Nadia Nordin memukul suaminya yang curang bersama perempuan lain menggunakan botol arak sehingga menerima 15 jahitan di kepala. Berita ini telah viral di laman sosial facebook, dan ia telah mendapat pelbagai respons daripada pembaca.
Kebanyakan pembaca mendakwa tindakan Nadia Nordin adalah bertentangan dengan adab sosial masyarakat kerana dia telah dikuasai perasaan marah dan emosi sehingga mencederakan suaminya, walaupun suaminya yang bersalah pada mulanya.
Dalam hal ini, ternyata Nadia Nordin juga bermasalah kerana tidak dapat berfikiran waras sehingga boleh mencederakan orang lain.
Wanita yang mendapati suaminya telah curang dengan perempuan lain berhak untuk berasa marah. Ini adalah respons yang biasa. Anda rasa sakit hati, menyalahkan diri sendiri dan semestinya ingin membalas dendam.
Sememangnya, perasaan kecewa memang tidak dapat dielakkan. Tetapi, jangan biarkan perasaan kecewa dan marah menguasai diri sendiri kerana ia hanya akan membebankan diri sahaja.
Berikut adalah tindakan wanita yang telah dikecewakan oleh suami sendiri, supaya mereka selalu di bawah kawalan pemikiran yang tindakan yang waras.
Cuba berlapang dada dan terima hakikat
Rasa sakit hati dan kecewa adalah tindak balas biasa untuk menghadapi saat-saat sedih ini. Cuba untuk mengambil masa dan ruang untuk ada bertenang dan menghadapi kenyataan. Menangislah semahunya, dan anda memang layak untuk berasa marah.
Cuba jangan balas dendam, tetapi anda layak untuk tidak melayan suami anda dengan lebih baik sebelum anda mendapati kecurangan suami anda. Anda layak untuk bersikap dingin kepadanya. Tetapi, jangan bertindak keterlaluan kerana ia akan mendatangkan kesan terhadap diri sendir dan orang lain.
Cari sokongan
Anda sedang menghadapi saat sukar. Bukan semua peristiwa anda boleh menghadapi seorang diri, lagi-lagi berkenaan hati dan perasaan. Luahkan perasaan anda kepada orang yang paling anda percaya dan anda kenal luar dan dalam.
Cari sahabat yang boleh anda percaya untuk meluahkan semua yang terpendam. Perasaan anda, kekecewaan anda. Luahkan dengan orang yang betul. Jika luahkan dengan orang yang salah, dikhuatiri dia akan membuka lebih banyak aib anda.
Elakkan menyalahkan diri sendiri
Terima semua yang berlaku dengan hati yang lapang. Terima apa yang sudah berlaku adalah dugaan di dalam hidup dan bahagian daripada takdir yang Tuhan sudah tuliskan. Hentikan kata-kata negatif yang datangnya daripda diri sendiri kerana yang bermasalah bukan anda, tetapi suami anda.
Kata-kata yang negatif boleh menyebabkan anda menjadi rendah diri dan tidak bersemangat untuk menempuhi hari-hari mendatang. Yang pastinya, pasangan anda yang tidak bahagia terhadap perkahwinan tidak mengambil jalan yang salah untuk keluar daripada masalah, sebaiknya pasangan yang bermasalah harus berbincang secara baik dan terbuka.
Membuat pertimbangan yang rasional
Setiap wanita yang menghadapi kecurangan berada di dalam keperitan. Jika ikutkan perasaan anda hanya mahu untuk berpisah sahaja. Tetapi, adakah perpisahan jalan yang terbaik, terutamanya jika anda telah memiliki cahaya mata? Sanggupkah anda melihat anak kecil anda membesar tanpa seorang ayah di sisi?
Walaupun perit, cubalah membuat keputusan yang tidak membawa kesan buruk terhadap anda dan orang lain. Jika anda berasa hidup bermadu adalah jalan yang terbaik, kerana tidak sanggup membiarkan anak anda terbiar, teruskan keputusan anda walaupun pahit untuk diri sendiri.
Tetapi jika tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan hubungan anda, perpisahan adalah langkah yang terbaik, untuk mengubati duka anda.
Artikel dipetik daripada OhBulan dan Sinar Hairan
Video YouTube dari Clock Malaysia