu Ibu Ayah Ketahui

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Menurut laporan WHO, vaksinasi telah banyak mengurangkan beban penyakit berjangkit16.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa keselamatan vaksin mendapat lebih perhatian umum berbanding keberkesanannya. 

Penyelidikan moden juga telah mendorong pembangunan produk yang kurang reaktogenik, seperti vaksin pertusis acellular dan vaksin rabies yang dihasilkan dalam kultur sel16

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), suntikan imunisasi adalah salah satu cara penting untuk melindungi kesihatan bayi. Imunisasi boleh tolong mencegah lebih daripada sedozen penyakit serius. Kegagalan memberi vaksin mungkin bermakna meletakkan kanak-kanak berisiko mendapat penyakit yang serius dan kadangkala membawa maut17.

Bayi amat terdedah kepada jangkitan, itulah sebabnya sangat penting untuk melindungi mereka dengan imunisasi. Imunisasi membantu mencegah penyebaran penyakit dan melindungi bayi dan kanak-kanak daripada komplikasi berbahaya17.

CDC juga turut menyediakan senarai penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, seperti cacar air, rotavirus, pnemokokus, Pertusis, campak dan lain-lain18.

Vaksin Dapat Mengawal Komplikasi16

Vaksin yang berkesan boleh melindungi individu jika diberikan sebelum pendedahan. Suntikan pra-pendedahan bayi dengan beberapa antigen adalah asas kepada program imunisasi yang berjaya terhadap sekumpulan penyakit kanak-kanak19.

Dan kini, kajian pasca pemasaran telah mengesahkan keberkesanan tinggi vaksinasi bayi terhadap jangkitan Hib di Jerman dan pertusis di Sweden.

Vaksin Hepatitis A telah ditunjukkan sama-sama berkesan terhadap penyakit bergejala dan jangkitan tanpa gejala.

Kesimpulannya, ibu bapa bertanggungjawab ke atas kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka termasuk memberi mereka nutrisi yang secukupnya, amalan kebersihan yang baik dan memberi vaksin terhadap penyakit berbahaya.

Ibu ayah sememangnya hanya inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka, sebab itulah mereka ingin memastikan bahawa suntikan vaksin ini adalah selamat sebelum membuat keputusan untuk memberikannya kepada anak-anak.

Semoga artikel ini memberikan manfaat buat para ibu bapa di luar sana.

MY-ROT-00221 Jul/2022

Rujukan:

  1. World Health Organization (WHO). How do vaccines work. Available From https://www.who.int/news-room/feature-stories/detail/how-do-vaccines-work?adgroupsurvey={adgroupsurvey}&gclid=Cj0KCQjwmuiTBhDoARIsAPiv6L-HjGLP56i_UwYdxde45nP-FBppShlTPd7LH5LUydJwNdYd5cHDC20aAjOzEALw_wcB. Last Accessed 12 May 2022.
  2. MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available From https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  3. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 01 June 2022.
  4. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 10 June 2022.
  5. National Health Services (NHS). Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 10 June 2022.
  6. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last accessed 09 June 2022.
  7. National Health Services (NHS). Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/Last accessed 09 June 2022. 
  8. World Health Organization (WHO). Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last accessed 09 June 2022. 
  9. MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 01 June 2022.
  10. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Types of Influenza Viruses. Available From: https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 17 June 2022.
  11. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 17 June 2022.
  12. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). What is Hepatitis A. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 17 June 2022.
  13. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). What’s in Vaccines? Available From:  https://www.cdc.gov/vaccines/vac-gen/additives.htm. Last Accessed 12 May 2022.
  14. Mufti of Federal Territory Office. Bayan Linnas Series 59: Vaccine: According to Fiqh and Maqasid Syariah. Available From: https://muftiwp.gov.my/en/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/1163-bayan-linnas-series-59-vaccine-according-to-fiqh-and-maqasid-syariah. Last Accessed 15 Jun 2022.
  15. World Health Organization (WHO. Coronavirus disease (COVID-19): Herd immunity, lockdowns and COVID-19. Available From: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/herd-immunity-lockdowns-and-covid-19.  Last Accessed 12 May 2022.
  16. Andre FE, Booy R, Bock HL, Clemens J, Datta SK, John TJ, Lee BW, Lolekha S, Prltola H, Ruff TA, Santosham M, Schmitt HJ. Vaccination greatly reduces disease, disability, death and inequity worldwide. Bulletin of World Health Organ [Internet]. 2008;86(2). 
  17. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Answers to Your Most Common Questions about Childhood Vaccines. Available From:  https://www.cdc.gov/vaccines/parents/FAQs.html?CDC_AA_refVal=https%3A%2F%2Fwww.cdc.gov%2Fvaccines%2Fparents%2Fparent-questions.html. Last Accessed 19 June 2022.
  18. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Vaccines by Disease. Available From:   https://www.cdc.gov/vaccines/vpd/vaccines-diseases.html. Last Accessed 10 June 2022.
  19. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Understanding How Vaccines Work. Available from: https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/conversations/understanding-vacc-work.html. Last Accessed 01 June 2022.