Betul ke jika ibu mengandung di usia senja, anak jadi lebih pintar?

Walaupun ada risiko mengandung di usia lewat tapi terdapat juga kelebihan yang anda tak sangka

Selalu kita dengar, wanita berusia mengandung dalam umur 35 tahun ke atas akan ada macam-macam risiko. Sebab itu, bila hamil lewat atau tambah anak ketika usia senja, doktor akan nasihat ibu untuk jaga kandungan dengan baik. 

Walaubagaimanapun, saintis sudah jumpa dan ada khabar gembira buat wanita berusia mengandung ini.

Kajian mendapati ibu yang beranak ketika usia lewat ada kelebihan iaitu anak yang dilahirkan lebih berfungsi secara kognitif berbanding dengan mereka yang hamil di usia muda. 

kredit: meetdoctor.com

Kelebihan wanita berusia mengandung 

Kajian menyatakan wanita berusia mengandung cenderung untuk mendapatkan bayi yang lebih cerdik dan bijak.

Selain itu, ibu yang mula datang haid ketika umur 13 tahun memiliki kongnitif global yang lebih kuat berbanding wanita yang melahirkan bayi ketika umur 19 ke 24 tahun.

Kajian menunjukkan mereka akan hadapi masalah kesihatan tatkala umur 40 tahun. Serius ke ini?? 

Hal ini kerana saintis yakin wanita berusia mengandung yang mempunyai perjalanan haid ketika umur 13 tahun mempunyai kesan pada ketahanan otaknya. Sebab itu, saintis kata mereka ini bakal lahir bayi cerdik.

kredit: tribunnews.com

Walaubagaimanapun, hormon ketika mengandung memainkan peranan penting yang akan beri kesan pada fungsi otak bayi dalam kandungan. Jadi, masa hamil ibu jangan selalu sangat stress. Fikir sana, fikir sini nanti anak juga ikut stress! 

Persedian untuk wanita berusia mengandung

Menurut Dr Kelly Loi, beliau berkongsi tips untuk wanita berusia mengandung tentang persediaan yang harus dibuat iaitu...

  • Amalkan makan asid folik untuk perkembangan bayi yang sihat 
  • Rujuk pakar kesuburan bagi menilai tahap kesihatan kesuburan anda dan suami. Jika mengandung, anda akan lebih bersedia. 
  • Lakukan medical checkup bila sudah tahu diri itu hamil. Ini bertujuan supaya doktor dapat pantau tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan 
  • Banyakkan bahan bacaan tentang kehamilan melalui website atau bahan bacaan lain. 

kredit: gua.com.my

Wanita berusia mengandung juga harus...

  • Menjaga kesihatan tubuh dengan baik seperti dapatkan diet yang seimbang, kerap lakukan senaman dan dapatkan tidur yang mencukupi. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit ketika mengandung pada umur 40 tahun ke atas. 
  • Ambil supplement tambahan untuk kandungan sihat. 
  • Buat konsultasi dengan doktor untuk check tahap diabetes, tekanan darah tinggi dan jantung. Sekiranya anda memang ada salah satu penyakit yang disebut, beritahu doktor sama ada ubat yang diambil ganggu kandungan atau tidak
  • Minta doktor induce in labour untuk mengelak risiko  stillbirth.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore 

Baca juga: