Kaedah Merancang Keluarga Paling Berkesan, Ini Senarai dan Kos Pembedahan Vasektomi Di Malaysia

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan kawalan kelahiran melalui kaedah vasektomi?

Vasektomi adalah kaedah perancang yang kurang popular di negara ini, namun hakikatnya ia sangat berkesan!

Jika anda dan pasangan sedang mencari kaedah kawalan kelahiran yang kekal, anda mungkin boleh mempertimbangkan vasektomi.

Proses ini jarang dilakukan kerana kebiasaannya di negara ini, majoritinya wanita yang akan melakukan kawalan kelahiran.

Apa yang perlu anda tahu, keputusan untuk menjalankan pembedahan vasektomi bukanlah sesuatu yang perlu diambil ringan. Anda dan pasangan perlu mengambil masa untuk benar-benar berfikir sama ada ia adalah pilihan yang tepat untuk anda.

Vasektomi mungkin tepat untuk anda jika yakin anda tidak lagi mahu lagi anak, pasangan tidak boleh hamil atas faktor kesihatan atau anda atau pasangan adalah pembawa untuk gangguan genetik yang mungkin berbahaya untuk anak-anak.

Sebaliknya, vasektomi mungkin tidak sesuai untuk anda jika anda dan / atau pasangan anda masih tidak pasti sama ada anda harus mempunyai anak atau berminat dengan kawalan kelahiran sementara.

Apa Itu Vasektomi?

Vasektomi adalah pembedahan kecil yang dijalan atas seorang lelaki bagi mencegah kehamilan. Ia menghalang sperma daripada masuk ke dalam air mani setelah selesai berhubungan seks.

Apabila sperma tidak dapat memasuki wanita, wanita tersebut tidak akan hamil. Tetapi lelaki yang menjalani pembedahan vasektomi masih boleh mempunyai orgasme dan ejakulasi.

Walau bagaimanapun, tidak semua proses vasektomi ini berkesan dalam mencegah kehamilan namun kebarangkalian ia untuk elak dari berlaku adalah sebanyak 99%.

Jadi ia boleh dikatakan satu kaedah perancang yang baik bagi pasangan yang tidak merancang untuk menambah anak lagi.

2 Jenis Proses Vasektomi

sumber: yourhealthcarenow.com

Vasektomi Konvensional

  1. Doktor akan membuat hirisan di skrotum untuk mencapai dua tiub yang dipanggil tiub dipanggil “vas deferens,” yang ada satu untuk setiap testis.
  2. Seterusnya, doktor mengeluarkan sekeping kecil dari setiap tiub dan meninggalkan jurang pendek antara kedua-dua hujungnya.
  3. Mereka mungkin m’membakar’ setiap hujungnya, tetapi mereka akan mengikat setiap satu dengan jahitan.
  4. Kedua-duanya boleh dihiris dengan satu potongan, atau mereka mungkin perlu memotong dengan potongan kedua.
  5. Jahitan mungkin diperlukan bagi untuk membantu luka tersebut menjadi rapat semula sebelum sembuh sepenuhnya.
  6. Apabila setiap vas deferens dipotong, sperma tidak lagi dapat memasuki air mani atau keluar dari zakar.

Vasektomi Tiada-Pembedahan

  1. Doktor akan mencari vas deferens di bawah skrotum dan menggunakan penyepit untuk memegangnya.
  2. Lubang kecil akan dibuat di kulit, diregangkan, dan mengeluarkan vas.
  3. Seterusnya, doktor akan memotongnya, kemudian menutupnya dengan menyengat, jahitan, atau kedua-duanya.
  4. Anda tidak akan memerlukan jahitan selepas prosedur.

Walau apa pun kaedahnya, proses vasektomi yang dilakukan secara keseluruhannya mengambil masa dalam 15 minit atau lebih.

Pemulihan Selepas Vasektomi

Rehat selama sekurang-kurangnya 1 hari. Biasanya pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa kurang dari seminggu. 

Anda mungkin akan berasa sakit selama beberapa hari. Rawat bengkak dan kesakitan dengan pek ais. 

Sekiranya anda ingin melakukan hubungan seks, jangan tergopoh untuk melakukannya dalam masa terdekat pula ya. Ambil masa beberapa hari untuk penyembuhan dan gunakan kondom sementara waktu sebelum ujian telah pasti menunjukkan yang air mani sudah bebas dari sperma.

Sekiranya keputusan menunjukkan masih ada sperma dalam air mani, doktor akan meminta anda kembali semula untuk mengambil ujian lagi. Itulah satu-satunya cara untuk mengetahui jika pembedahan tersebut benar-benar berjaya!

Buat pengetahuan anda, prosedur ini sangat selamat. Komplikasi selepas pembedahan jarang berlaku tetapi sekiranya ia terjadi, lelaki mungkin akan mengalami pembengkakan, lebam, keradangan, dan jangkitan.

Jangan risau ya, keadaan ini biasanya tidak serius, tetapi sekiranya anda mempunyai sebarang gejala yang merisaukan adalah lebih baik anda anda rujuk pada doktor. Prosedur ini tidak akan menjejaskan tahap testosteron, ereksi, klimaks, pemacu seks, atau mana-mana bahagian kehidupan seks anda.

Kos Melakukan Vasektomi Di Malaysia

Sekiranya suami ingain melakukan vasektomi, pastikan anda telah mendapat persetujuan dari isteri terlebih dahulu.

Ini kerana proses vasektomi akan mempengaruhi kemampuan untuk mendapatkan anak dan ia bukannya proses yang mudah untuk berpatah balik walaupun ia boleh dilakukan.

Walau bagaimanapun sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju, anda boleh bermula dengan mendapatkan tarikh yang bersesuaian dengan pergi ke Klinik Nur Sejahtera di bawah kelolaan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kos anggaran RM300-RM500.

Bagi klinik atau hospital swasta pula, kos yang perlu ditanggung adalah dalam lingkungan RM2,000 – RM6,000.

Berikut merupakan beberapa hospital yang mempunyai kepakaran dalam melakukan prosedur vasektomi:

  1. KPJ Penang
  2. KPJ Ampang Puteri
  3. Hospital Gleanagles Medini 
  4. Hospital Pantai
  5. Hospital Gleanagles Kuala Lumpur
  6. Hospital Pantai Kuala Lumpur
  7. Poliklinik Wecare, Skudai Johor
  8. Oriental Hospital Melaka Straits (OMSMC)

Jika berminat, hubungi klinik/hospital terlebih dahulu untuk mendapatkan temujanji ya!

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comvasektomi-untuk-suami

 

Penulis

Beto Rahman