Bapa Rogol, Buat Video Porno & Lakukan Seks Luar Tabii Dengan Anak Berstatus OKU!

Bapa rakam video lucah anak OKU dikenakan hukuman penjara dan sebatan jika disabit kesalahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila seorang bapa sanggup merakam video lucah anak yang dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU)! Malah dia juga merogol dan melakukan seks luar tabii. Tak cukup dengan itu, bapa mangsa juga menghasilkan video pornografi anak kandungnya itu.

Perlakuan tertuduh itu akhirnya terbongkar apabila isterinya yang juga ibu kandung mangsa terlihat video anaknya itu di telefon bimbit lantas segera melaporkan kejadian di Balai Polis berdekatan.  

   

Tertuduh yang berusia 41 tahun berdepan dengan empat pertuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Seksyen 377B KK kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan Seksyen 5 Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 kerana menghasilkan video pornografi.

Mengikut Seksyen 376B KK, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya itu dalam sebuah rumah di Marang sekitar jam 11 pagi pada 20 September yang lalu dan mengulangi perbuatan yang sama pada keesokannya.

Bapa hasilkan video lucah anak OKU 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di atas kesalahan itu, bapa mangsa berdepan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan.

Pada masa yang sama, dia juga didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa pada 20 September dan bakal berdepan dengan 20 tahun penjara dan sebatan.

Manakala itu, kesalahan menghasilkan pornografi menggunakan telefon bimbit milik mangsa pula dia bakal dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan enam sebatan jika disabit kesalahan.

Selepas pengakuan tertuduh direkod, Hakim Jamaludin Mat memberi tarikh 8 Oktober untuk sebutan semula kes bagi fakta dan hukuman.

Apakah yang dimaksudkan dengan seks di luar tabii?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seks luar tabii merupakan perlakuan seks yang tidak boleh diterima secara sosial, agama dan budaya kerana ia sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Jika individu melakukan kesalahan ini mereka boleh dikenakan hukuman yang berat dan sebatan. 

Berikut perlakuan seks yang ditentang iaitu:

  • Sumbang mahram
  • Seks dikhalayak ramai
  • Seks berkumpulan
  • Gay, lesbian
  • Paraphilias iaitu kepuasan seks luar biasa seperti Eksibisionisme, Fetisyisme, Frotteurisme, Fidofilia, Transvestisme dan Voyeurisme.

Sekiranya anda mengalami situasi seperti menjadi mangsa perlakuan seks luar tabii atau mempunyai kecendurungan ke arah seks yang tak normal, ternyata anda harus meminta bantuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara mereka yang boleh membantu tentulah orang yang mudah dipercayai seperti keluarga, rakan yang baik, pembimbing rakan sebaya, guru, kaunselor atau doktor.

Sekiranya anda malu untuk bercerita dengan orang yang anda kenal, kalian juga boleh terus meminta bantuan dengan agensi kerajaan ataupun bukan kerajaan.

Bagi agensi kerajaan antara yang boleh memberi pertolongan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Manakala agensi bukan kerajaan pula seperti The Befrienders KL, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Persekutuan Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia, Persatuan Psikiatri dan banyak lagi.

********

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Diharap mangsa dapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya jika dia mengalami trauma kesan daripada perkosaan bapa sendiri dan tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. 

Jika ada sebarang pertanyaan dan soalan tentang isu semasa, anda boleh juga mengajukan dalam aplikasi theAsianparent kerana di situ ada ibu bapa lain yang boleh berkongsi pandangan bersama anda. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Berita Harian, My Health

Kredit gambar: Sinar Harian, Awani

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-tengok-video-lucah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan