Sedih rasanya melihat mural ‘hero’ Covid-19 Malaysia diconteng tanpa rasa belas kasihan langsung. Memang tak hairan jika ada ada kajian mengatakan pelakuan vandalism tanda awal sakit mental!
Vandalism adalah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
Perbuatan buruk ini mengakibatkan pelbagai pihak mengalamai kerugian dan terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang yang rosak akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pelaku.
Vandalism is bad perlu diterap dalam minda anak kecil
Semua tahu minda anak kecil ibarat span yang mudah menyerap apa saja terutama ketika usia mereka satu hingga empat tahun.
Segala yang diajarkan kepada mereka dalam usia ini mudah diserap ibarat tiada penghalang langsung untuk mereka menyerap apa yang diajar dan dilihat di depan mata.
Jangan pandang rendah keupayaan mereka untuk memahami apa juga yang ada di sekeliling mereka. Jadi tidak salah untuk mengajar mereka bahawa vandalism itu adalah perbuatan buruk yang langsung tidak dapat diterima oleh masyarakat.
Disebabkan anak-anak kecil ini seperti span, meraka mudah menyerap segala perbuatan dan perkataan yang dimainkan di hadapan mereka. Setiap perbuatan orang dewasa terutama ibu bapa akan menjadi ikutan mereka yang biasanya kita anggap sebagai penonton saja.
Sedangkan tanpa kita tahu mereka sebenarnya sedang merekod dalam otak untuk meniru setiap perbuatan yang kita lakukan sama ada sedar atau tidak.
Setiap perkataan dan perbuatan orang dewasa di hadapan kanak-kanak terutama ibu bapa akan memberi impak yang besar dalam pembentukan sikap dan sahsiah mereka pada masa depan.
Ajar seawal usia vandalism is bad
Jadi seawal usia mereka perlu dididik mengenai buruknya vandalism atau perbuatan merosakkkan harta benda tidak kira sama ada di rumah atau di luar.
Tidak kira sama ada ia adalah hak milik peribadi atau orang lain anak-anak ini perlu diajar bahawa perbuatan vandalism sama sekali tidak dapat diterima dan ia sama sekali satu perkara yang salah.
Tips fahamkan anak kecil mengenai vandalism
Jadi menjadi kewajipan kita sebagai ibu bapa dan orang lebih dewasa untuk menerapkan dalam diri mereka bahawa vandalism adalah perkara yang sama sekali tidak boleh diterima.
Cuba ajar anak anda dari seawal usia dan lihat perubahannya. Nampak remeh ya perkara ini, tetapi besar impaknya pada masa depan mereka. Jangan sampai anak anda jadi pemusnah harta benda orang lain kerana anda tidak mendidik mereka sejak awal usia ya!
#1. Guna perkataan, ayat mudah
Ada ibu bapa yang suka menggunakan perkataan sukar difahami anak kecil. Gunakan perkataan dan ayat yang simple . Jika mereka lakukan perkara yang salah, terangkan pada mereka kenapa ia salah dalam bahasa yang mudah.
Contohnya, conteng atas kertas, nanti rumah tak cantik kalau conteng di dinding perkataan mudah untuk difahami berbanding, adik jangan conteng di dinding, nanti rumah kotor . Beri jalan penyelesaian kepada anak supaya mereka boleh berfikir kenapa perkara itu salah.
#2. Sekecil-kecil perbuatan merosak dianggap vandalism
Jangan ingat conteng dinding itu perkara comel ya, ajar anak untuk menconteng di tempat sepatutnya contohnya kertas atau papan tulis.
#3. Ajar mereka untuk hargai, sayang barang
Jika mereka diajar sayang barang sejak kecil, sikap ini akan tersemai sehingga dewasa. Jika mereka menghargai barang walaupun sekecil-kecil barang, agak mustahil untuk melakukan perbuatan merosak harta benda orang lain di luar ana apabila mereka meningkat usia kelak.
#4. Buang sampah merata perbuatan merosak
Terapkan kebersihan dalam diri anak. Tanam dalam diri mereka, kebersihan itu perlu dijaga walau di mana juga mereka berada.
Buang sampah merata dianggap merosakkan pemandangan, tidak salah juga ia dianggap vandalism!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtip-menangani-anak-nakal-10-kesilapan