Video bunuh diri seorang mangsa deraan seksual berusia 12 tahun telah jadi viral

Insiden mengerikan ini merupakan satu peringatan kepada ibu bapa di pelbagai peringkat. Bolehkah perbuatan bunuh diri dielakkan sekiranya keluarga Katelyn mengetahui pengalaman pahit yang pra-remaja tersebut mengalami? Teruskan membaca...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katelyn Nicole Davis dari Cedartown, Georgia telah menggantung diri sehingga mati, menurut laporan ini. Apa yang melemahkan semangat adalah bahawa gadis ini hanya berusia 12 tahun telah memilih untuk menyiarkan aksi bunuh diri beliau di Facebook, selepas mendakwa ahli keluarga telah menderanya secara seksual.

Ironiknya, kanak-kanak ini memilih untuk mendedahkan kepada dunia apa yang dia terpaksa lalui, sebelum mengakhiri hidupnya tanpa berkata apa-apa kepada keluarganya mengenai penderitaan dan kecederaan beliau. Ia menjadi lebih traumatik apabila video beliau telah dipadamkan dari Facebook, namun ia masih tersebar di pelbagai platform yang lain.

Seperti laporan ini, polis tidak berkuasa untuk menghentikannya. Jabatan Polis Polk County telah dibanjiri dengan panggilan telefon memaklumkan mengenai laman web yang menyiarkan video bunuh diri itu. Ketua Polis Kenny Dodd memberitahu Fox 5 yang beliau telah menggesa beberapa laman web untuk berhenti menyebarkan video itu.

Walaubagaimanapun, tidak ramai yang mematuhi arahan itu dan berdasarkan undang-undang, mereka tidak perlu mematuhi undang tersebut. "Pada pendapat saya, ia adalah suatu perkara yang patut dilakukan" katanya.

Hanya memikirkan apa yang keluarga gadis itu perlu lalui sejak tragedi ini adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh menerima hakikat bahawa Katelyn yang hanya berusia 12 tahun telah memilih untuk membunuh dirinya daripada berkomunikasi tentang perasaan dan masalah beliau dengan orang-orang yang disayangi.

Mungkin, beliau tidak berasa yakin bahawa mereka akan mempercayai beliau, memahami dirinya atau bahkan mendengar tentang masalahnya. Mungkin ... kita tidak akan tahu.

Semakin anak-anak kita membesar, ia seperti beberapa suis telah dimatikan. Berkomunikasi dengan mereka tiba-tiba menjadi sukar. Ini tidak bermakna bahawa ada sesuatu yang salah dengan salah seorang daripada anak anda.

Ia hanya bermakna otak anak remaja anda sedang mencuba untuk memproses terlalu banyak perubahan yang berlaku pada badan sendiri dan dia tiba-tiba tertanya sama ada anda berminat dalam apa yang hendak dikatakannya.

Bagi ibu bapa pra-remaja dan ibu bapa secara umum, berikut adalah beberapa tips yang berkesan untuk mengekalkan saluran komunikasi terbuka dengan anak anda:

Jangan mudah menilai: Sekurang-kurangnya tidak menilai secara vokal. Sebaik sahaja anak anda berasa bahawa pemikiran dan tindakannya sedang dinilai, dia akan mula mendiamkan diri. Dia akan mula mencari saluran yang lebih menerima dan tidak akan menilainya.

Ia BUKAN satu masalah besar: Sebelum anda bertindak balas terhadap kebimbangan mereka, cuba bertenang. Kebanyakan remaja akan mempunyai keraguan, kebimbangan dan pengalaman yang akan membuat anda goyah, jika tidak mengejutkan anda. Jangan panik. Ingat, anda juga adalah seorang remaja pada waktu dulu. Buat mereka percaya bahawa mereka bukannya susah untuk difahami.

Menjadi pendengar yang baik: Siapa yang tidak suka pendengar yang baik? Remaja terutamanya sentiasa memerlukan seorang pendengar yang boleh dipercayai. Walaubagaimanapun, ia juga bermakna bahawa anda perlu memahami situasi mereka 100%. Tetapkan had.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih sensitif: Bagi mereka fahami nilai dan kepercayaan anda. Tetapi lakukannya dengan teliti. Anda tidak mahu mereka merasakan bahawa anda sentiasa mengongkong pilihan mereka.

Berbual, jangan bersyarah: Jadikan ia satu dialog di mana mereka dapat menyuarakan pendapat mereka juga. Monolog biasanya diabaikan, terutamanya jika ia mempunyai sedikit 'nasihat' di dalamnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memberi nasihat: Jika anda pernah rasa, ada sesuatu yang tidak kena dengan anak anda dan dia seolah-olah menjadi diam dengan tiba-tiba, walaupun anda telah bercakap dengannya, cuba mendekati seorang kaunselor. Seorang profesional akan lebih bersedia untuk menangani masalah remaja yang melampau.

Ia adalah lebih baik untuk mengeluarkan usaha yang lebih untuk bercakap dan yang lebih penting, mendengar anak-anak anda. Kadang-kadang, satu tragedi  dapat dielakkan oleh satu perbualan yang sensitif, bercakaplah dari hati ke hati!

Gambar dari Facebook @Justice4Dolly

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh