Virus ini merebak kepada manusia ketika anda bernafas dalam udara yang tercemar dengan virus. Ketika haiwan ini bersarang, mengeluarkan najis dan air kencing akan tersebar ke dalam udara. Proses ini dikenali sebagai transmisi udara.
Bukan itu sahaja, ada beberapa cara lain tikus dapat menyebarkan virus hantavirus kepada manusia. Sekiranya tikus yang membawa virus ini menggigit seseorang, ia akan menyebarkan jangkitan ke dalam tubuh badan mangsa berkenaan.
Namun, penularan seperti ini sangat jarang terjadi. Para pengkaji percaya bahawa manusia dijangkiti penyakit ini ketika telah menyentuh kotoran seperti air liur tikus, urin dan najis. Kemudiannya, mereka menyentuh hidung atau mulut sendiri.
Bukan itu sahaja, anda juga berisiko mengalami masalah ini sekiranya termakan makanan yang telah disentuh oleh tikus.
Bukan ancaman global
credit to sources