(Video) Bagaimana Batuk Boleh Menyebarkan Covid-19 Di Pasaraya & Bertahan Di Udara

lead image

Virus Covid-19 tersebar melalui batuk. Orang ramai perlu memastikan penjagaan jarak sosial dan kebersihan diri supaya terhindar daripada risiko dijangkiti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, hanya ketua keluarga sahaja yang dibolehkan untuk keluar rumah. Hal ini bagi mengelakkan risiko jangkitan virus batuk yang mungkin boleh bertahan beberapa minit di permukaan.

Disebabkan oleh itu, anda perlu sentiasa mengikuti beberapa langkah pencegahan seperti memakai topeng muka, hand sanitizer dan sarung tangan.

Cara penyebaran virus batuk di pasaraya

bahaya virus batuk

credit to sources

Sebuah video telah dicipta untuk menerangkan secara jelas bagaimana virus batuk boleh bertahan di dalam udara dan tersebar di dua lorong pasaraya.

Untuk menguatkan lagi kajian, para saintis telah mencipta simulasi komputer bagi mengkaji sejauh mana virus boleh bergerak sehingga ke dalam rumah.

Ia cukup membimbangkan setelah simulasi ini menunjukkan beberapa titisan air liur mampu menyebarkan virus meskipun individu yang bergejala telah pergi dari kawasan berkenaan.

Virus tersebar dengan cepat selepas seseorang mengalami batuk dan selepas seminit, sejumlah zarah kekal berada di permukaan tersebut dan bergerak ke lorong lain dalam pasaraya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, para saintis yang terlibat mengesyorkan cara terbaik untuk anda terhindar dengan penularan virus ini adalah dengan menjauhkan diri dari tempat awam yang sesak seperti kedai atau stesen.

“Sekiranya perlu keluar, pastikan anda tidak berada buat jangka masa yang lama dan segera meninggalkan kawasan berkenaan secepat mungkin,” kata Profesor Ville Vuorinen dari Aalto University di Finland.

Kekal di permukaan dan udara

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Keputusan awal menunjukkan bahawa zarah aerosol yang membawa Covid-19 boleh terus berada dalam udara lebih lama. Jadi amatlah penting untuk anda mengelakkan diri dari berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai,”

“Ini juga mengurangkan risiko jangkitan titisan yang kekal sebagai laluan transmisi utama untuk coronavirus.”

Manakala, beberapa buah kajian ini dilakukan oleh saintis dari Universiti Aalto Finland, Institut Meteorologi Finland, Pusat Penyelidikan Teknikal VTT dari Finland dan Universiti Finland.

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Para pakar meneliti bagaimana zarah-zarah aerosol udara kecil diangkut di udara ketika dipancarkan dari saluran pernafasan ketika bersin, batuk atau bercakap.

Mereka berkata: “Dalam beberapa keadaan, awan aerosol merebak dengan segera di kawasan batuk dan dilenyapkan dalam proses tersebut. Bagaimanapun, ia memerlukan masa beberapa minit.”

“Partikel dengan saiz sangat kecil tidak tenggelam di lantai, tetapi sebaliknya, bergerak di arus udara atau tetap terapung di tempat yang sama.” 

Menurut Profesor Vuorinen, “Seseorang yang dijangkiti oleh coronavirus boleh batuk dan berjalan ke mana-mana, tetapi mereka akan meninggalkan zarah aerosol sangat kecil yang membawa coronavirus,”

“Zarah-zarah ini kemudian boleh memasuki di saluran pernafasan orang lain yang berada di sekitarnya.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Amalan pemakaian topeng muka

Meskipun beberapa bukti menunjukkan risiko seseorang boleh dijangkiti Covid-19 dari pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala, UK dan WHO masih tidak menganggap situasi ini menjadi keperluan untuk setiap orang memakai topeng muka.

Di UK, hanya pekerja kesihatan dan penjaga sahaja perlu memakai topeng muka pelindung.

Menurut Setiausaha Kesihatan Matt Hancock berkata, penasihat kesihatan kerajaan tidak mengeluarkan sebarang notis untuk mereka mengenakan topeng muka ketika berada di tempat awam.

foto: shutterstock

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkata hanya terdapat sedikit bukti menunjukkan topeng sangat membantu dan ia lebih baik digunakan oleh petugas kesihatan dan pesakit yang diuji positif Covid-19.

Namun, ia menjadi pertentangan di kebanyakan negara kerana telah menasihati seluruh rakyat untuk sentiasa memakai penutup wajah ketika ketua keluarga keluar dari rumah.

Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat baru-baru ini telah mengesyorkan pemakaian kain penutup muka ketika berada di khalayak ramai dan menjaga jarak sosial. Ini termasuklah farmasi dan kedai runcit.

Di Maghribi, ada perintah kerajaan untuk memakai topeng diikuti dengan ancaman denda dan penjara.

Sumber: The Sun

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.commenjaga-kesihatan