Isteri HANYA MAHU rangsangan ini dari pasangan untuk lebih puas - Kajian

Jalan untuk wanita capai klimaks ketika seks bukan mudah. Hanya 65% isteri puas selepas berasmara. Mereka hanya mahu rangsangan ini untuk lebih puas.

Ramai wanita tidak mencapai klimaks ketika berasmara

Kajian baru-baru ini membuktikan ramai isteri tidak puas atau tidak mencapai klimaks ketika berasmara. Untuk wanita capai klimaks, mereka memerlukan satu rangsangan penting, iaitu: rangsangan di klitoris (biji kelentit).

Sebanyak 73% wanita mengaku mereka memerlukan rangsangan di klitoris ketika berhubungan seks, barulah mereka mencapai klimaks.

Tapi mengapa rangsangan di klitoris? Tidak cukupkah rangsangan dan teknik godaan yang dibuat oleh si suami? 

Kredit: kinkykatieradio.com

Sebenarnya, menurut kajian dari Indiana University School of Public Health, setiap rangsangan dan teknik godaan suami tidak mendatangkan sebarang masalah pun, tapi isteri masih memerlukan rangsangan di klitorisnya agar dia lebih mudah klimaks

Wanita capai klimaks dengan rangsangan klitoris yang tepat

Hanya 18% isteri mengaku mereka boleh berasmara dan mencapai klimaks tanpa rangsangan atau sentuhan di klitoris. Manakala hampir 9% isteri pula tidak pernah puas dalam hubungan kelaminnya.

Kajian ini membuktikan satu perkara: ramai suami benar-benar tidak tahu bagaimana cara nak memuaskan isteri masing-masing.

Jadi pengkaji menyoal subjek kajian (1000 wanita) untuk memahami bagaimana rangsangan di klitoris yang mereka mahukan. 

Kredit: Twitter

Jawapannya: 

  • 64% isteri suka ada sentuhan dan rangsangan di klitoris dalam bentuk up-and-down
  • 50% isteri mahu sentuhan di klitoris dalam gerakan melingkar
  • Bakinya mahu kedua-dua cara di atas

Kedudukan klitoris pada setiap wanita berbeza

Pengkaji kesihatan, Brian Dodge percaya sentuhan berbentuk seksual ini bersifat universal. Maksudnya, ia tidak pelik, tapi sebenarnya normal.

Tidak seperti kaum lelaki, jalan untuk wanita capai klimaks atau merasa puas selepas berjimak bukanlah mudah. 

Kadang-kadang, walaupun pasangan sudah menggesel klitoris, namun wanita itu masih tidak boleh orgasme! Mengapa? 

Kredit: Cosmopolitan

Ini mungkin kerana kedudukan bahagian dalam klitoris yang agak jauh dari vagina. Bahagian luar klitoris pula mempunyai sekitar 8,000 saraf sensor. Ia lebih sensitif berbanding penis!

Menurut Medical Daily, wanita yang tidak berjaya mencapai klimaks, walaupun selepas dirangsang di klitoris, biasanya disebabkan jarak yang besar antara klitoris dan vagina.

Jarak ini boleh mencapai sehingga 5 cm!

Wanita capai klimaks sebanyak beberapa kali

Menurut Dr. Susan Oakley, pengkaji dari Good Samaritan Hospital pula, klitoris yang besar memiliki lebih banyak saraf.

Sebab itu wanita masih boleh mencapai klimaks beberapa kali walaupun selepas orgasme. 

Apa bentuk posisi seks yang boleh bantu wanita capai klimaks? Ada beberapa posisi yang setiap pasangan suami isteri harus cuba. Kami ada sertakannya di bawah.

Tapi kunci yang paling penting adalah komunikasi

Cakap dengan pasangan apa yang anda mahukan. Ini agar kalian sama-sama puas. Tanpa komunikasi, pasangan mungkin perlu “berlayar” seorang diri.

Jom tengok apa posisi seks yang anda patut cuba untuk mencapai klimaks ini:

6 teknik yang mudah buat isteri puas dan capai klimaks

Penulis

Ayu Idris