Wanita Berumur 39 Tahun Ini Mempunyai 38 Orang Anak, Wah, Ramainya Anak Dia!

Sebetulnya, jumlah sebenar anak Mariam ialah 44 orang namun, 6 sudah meninggal dunia meninggalkan beliau dengan 38 orang anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mariam Nabatanzi merupakan seorang ibu dari Uganda yang berusia 39 tahun. Apa yang mengejutkan tentang Mariam ialah beliau mempunyai 38 orang anak! Senang hamil, kan dia!  

Sebetulnya, jumlah sebenar anak Mariam ialah 44 orang namun, 6 sudah meninggal dunia meninggalkan beliau dengan 38 orang anak. 

Mariam senang hamil! 

Mariam telah berkahwin di usia muda iaitu 13 tahun dan berharap akan mempunyai 6 orang anak.

Namun Mariam mempunyai keadaan yang istimewa iaitu Hiper Ovulasi. Hiper Ovulasi menyebabkan Mariam sentiasa mendapat anak kembar; sama ada kembar dua, tiga atau empat. 

Mariam telah mencuba pelbagai jenis ubatan perancang keluarga, pil, suntikan dan termasuklah menggunakan alat di bahagian vagina.

Namun, menurut Mariam, badannya menolak kesemua ubatan perancang keluarga yang digunakan hingga hampir meragut nyawanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi Mariam berputus asa menggunakan perancang keluarga.

Semua anak-anaknya adalah dari seorang pasangan yang sama, tetapi suaminya itu ialah bapa yang “menghilangkan diri”.

Mariam seorang diri telah membuat pelbagai jenis kerja demi menanggung semua anak-anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baginya, semua anak-anaknya merupakan anugerah buatnya dan bukanlah beban.

Tonton videonya hasil perkongsian OMGVoice:

https://www.facebook.com/omgvoice/videos/1493753880676758/

Hiper Ovulasi

Hiper Ovulasi merupakan keadaan di mana pengeluaran lebih dari satu telur oleh ovari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hiper ovulasi boleh terjadi secara natural atau diransang menggunakan rawatan hormon untuk tujuan pendermaan telur.

Dalam keadaan normal,  jika seseorang mengalami hiper ovulasi, dia akan mempunyai peluang yang tinggi untuk mendapat kembar dua atau tiga.

Punca hiper ovulasi

Terdapat beberapa sebab yang boleh menjadi punca terjadinya hiper ovulasi;

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Genetik : Bagi sesetengah wanita, ia adalah faktor genetik di mana mempunyai sejarah keluarga kembar.
  2. Ubatan tradisional : Sesetengah herba atau ubatan tradisional seperti sesetengah akar kayu, dikatakan menyebabkan hiper ovulasi pada wanita yang memakannya.
  3. Rawatan medikal : Jika seseorang wanita merancang untuk mendermakan telurnya atau menjalani rawatan IVF, dia akan diberikan peransang hormon yang akan menyebabkan badannya mengeluarkan lebih dari satu telur yang akan dikeluarkan untuk persenyawaan.
  4. Isu medikal : Apabila seseorang wanita mempunyai kondisi medikal seperti PCOS, mempunyai kecenderungan mengeluarkan lebih dari satu telur pada kitaran normal yang seterusnya.
  5. Baru berhenti merancang keluarga : Bagi wanita yang baru berhenti menggunakan sebarang perancang keluarga, semasa badannya hendak menyesuaikan dengan kitaran baru, badannya berkemungkinan mengeluarkan lebih dari satu telur.

Sumber: storyteld, repropedia

Penulis

Aqma