Dari ratu cantik ke usahawanita! Mengapa kita harus contohi ibu Genecia Alluora Luo ini?

lead image

Kali ini, theAsianparent membawakan kepada anda wanita contoh yang layak dijadikan panduan semangat untuk ibu-ibu kekal hebat dalam menjaga anak. Mari mengenali Genecia Alluora Luo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita bukanlah jantina yang lemah. Dengan semangat dan keinginan yang tinggi, mereka mampu menjadi sehebat lelaki dalam apa jua bidang. Begitu juga wanita contoh ini yang kuat bekerja dan tidak kenal erti putus asa.

Dari seorang instruktur yoga ke ratu cantik dan kemudiannya kepada sorang usahawanita, inilah Genecia Alluora Luo. 

Beliau seorang wanita yang sememangnya wajarnya dicontohi oleh ibu-ibu semua. Jom baca kisah wanita contoh ini.

Latar belakang Genecia – wanita contoh terbaik

Genecia sebagai ratu cantik pada tahun 2006

Sebelum menyertai pertandingan ratu cantik, Genecia merupakan seorang wanita biasa saja. Melalui zaman sekolah yang sukar, Genecia telah bekerja bagi menampung perbelanjaan sekolahnya.

Dia bermula sebagai instruktur yoga dan aerobik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertahun lamanya dia mengajar sebanyak 2 hingga 3 kelas sehari. Kemudian dia sedar yang dia hanya menukarkan masanya dengan duit.

Jadi, dia mula mengajar orang lain supaya dia boleh ‘membekalkan’ lebih ramai tenaga pengajar untuk yoga dan aerobik.

Genecia kemudian memberanikan diri untuk menyertai pertandingan ratu cantik Singapura di mana di sinilah dia belajar bagaimana membuat ‘personal branding‘, bagaimana anda mampu menyampaikan mesej dan bekerjasama dalam kumpulan.

Selepas berjaya menjadi Miss Singapore Universe (RU) 2006 dan Miss Singapore International 2006, Genecia menjalani kehidupan biasa sebagai Ahli terapi pekerjaan di Institue of Mental Health. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita contoh ini menceburi bidang keusahawanan pula

Genecia merupakan salah seorang tulang belakang kepada rangkain kafe Coffee : nowhere

Genecia mula mencari ruang untuk menjadi usahawan dan mula menjadi penasihat dalam bidang keusahawanan berdasarkan pengalamannya yang telah melakukan pelbagai perniagaan.

Kemudian dia bergabung dengan rakannya untuk menjayakan rangkaian kafe yang dikenali sebagai Coffee : nowhere.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dan kini Genecia adalah pengasas Soul Rich Woman (SRW).

Kata-kata nasihat dari Genecia – wanita contoh yang wajar diikuti

Pengasas kepada Soul Rich Woman

Semasa sesi temuramah bersama Genecia, terdapat beberapa kata-katanya yang kami di theAsianparent ingin kongsikan bersama anda:

  • you are not what you have done, you are what you have overcome
  • our pass does not equals to our future
  • give value that stands out like crazy
  • look for a mentor that you can look up to
  • alone you are strong, together we are unstoppable
  • always put yourself in front not behind

Genecia telah membantu ramai wanita yang ingin menceburi diri di dalam bidang keusahawanan melalui Soul Rich Woman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia percaya yang membantu wanita dengan garis panduan yang disediakan di Soul Rich Woman. Program-program dan garis panduan yang disediakan boleh ditemui di laman rasmi Soul Rich Woman.

Percaya dapat membantu lebih ramai wanita

Genecia juga berharap melalui bengkel-bengkel Soul Rich Woman  yang mesra kanak-kanak dapat membantu lebih ramai ibu untuk keluar dari zon selesa dan berjaya tanpa perlu risau tentang anak mereka.

Ini kerana bengkel-bengkel SRW, bukan sahaja untuk para ibu mendapatkan ilmu, malah mereka menyediakan ruang untuk kanak-kanak bermain bersama penjaga.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

 

https://my.theasianparent.comwanita-pilihan-lelaki-kahwin/

Penulis

Aqma