Golongan penggemar rokok elektronik, vaper Malaysia tidak hanya terhad pada golongan lelaki sahaja. Pada zaman kini juga dapat dilihat sebilangan kaum wanita turut mencuba alatan ini kerana ia memiliki pelbagai perisa dengan kepulan asap yang lebih tebal berbanding sebatang rokok.
Ada yang berpendapat bahawa kesan vape ini kurang berbahaya jika dibandingkan dengan menghisap rokok. Namun pihak kesihatan telah menagtakan bahawa ia turut berupaya menjejaskan kesihatan tubuh badan.
Ibu hamil antara vaper Malaysia, adakah ia selamat untuk janin dalam kandungan?
Kesan terhadap kesihatan jangka panjang akibat penggunaan rokok elektronik atau produk vaping lain masih belum diketahui. Namun pada bulan September 2019, pihak kesihatan telah melakukan siasatan mengenai wabak penyakit paru-paru yang teruk berkaitan dengan e-rokok ini.
Bagi perokok aktif atau pasif, anda mungkin mengatakan bahawa alatan ini sama sekali tidak berbahaya. Kepulan asap yang banyak membuatkan seseorang vaper Malaysia rasa lebih ‘nikmat’ ketika menggunakannya.
Akan tetapi, tahukah anda akan asap dari vaping ini mengandungi sesuatu meskipun ia didatangkan dengan pelbagai perisa dan bau lebih menyenangkan seperti gula-gula?
Kandungan bahan kimia dalam cecair vape
Memetik What to Expect, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) dan laporan Surgeon General 2016 mengatakan bahawa rokok elektronik atau vape sememangnya tidak selamat untuk ibu mengandung.
Kandungan bahan kimia berbahaya dalam cecair vape ini menjadi alasan mengapa ia mampu menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Antaranya ialah nikotin, bahan pengawet, propilen glikol (penyebab iritasi mata dan paru-paru).
Ketika dipanaskan dengan suhu yang tinggi, karbonil dalam cecair vape akan terbentuk dan berpotensi menjadi bahan beracun. Karbonil ini ditemui oleh para peneliti meliputi formaldehida, asetaldehida, aseton dan butanol.
Kesan yang bakal terjadi pada ibu mengandung
Bagi ibu yang sedang hamil, tabiat merokok menyebabkan risiko kelahiran pramatang, berat bayi lahir rendah, kecacatan lahir dan bahkan kematian bayi.
Disebabkan inilah kebanyakan wanita berusaha berhenti menghisap rokok, laluu mencari alternatif dengan mendapatkan vape. Pada hakikatnya, risiko kesihatan yang dimiliki oleh ibu mengandung yang terbiasa merokok dengan penggunaan rokok elektronik ini sebenarnya tidak jauh berbeza.
Hal ini kerana ia dikatakan merisikokan diri anda dan bayi dengan:
- Kehamilan ektopik
- Keguguran
- Kecacatan janin
- Kelahiran pramatang
- Bayi lahir mati
- Keperluan rawatan intensif kerana berat lahir rrendah
- Kematian mengejut iaitu Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)
- Cacat bawaan termasuklah paru-paru dan otak
- Merokok ketika hamil boleh menyebabkan risiko anak mudah menghidap masalah asma, kolik dan memiliki masalah kesihatan mental seperti Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD).
Tindakan awal berhenti vape ketika hamil
Sekiranya ibu terbiasa menggunakan rokok elektronik atau ketagihan, sebaiknya mulai berhenti mulai sekarang. Mungkin ia kedengaran seperti sukar, tapi langkah-langkah ini mungkin dapat membantu.
#1. Ingat alasan utama berhenti vape
Sekiranya keinginan untuk menghisap vape tiba-tiba datang, ingat semula kejadian-kejadian yang pernah menyerang anda dan janin sebelum ini. Anda pastinya tidak boleh membayangkan jika bayi dilahirkan cacat akibat sikap pentingkan diri sendiri, kan?
#2. Cari orang yang boleh menjadi penasihat
Jika anda memerlukan nasihat dan khidmat daripada pihak perubatan, adalah baik untuk mengadakan perbincangan dengan mereka bagi memilih jalan terbaik berhenti merokok atau vaping.
Bukan itu sahaja, dapatkan sokongan daripada orang paling dekat seperti suami. Jika dia juga pengguna vape, ajaklah untuk sama-sama berhenti melakukannya mulai dari sekarang.
Proses perubahan anda sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekeliling. Jadi ibu hendaklah memastikan kekal berada dalam lingkungan bebas pengguna vape termasuklah ketika di rumah.
Justeru sedarlah bahawa tabiat ini boleh membahayakan kesihatan diri dan bayi. Harus diingat, tempoh ketika janin berada dalam rahim ibu merupakan fasa penting kerana organ-organ tubuh sedang berkembang.
Jadi, pastikan si manja melalui proses tumbesaran secara optimum dan dilahirkan ke dunia secara normal tanpa sebarang masalah serius.
Sumber: RuangMom
Kredit foto: Google Images
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comgaya-hidup-tidak-sihat