Vivy mohon maaf lepas dikecam sebagai majikan yang kejam dan tak bertimbang rasa pada wanita hamil

Vivy minta maaf akhirnya ekoran kecaman di sosial media kerana tidak bertimbang rasa pada wanita hamil. Apa pendapat anda tentang isu ini?

Vivy minta maaf selepas dikecam hebat

Pengasas bersama Fashion Valet, Vivy Yusof menerima kecaman hebat dari pengguna media sosial baru-baru ini berkenaan penulisannya tentang wanita mengandung di tempat kerja dalam kolum News Straits Times pada 27 Mac. Pada 1 April, Vivy minta maaf  di akaun Instagramnya.

Artikel undang kecaman, Vivy minta maaf pada wanita hamil

Dalam artikel tersebut, Vivy telah mengumumkan yang dia sedang mengandung anak ketiga bersama suaminya Dato’ Fadzaruddin Anuar yang juga merupakan pengasas bersama Fashion Valet.

Vivy juga telah menerangkan yang kedua-dua kandungannya sebelum ini sangat mudah. Oleh sebab itu dia boleh dan mampu untuk bekerja seperti biasa.

Tetapi, kandungannya kini ternyata lebih sukar dari jangkaan awal dirinya.

Vivy juga sempat bergurau dan mengatakan yang dia jangka kandungannya ini akan lebih mudah kerana dia sudah biasa. Namun simptom biasa semasa mengandung seperti kepenatan, mual dan tidak selera makan adalah lebih teruk dari sebelumnya!

Oleh sebab kandungannya sebelum ini mudah, Vivy mengakui yang dia tidak pernah faham kesusahan yang ditanggung oleh pekerja-pekerja wanitanya yang hamil sebelum ini.

Saya ingat mereka lemah dan terlalu mengikutkan sangat rasa sakit mereka. Jumlah MC yang akan saya dapat, dan tidak termasuk panggilan telefon dari suami dan ibu mereka memberitahu yang mereka tidak dapat hadir ke pejabat – Saya juga selalu komplain ke jabatan HR! Mengandung sepatutnya tidak menghalang kebolehan dalam bekerja dan mengganggu rakan sepasukan dengan kerja yang semakin lambat dan bertambah.”

Vivy juga menganggap dirinya sebagai majikan yang tegas dan menganggap yang rasa sakit ketika mengandung itu hanya mainan minda.

Vivy juga menerangkan dalam artikel yang sama bahawa setiap kandungan berbeza. Dan dia juga menasihatkan pembaca untuk tidak menjadi sebab mengapa orang menganggap “wanita mengandung adalah lemah.”

Dia juga menulis, “Ramai wanita sebelum ini buat segalanya sendiri – bersusah payah semasa mengandung dan mereka tiada masa untuk morning sickness,”

Artikel ini telah mengundang kecaman dan pandangan negatif oleh netizen yang mengatakan kekecewaan mereka di Twitter.

Netizen kecam Vivy Yusof tidak bertimbang rasa

Mereka berkata yang kebanyakan wanita tidak boleh mengawal badan mereka dari sakit teruk semasa mengandung.

Sebagai seorang wanita yang pernah mengandung dan mengetahui setiap kehamilan adalah proses yang berbeza, Vivy Yusof tidak sewajarnya berkata sedemikian. 

 

Vivy minta maaf selepas disalahtafsir

Kerana kecaman itu, Vivy minta maaf dengan mengeluarkan kenyataan melalui akaun Instagramnya pada 1 April dan cuba untuk menerangkan niat dirinya di sebalik artikel itu.

Vivy berkata yang keseluruhan isu telah disalah anggap dan disalah tafsir oleh masyarakat.

“Keseluruhan artikel itu saya tulis tentang perjalanan saya dan satu perenggan telah diambil dari artikel di mana saya menulis tentang saya sebagai majikan tidak memahami sakit yang dialami semasa mengandung. Jika anda mengambil masa untuk membaca, saya berkata yang kandungan ketiga ini sukar dan membuatkan saya lebih bersimpati dengan wanita-wanita hamil yang bekerja di bawah saya. Komen-komen juga membuatkan saya dilihat seperti seorang majikan yang kejam!” 

Vivy berkata yang kenyataan tersebut tidak adil kerana pekerja Fashion Valet tahu saya sayang mereka dan simpati dengan segala situasi yang mereka lalui.

“Kami berikan waktu kerja yang fleksibel untuk ibu-ibu, dan kami berikan cuti setiap bulan untuk mereka meluangkan masa bersama anak. Kami juga beri kelonggaran jika mereka sakit, atau ada kecemasan, mengandung atau tidak. Saya juga menyebut yang setiap kandungan adalah berbeza dan ada yang perlu masuk ke hospital. Saya juga memberitahu yang kita perlu mendengar nasihat doktor.”

Vivy meminta maaf dan berkata yang dia hanya mahu memberikan kata-kata semangat kepada wanita yang bekerja melalui artikelnya.

“Saya masih percaya yang wanita adalah lebih kuat dari yang mereka fikir dan saya cuba melawan sakit saya kerana ramai orang bergantung kepada saya. “Niat saya menulis artikel tersebut adalah untuk memberi semangat kepada wanita di antara satu sama lain. Jika anda baca artikel ini sehingga habis, saya rasa niat saya boleh disampaikan. Tapi jika saya gagal untuk menghantar pesanan tersebut, saya minta maaf.”

Apa pandangan anda tentang isu ini?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber dan Gambar dari: Says dan NST
 
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
 
Baca juga

Penulis

Nadia Ghafar