Masih bertahan. Dan akan terus bertahan.
Maryam BLW baby. Daripada dia mula makan sampai sekarang umur dia setahun 8 bulan kami cuba semampu kami untuk elak pemberian sebarang ‘entertainment’ melalui phone ketika makan.
Susah? Sudah pasti! Kanak-kanak seumur ini susah untuk mereka duduk diam makan dan menikmat makanan bersama ibu bapa mereka. Tetapi, pemberian phone ketika makan juga bukanlah penyelesaianya. Ini lah yg kami ratibkan di dalam hati kami untuk tidak jatuh ke dalam godaan phone ini.
Tipulah kalau kami sebagai ibu bapa tiada tergugat pendirian kami untuk tidak memberikan phone kepada anak ketika makan. Mana tidaknya, mak bapak nak makan punya lah susah sebab anak tak duduk diam bila dekat meja makan.
Kami slowly bina minat Maryam kepada buku dan kami selalu buat monthly trip dekat Bookxcess bersama sama dengan Maryam untuk dia pilih sendiri buku yang dia nak. Bila dia pilih sendiri buku yang dia nak walau semudah dan seringkas buku yang hanya ada gambar ‘sea creatures’ dia rasa gembira dan rasa dihargai pilihan dia dihormati ibu bapa dia.
Dalam masa yang sama kami sebagai ibu bapa akan pilih beberapa buku yang ‘engaging’ untuk dia main ketika waktu makan. Contoh buku yang ‘engaging’ dan sangat membantu kami untuk makan dengan lebih aman bersama sama Maryam tanpa kehadiran phone adalah ‘play book’.
Apa istimewa nya buku jenis ini? Dalam buku ini ada bermacam macam jenis ‘skill’ yang boleh Maryam practice. Contohnya ‘flip’, ‘push’ , ‘pull’, ‘spin’ dan banyak lagi. Maryam masih lagi belum mampu untuk mengeja dan membaca pada umur yang sebegini muda. Maka kami pilih buku yang kandungan nya hanya berasaskn gambar dan ‘skills’ yang mampu membina ‘motor skill’ dia.
Dalam kami sekeluarga makan, buku jenis ini mampu membuat Maryam engaged dengan play book dan kami mampu makan sambil bersama sama main dengan Maryam segala aktiviti yang ada dalam play book. Ye, untuk buat anak terus focus dan main dengan buku dia dalam masa yang lama memang susah. Kerana tempoh masa untuk anak focus tidak boleh dibanding dengan tempoh focus orang dewasa.
Saya bersyukur BLW diperkenalkan kepada Maryam seawal 6 bulan. Bila masa dia dah bosan bermain play book, kami akan biarkan dia makan makanan dia sendiri menggunakan tangan dia sendiri. Dia akan suap makanan sendiri, peel off ayam sendiri dan minum sendiri. Maka secara tidak lansung, dia juga makan bersama sama ibu bapa dia.
Dalam membesarkan dan mendidik anak tiada jalan muda pada setiap masa. Biar susah sekarang dalam mendidik daripada kesan teruk dikemudian hari. We got this InshaAllah❤️