Virus Nipah pertama kali dikenalpasti di Malaysia pada tahun 1998. Ia kini mengundang malapetaka di selatan India.
Virus Nipah di Malaysia pada tahun 1998
Wabak virus Nipah pernah terjadi Malaysia. Virus ini kemudiannya merebak ke Singapura dan lebih dari 100 orang terbunuh di kedua-dua negara. Wabak virus Nipah bermula pada akhir September 1998 di Malaysia.
Ia merebak dengan pantas dari episentrum Lembah Kinta di Perak ke Sikamat dan kawasan Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan. Pada April 1999, 103 kematian dilaporkan di Malaysia dan satu di Singapura.
Ketika kejadian tidak diduga itu, dipercayai khinzir merupakan punca wabak ini terjadi dan khinzir tersebut dipercayai memperoleh wabak terbabit dari kelawar.
Tiada vaksinasi untuk virus Nipah yang telah membunuh lebih dari 260 orang di Malaysia, Bangladesh dan India sejak wabak ini tersebar pada tahun 1998. WHO berkata penyakit ini membawa maut dalam 70% kes.
Virus Nipah kini tersebar di India
Di India, penyakit ini pertama kali dilaporkan pada tahun 2001 dan 6 tahun kemudian, apabila wabak ini menyebabkan 50 orang maut.
Pada kedua-dua kali kejadian, penyakit ini dilaporkan di kawasan timur Barat Bengal bersempadan dengan Bangladesh.
Bangladesh telah mendapat penyakit ini pada tahun-tahun kebelakangan ini dengan 100 orang mati sejak wabak Nipah pertama dilaporkan pada 2001 di sana.
Pada tahun 2004, jumlah individu yang dijangkiti virus Nipah meningkat selepas makan sap kurma kelapa sawit yang telah dicemari oleh kelawar buah.
Menurut berita terkini, virus yang membawa maut ini telah membunuh sekurang-kurangnya 5 orang di selatan India dan lebih 90 orang telah ditempatkan dalam kuarantin.
“Kami boleh mengesahkan yang lima orang telah maut di India akibat virus Nipah.” pemerhati kesihatan di Kerala, KJ Reena melaporkan.
Laporan media mengatakan 10 orang telah mati tapi ujian secara rasmi belum selesai membabitkan kematian yang lain. 9 orang telah dimasukkan ke hospital dengan simptom yang menyerupai virus ini dan satu dari sembilan orang positif terkena virus Nipah.
“Kami juga telah mengenalpasti 94 orang yang telah bersentuhan dengan orang yang mati akibat virus ini dan kami telah menkuarantinnya sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Reena.
WHO telah menamakan Nipah sebagai salah satu penyakit utama yang boleh mencetuskan epidemik, bersama-sama seperti virus Ebola dan Zika.
Virus ini didorang oleh simptom seperti selesema yang membawa kepada ensefalitis dan koma. Tiga orang dari keluarga yang sama adalah antara yang maut.
Tiga kelawar dijumpai di perigi rumah keluarga ini di daerah Kozhikode yang dikenali sebagai Calicut sebelum ini.
Jururawat mati akibat virus Nipah
Apa yang lebih mendukacitakan, ada juga jururawat bernama Puthussery yang maut selepas merawat pesakit Nipah. Jururawat tersebut kini telah diangkat sebagai hero oleh pihak atasan.
Ibu kepada dua orang anak tersebut telah dibakar sebelum keluarganya dapat mengucapkan selamat tinggal kerana dikhuatiri virus tersebut akan merebak.
Nota yang ditinggalkan oleh jururawat tersebut sebelum mati di hospital unit terasing meminta suaminya untuk menjaga anak-anak mereka.
“Saya tak rasa saya akan jumpa awak lagi. Saya minta maaf. Tolong jaga anak-anak kita,” kata-katanya dalam nota tersebut.
Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan berkata yang tindakan Puthussery ini akan sentiasa diingati. Pihak kesihatan di negeri itu sedang berhati-hati dan memasang kem perubatan dan bilik kawalan untuk mengatasi masalah ini.
Semua hospital kerajaan dan swasta bekerjasama untuk kes ini. Staf kesihatan juga melawat individu dari rumah ke rumah dan memberitahu mereka tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil termasuk jangan makan buah dari luar.
Kawasan kejiranan Tamil Nadu telah mengambil langkah berjaga-jaga di kawasan sempadan untuk mengelakkan dari virus nipah tersebar.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Free Malaysia Today