7 perkara anda perlu tahu tentang Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia - Wan Azizah Wan Ismail

Bangga rasanya apabila ada wanita yang memegang tampuk utama negara. Nama Dr Wan Azizah Wan Ismail pasti terpahat di hati rakyat, tapi tahukah anda tentang 7 fakta ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pertama kali dalam sejarah politik Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri wanita pertama Malaysia. 

Beliau diumum menjawat jawatan itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas keputusan mengundi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, dimenangi oleh Pakatan Harapan, di mana Dr Wan Azizah merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Kini, rakyat jelata berasa bangga dengan pencapaian beliau yang menjadi wanita pertama menyandang jawatan tersebut. Secara tak langsung, ia menaikkan martabat wanita di mata dunia. Tahniah Datuk Seri! 

Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu berkaitan Dr Wan Azizah Wan Ismail ini. Jom jadikan ini sebagai inspirasi buat semua. 

Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Wanita pertama pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

1.Latar belakang diri

Dilahirkan pada 1952 di Singapura dan membesar di Kedah, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah Seremban sebelum menyembung pelajaran di  Royal College of Surgeons di Ireland.

Kalau nak tahu, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat pengiktirafan gold medal dalam bidang obstetrics and gynaecology

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau berkhidmat sebagai doktor di hospital kerajaan selama 14 tahun dan berhenti selepas suaminya, Anwar Ibrahim dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993. 

2. Seorang ibu dan nenek 

Wan Azizah Wan Ismail juga merupakan seorang ibu pada 6 orang anak dan nenek pada 9 orang cucu.

Menurut anak sulungnya, Nurul Izzah Anwar, walaupun Wan Azizah begitu sibuk dalam perjuangan politiknya, namun beliau tak pernah abaikan hal keluarga dan anak-anak. 

3. Berjiwa kental dan berani 

Dr Wan Azizah Wan Ismail sebenarnya tak sangka akan membabitkan diri dalam bidang politik. Tetapi ia berlaku apabila suaminya, Anwar Ibrahim dipenjara pada 1999.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau melakukan pengorbanan besar dalam hidupnya demi suami tercinta. Pada mulanya beliau merupakan Ketua Reformasi. Seterusnya menubuhkan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pada masa yang sama, beliau membesarkan anak-anaknya sehingga berjaya. 

4. Perjalanan dalam politik 

1999: Karier politik Wan Azizah Wan Ismail bermula ketika PKR menang 5 kerusi parlimen dan penyandang kerusi bagi parlimen Permatang Pauh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2004 hingga 2008: Mengekalkan kerusi parlimen Permatang Pauh. Kemudian, beliau memberikan jawatan tersebut pada suaminya, Anwar Ibrahim yang ketika itu dilepaskan dari penjara. 

2014: Beliau memegang kembali jawatan itu selepas suaminya di penjara semula. Memegang kerusi parlimen Kajang 

2015: Beliau mengekalkan kerusi Dewan Rakyat Permatang Pauh untuk Pakatan Rakyat. 

2018 : Menang parlimen Pandan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. 

5. Suka berjenaka 

Di sebalik ketegasannya dalam bidang politik negara, Wan Azizah Wan Ismail juga merupakan seorang yang suka berjenaka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat saja gambar-gambar yang dimuat naik dalam Instagram dan Facebook miliknya. Rata-rata gambar dengan mimik wajah ketawa dan tersenyum. Patutlah Datuk Seri nampak awet muda! 

Kredit: Sinar Harian

6. Tak pernah mengaku kalah 

Tak mudah menggalas jawatan sebagai Presiden PKR dan isteri kepada Anwar Ibrahim. Pelbagai tohmahan yang diberikan pihak pembangkang (dahulunya kerajaan) tak pernah menjatuhkan atau melemahkan dirinya.

Beliau tetap tabah menghadapi dengan baik. Seperti jawatan Timbalan Perdana Menteri ini, beliau menerimanya dengan tangan terbuka dan akan menggalasnya demi kepentingan rakyat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Beliau percaya wanita ada ‘power’

“Kami ada ramai calon yang berkelayakan untuk menjadi Perdana Menteri. Tak ada salahnya untuk wanita memegang tampuk utama negara.

Dengan lebih ramai wanita menceburi bidang politik, pastinya martabat wanita dapat dijulang diperingkat dunia. Ia bukan sesuatu yang sukar,” – katanya kepada media tempatan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Buro 247

Baca juga:

https://my.theasianparent.compru-14-tarikh-mengundi