Tak Tahan Suhu Dalam Wad Terlalu Sejuk, Wanita Ini DIY Langsir Hospital Jadi Kelambu

Wad hospital yang terlalu sejuk disebabkan oleh penghawa dingin telah memaksa wanita ini diy langsir hospital sebagai kelambu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak tahan dengan suhu di wad hospital yang terlalu sejuk, seorang wanita melakukan DIY dengan menjadikan langsir hospital sebagai kelambu di katil anaknya.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Wad hospital terlalu sejuk, langsir hospital dibuat jadi kelambu 
  • Tips anak masuk wad

Dalam keadaan terdesak, ibu-ibu memang selalu saja kreatif memikirkan jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Wad hospital terlalu sejuk, langsir hospital dibuat jadi kelambu 

Sesiapa yang pernah kena jaga anak di hospital, pasti tahu bagaimana sejuknya keadaan di sana. Perkongsian ibu ini melalui laman tiktoknya, @mummysyasyahenna dan laman facebook, Noor Syawalriah mengenai idea DIY yang dibuat menarik perhatian netizen.

Dia menggunakan tirai penghadang yang biasanya digunakan untuk melindungi katil di wad hospital daripada pandangan luar dijadikan kelambu pada katil anaknya. 

Katanya, keadaan sejuk itu dirasakan bertambah terutama apabila waktu malam yang menyebabkannya tidak dapat menahan kedinginan itu. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ikuti perkongsian wanita ini:

Mak- mak punya survival skill kalau boleh nak discaj cepat-cepat. Sejuk nau (sangat) ekon (aircond) hospital ni malam-malam. Habis budak-budak lain pun tak selesa tidur.

Ibu: Misi (jururawat) boleh slowkan aircond tak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jururawat : Tak boleh puan, kita boleh on of je aircond. 

Ibu : It’s okay, kita buat kelambu. DIY apa yang ada di sekeliling.  

Tips penting bila anak masuk wad

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ada ibu ayah yang pertama kali alami anak masuk wad. Jadi apa yang perlu dibawa sebenarnya?

Selain kelengkapan diri anak seperti baju harian dan baju tidur, jangan lupa juga kelengkapan untuk ibu ayah atau penjaga. Ini kerana keselesaan di sana juga penting untuk kedua-duanya. 

Ini antara barang perlu dibawa jika masuk wad:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Kelengkapan diri dan kelengkapan di bilik air- baju harian – walaupun ada disediakan baju hospital, tapi kadangkala baju harian ini membantu jika diperlukan
  • Baju sejuk – ini sangat penting, suhu hospital boleh jadi terlalu sejuk bagi mereka yang tidak mempunyai daya tahan kesejukan yang tinggi
  • Ubat-ubatan sendiri – jika anak anda memang ada preskripsi ubat harian, pastikan anda membawanya sekali

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ngeri! Kecuaian Hospital Sebabkan Kepala Bayi Baru Lahir Terpotong & Ditinggal Dalam Rahim

Baca juga:  Empat Hari Masuk Wad Bil Hospital Isteri Cuma RM17, Suami Terkejut Masa Nak Bayar

Baca juga: Senarai Hospital Swasta di Selangor, Bakal Ibu Boleh Pilih Untuk Bersalin di Sini!

Penulis

Lala Annuar