Virus HSV adalah salah satu virus yang menyebabkan jangkitan pada bahagian mulut. Menurut portal MyHealth, ia bermula apabila cecair terjangkit daripada pengidap jangkitan memasuki mukosa mulut, kulit yang terbuka/terluka dan juga mata) seseorang yang sihat (proses inokulasi).
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Pengalaman anak dijangkiti virus HSV, bermula dari sebiji jerawat pada wajah
- 4 hari warded, disahkan dijangkiti virus HSV.
- Virus HSV boleh membawa maut, tolong jangan cium bayi atau kanak-kanak
Pengalaman anak dijangkiti virus HSV, bermula dari sebiji jerawat pada wajah
Seorang wanita menerusi Facebook miliknya (Jaime Lippold) pada 5 Mei lalu telah berkongsi pengalaman buruk apabila anak perempuannya dijangkiti virus HSV.
Dia membuat keputusan untuk berkongsikan pengalaman yang dilalui setelah hampir dua minggu berusaha menyembuhkan virus tersebut daripada wajah anaknya.
Jika dilihat lampiran gambar wajah anaknya, kasihan sungguh. Semakin hari, ia dilihat bertambah teruk dengan biji kemerah-merahan yang semakin membesar.
Pada 25 April, anaknya, Aubree dilihat mempunyai ketulan seperti jerawat di bahagian mukanya. Beberapa hari selepas itu, luka menjadi lebih besar dan mula menunjukkan jangkitan.
Anaknya mula demam dan jatuh sakit. Dia berhenti makan dan tidak mahu bangun dari sofa. Jaime kemudian membawa anaknya mendapatkan rawatan segera pada tarikh 27 dan 29 April.
Seterusnya, anaknya didiagnosis dengan impetigo dan dibenarkan pulang. Doktor memberikannya minyak sapu (topical ointment) untuk digunakan pada kawasan jangkitan.
“Pagi Sabtu dia bangun dan bintik itu bertambah dua kali ganda, demamnya kembali, dan kembali dia berasa sakit. Kali ini kami membawanya ke Hospital Kanak-kanak di mana dia segera dimasukkan ke dalam hospital disebabkan oleh jangkitan itu. Dia juga diberikan ubat antibiotik dan antibodi yang agresif untuk melawannya,” kata Jaime.
4 hari dalam wad, anaknya disahkan dijangkiti Virus HSV-1 Herpes Simplex
Jaime menjelaskan bahawa anaknya itu telah berada di Unit Pediatrik selama empat hari, sementara menunggu jawapan yang jelas dari pakar. Kemudiannya, pakar mengesahkan bahawa anaknya telah dijangkiti virus HSV-1 Herpes Simplex (juga dikenali sebagai kudis sejuk).
HSV muncul melalui titik kecil pada mukanya. Ianya merebak dengan cepat, dan memerlukan rawatan antibiotik selama 4 hari untuk sembuh.
Virus HSV boleh membawa maut, tolong jangan cium bayi atau kanak-kanak
“HSV sebenarnya boleh membawa maut kepada bayi/kanak-kanak. Saya berasa lega kerana kami membawanya berjumpa dengan pakar dan tidak menunggu lebih lama untuk melihat sama ada minyak sapu yang diberikan berkesan atau sebaliknya.”
Jaime memberitahu bahawa anaknya kini masih menjalani kitaran antibiotik selama 10 hari, tetapi boleh mengambilnya di rumah kerana jangkitan itu dilihat semakin hilang.
“Kami sangat bersyukur kerana sudah berada di rumah, dan dia sangat gembira kerana keluar dari hospital. PSA – jangan cium bayi apabila anda ada kudis sejuk. Jangan cium mereka walaupun anda telah “sembuh”. Jika kudis itu ada, ia boleh menjangkiti orang lain,” tegas Jaime.
Semoga artikel ini bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Baca juga: 5 Tempat Paling Kotor & Banyak Virus Di Airport, Hati-Hati Ibu Ayah Bawa Anak Bercuti Esok!
Baca juga: Kenali Perbezaan Selesema Biasa Dengan Simptom Covid-19, Elakkan Virus Ini Merebak!