Umum tahu bahawa kini seluruh dunia sedang dilanda dengan virus paling berbahaya Covid-19 yang telah meragut beribu nyawa.
Virus paling berbahaya ini dikatakan muncul di sebuah pasar yang menjual makanan eksotik di Wuhan, China.
Namun siapa sangka, walaupun beribu batu jarak kita dengan mereka namun virus berbahaya ini tetap boleh menjadi mimpi ngeri di kalangan rakyat Malaysia.
Ini kerana, virus ini mudah dijangkiti hanya melalui sentuhan terutama ada sesetengah rakyat Malaysia yang baru pulang ke tanah air dan secara tidak sengaja membawa pulang virus berkenaan.
Kemudian daripada seorang yang dijangkiti ia mula merebak dengan cepat kepada orang lain terutama yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang dijangkiti.
Kluster terbaru kes virus paling berbahaya Covid-19
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa, terdapat kluster terbaru dalam kes Covid-19 apabila ada yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali hingga menyebabkan 37
individu dipercayai positif corona virus. Sementara lima orang lagi dilaporkan meninggal dunia.
Dr Hisham menambah, pesakit yang kembali dari Itali itu tidak menjalani sesi kuarantin diri selepas pulang ke tanah air dan melakukan rutin harian seperti biasa.
Atas sebab itulah setakat ini, 37 orang disahkan positif Covid-19 dan lima lagi kes kematian serta satu lagi kes kritikal yang memerlukan pesakit yang dijangkiti menggunakan alat bantuan pernafasan yang sedang dirawat di ICU.
Lebih membimbangkan, kluster ini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga iaitu genarasi pertama, pesakit yang baru pulang dari Itali, generasi kedua, rakan sekerja dan nenek serta generasi ketiga adalah di kalangan ahli keluarga yang terdekat.
Lima daripada kluster Itali itu telah meninggal dunia yang merupakan kes bagi 1031, 1032, 1006, 2850 dan 2210.
Orang ramai diminta memberi maklumat jujur
Atas sebab itulah, Ketua Pengarah Kesihatan menegaskan supaya orang ramai memberi maklumat yang jujur jika pernah mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan individu yang telah
disahkan positif covid-19.
Hal ini kerana, ke semua aspek ini adalah sangat penting kerana wabak paling berbahaya ini mudah dijangkiti tidak kira peringkat usia, jantina dan sebagainya.
Kisah bermula apabila seorang warga emas jatuh sakit
Terdahulu, kisah kematian lima orang ini bermula apabila seorang warga emas wanita yang secara tiba-tiba jatuh sakit dan disyaki berkaitan dengan jangkitan di bahagian paru-paru dan sudah melakukan ujian Covid-19.
Kemudian pada 18 Mac 2020, wanita tersebut meninggal dunia dan semasa itu hasil keputusan covid-19 belum keluar pada waktu itu dan disebabkan tiada rekod dan kontak rapat, maka pengebumian nenek ini dibuat seperti biasa yang dikendalikan oleh keluarga terdekat.
Namun begitu, semasa hari yang sama dua orang lagi ahli keluarga menunjukkan simptom yang serupa lantas terus dirujuk ke hospital.
Kemudiannya pada 20 Mac 2020, kedua-dua daripada mereka disahkan positif corona virus. Malah hari tersebut juga keputusan nenek yang meninggal tadi diketahui dan menunjukkan keputusan positif.
Setelah melakukan siasatan, rupa-rupanya kes jangkitan wabak corona virus ini bermula dari salah seorang anak wanita yang meninggal tadi. Malangnya, anak ini pula mendapat wabak tersebut daripada rakan sekerja yang positif
covid-19 dan ada rekod perjalanan ke Itali.
Bukan itu sahaja, rakan sekerja tadi rupa-rupanya tidak mengkuarantikan dirinya sejurus pulang dari negara berisiko besar itu.
Tapi dia terus bekerja seperti biasa dan tidak tahu telah menjangkiti rakan-rakan yang lain.
Apa yang pelik, rakan tadi hanya melakukan ujian di klinik swasta menggunakan Rapid Test Kit (Pemeriksaan Antibodi Badan) dan keputusannya negatif.
Apapun, Dr Noor Hisham sendiri memberitahu bahwa KKM tidak sarankan menggunakan kaedah itu kerana tahap ketepatannya adalah sangat rendah.
Jadi jika anda bergejala dan penuhi syarat yang ditetapkan segeralah ke hospital dan menjalani ujian covid-19 ini.
Ia penting bagi menyelamatkan banyak nyawa yang mungkin boleh terkorban.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: MalaysiaKini, Khairul Ahmad Fitri Suhaimi
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comwarga-emas