Video Bayi Berjalan Tular Di Laman Socmed, Padahal Dia Baru Saja Dilahirkan Ibunya

Anda pernah lihat bayi yang baru dilahirkan berdiri dan menggerakkan kaki seolah-olah sedang berjalan? Mungkin tontonan video ini akan menjadi yang pertama kali buat anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada minggu lalu, tular satu video yang dirakam di dalam bilik bersalin di mana ia menunjukkan bayi berjalan selepas baru lahir. Hospital dan masa kelahirannya tidak pula diketahui secara lanjut.

Namun, apa yang menariknya, dalam rakaman yang berdurasi lebih kurang 40 saat ini, bayi tersebut dilihat sedang dipegang oleh doktor dalam keadaan berdiri.

Bayi Baru Lahir Boleh Terus Berjalan – Walaupun Sambil Dipegang!

Sambil dipegang, bayi tersebut menggerakkan kakinya satu per satu, seolah-olah dia sedang berjalan. Wah, memang bijak sungguh bayi ini.

Pandai pula dia hendak menggerakkan kakinya sebegitu. Dan, dia juga bergerak dari hujung katil ke hujung katil.

Video ini telah dimuatnaik pada minggu lalu, 26 Mei, dan sehingga kini telah menerima tontonan sebanyak 70 juta kali dan telah mendapat sehingga 1.7 juta kali perkongsian!

Jom kita tonton video yang telah mendapat banyak reaksi dari netizen seluruh dunia ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://www.facebook.com/arlete.arantes.94/videos/336828263402719/

Penerangan dari sudut sains perubatan

Kalau anda hendak tahu, bayi ini kelihatan seperti “berjalan” kerana pergerakan refleks yang dialaminya.

Menurut Pusat Perubatan Universiti Rochester, bayi memang akan kadangkala melangkah atau “menari” apabila badan mereka ditegakkan dan kaki mereka menyentuh permukaan keras.

Pergerakan refleks ini akan dialami oleh bayi selama hampir dua bulan selepas dilahirkan.

Dr. Kenneth Wible dari Hospital Kanak-Kanak di Kansas menerangkan yang ia adalah lumrah untuk bayi “bergerak” bila dipegang dan didirikan, walaupun sebenarnya mereka belum mampu untuk menampung berat badan mereka sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin anda boleh cuba pada bayi kecil anda!

Sumber: Indianexpress.com,  Romper.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga 

https://my.theasianparent.comasas-penjagaan-bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noor