Waktu Sesuai Makan Magnesium, Cara Mudah Untuk Kekal Cergas Dan Tidur Lebih Lena
Bila waktu sesuai makan magnesium? Ketahui waktu sesuai mengambil magnesium untuk tidur lebih lena dan kesihatan tubuh yang lebih baik.
Magnesium membantu menyokong pelbagai fungsi tubuh seperti mengurangkan stres, meningkatkan kualiti tidur dan memberi tenaga. Tetapi, masih ramai yang tidak tahu bila waktu sesuai makan magnesium untuk memberikan kesan yang lebih baik untuk kesihatan.
Isi Kandungan
Kenapa Magnesium Sangat Penting Untuk Kesihatan?
Magnesium terlibat dalam lebih daripada 300 proses biokimia dalam tubuh kita. Ia berfungsi dengan menyokong banyak sistem tubuh. Antaranya ialah:
- Sistem Saraf dan Otot: Magnesium membantu mengatur aktiviti saraf dan penguncupan otot, termasuk otot jantung.
- Kesihatan Yulang: Membantu dalam pembinaan dan pemeliharaan tulang yang sihat.
- Kawal Tekanan Darah: Magnesium membantu mengekalkan tekanan darah yang normal.
- Penyerapan Gula Darah: Menyokong pengurusan paras gula darah, yang penting untuk mencegah diabetes.
Waktu Sesuai Makan Magnesium
1. Waktu Malam: Untuk Tidur Yang Lebih Lena
Jika anda mencari cara untuk memperbaiki kualiti tidur, pengambilan magnesium pada waktu malam adalah pilihan yang sangat baik.
Magnesium dikenal pasti dapat membantu melegakan otot dan menenangkan sistem saraf, menjadikan tubuh lebih relaks.
Ini seterusnya membantu anda tidur lebih lena dan bangun dengan perasaan lebih segar.
Menurut kajian, magnesium boleh meningkatkan pengeluaran melatonin, hormon yang mengatur kitaran tidur kita.
Oleh itu, jika anda sukar tidur atau sering terjaga di tengah malam, cuba makan magnesium sebelum tidur.
2. Waktu Pagi: Untuk Tenaga Sepanjang Hari
Sekiranya anda ingin memulakan hari dengan lebih bertenaga, pengambilan magnesium pada waktu pagi boleh membantu.
Magnesium terlibat dalam penghasilan tenaga dalam tubuh. Ia boleh meningkatkan kejelasan mental dan membantu anda berasa lebih segar dan fokus sepanjang hari.
Walau bagaimanapun, jika anda mengambilnya pada waktu pagi dan merasa mengantuk, cuba tukar kepada pengambilan pada waktu malam.
3. Selepas Makan: Untuk Penyerapan Yang Lebih Baik
Salah satu cara terbaik untuk mengambil magnesium adalah selepas makan. Ini kerana magnesium boleh menyebabkan sedikit ketidakselesaan perut jika diambil semasa perut kosong.
Dengan mengambilnya selepas makan, tubuh akan dapat menyerap mineral ini dengan lebih baik tanpa menyebabkan sebarang gangguan.
Selain itu, pengambilan magnesium selepas makan juga mengurangkan risiko kesan sampingan seperti loya atau cirit-birit.
Kesan Sampingan Pengambilan Magnesium
Walaupun magnesium adalah mineral yang penting dan selamat untuk diambil, pengambilan dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti:
- Cirit-birit: Terutama jika diambil dalam bentuk magnesium oksida.
- Kejang perut: Terlalu banyak magnesium boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.
- Gangguan irama jantung: Dalam kes yang jarang berlaku, magnesium berlebihan boleh menjejaskan irama jantung.
Pastikan anda mengikuti dos yang disyorkan dan berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan tertentu.
Adakah Anda Memerlukan Magnesium?
Jika anda mengalami simptom-simptom seperti keletihan berlebihan, kekejangan otot atau masalah tidur, magnesium mungkin dapat membantu.
Sesiapa sahaja yang mengalami kekurangan magnesium boleh berisiko mendapat masalah kesihatan.
- Masalah tidur: Magnesium membantu menenangkan tubuh dan mempromosikan tidur yang lebih baik.
- Masalah kekurangan magnesium: Simptom-simptom kekurangan termasuk keletihan, kekejangan otot dan rasa cemas.
- Wanita hamil: Ibu hamil sering disarankan untuk mengambil magnesium untuk mencegah kekejangan kaki dan meningkatkan kualiti tidur.
Sumber Makanan Yang Mengandungi Magnesium
Selain daripada suplemen, anda juga boleh mendapatkan magnesium daripada sumber makanan semulajadi.
- Sayur-sayuran berdaun hijau: Contoh seperti bayam dan kale.
- Kekacang dan bijian: Almond, biji labu, dan biji chia adalah sumber yang kaya dengan magnesium.
- Ikan berlemak: Ikan seperti salmon dan makarel turut kaya dengan magnesium.
- Bijirin penuh: Oat dan quinoa adalah contoh bijirin yang mengandungi magnesium.
Jangan lupa untuk berbincang dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum memulakan pengambilan suplemen magnesium.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20 Makanan Tinggi Magnesium Yang Baik Untuk Kesihatan Dan Mudah Diperoleh
Baca juga: Kebaikan Zink Untuk Anak: Sumber Zinc, Berapa Dos Pengambilan & Tanda Kekurangan Zink