Penderitaan wanita hamil ditikam
Seorang wanita hamil telah ditikam dan bayinya dikerat keluar dari rahim oleh rakan wanita tersebut sendiri yang disyaki mempunyai masalah mental.
Ashleigh Wade, seorang wanita dari Bronx telah mengajak rakannya yang hamil itu, Angelikque Sutton ke rumah dengan janji ingin memberi hadiah perkahwinan.
Sutton yang hamil, sedang dalam perjalanan ke mahkamah untuk menandatangani surat pernikahan dengan tunangnya Patrick Bradley, tetapi beliau pergi ke rumah Wade dulu.
Apabila Sutton tiba, Wade memotong tekaknya supaya dia tidak dapat menjerit dan kemudian mengeluarkan bayi lelaki yang sihat dari rahimnya!
Wanita hamil ini mati dengan ngeri
“Defendan telah memotong peti suara Cik Sutton,” kata Meredith Holtzman, Penolong Pendakwa Raya Bronx kepada juri semasa pembicaraan.
“Cik Sutton tidak dapat berteriak atau mengatakan apa-apa. “
“Apa yang telah dilakukan oleh defendan kepada Cik Stutton kemudiannya tidak terkata,” tambah Holtzman kepada juri lagi.
Selepas memastikan Sutton tidak dapat berteriak, defendan telah mengambil pisau dapur dan membelah abdomen ibu hamil itu!
Malah, sebaik sahaja dia memotong bahagian abdomen Cik Sutton, defendan telah memotong rahim Cik Sutton dan mengeluarkan bayinya.
Pendakwa mendapati Wade telah berpura-pura hamil untuk beberapa bulan sebelum serangan tersebut.
Bayi Sutton selamat dikeluarkan dari rahim dan Wade mendakwa bayi itu adalah bayinya.
Semasa pendakwa menunjukkan gambar-gambar serangan yang ngeri itu kepada juri, Wade telah menutup mukanya dan kelihatan sedang mengesat air mata.
Penguam defendan memberitahu juri bahawa perbuatan Wade mungkin disebabkan masalah mental.
“Mungkin sesuatu yang buruk dan penuh tragedi telah berlaku dalam minda Cik Wade.”
Wade, yang tidak mengaku bersalah, akan dipenjarakan seumur hidup tanpa peluang pembebasan.
Mungkin Wade rasa cemburu dengan kehidupan Sutton hingga sanggup melakukan perbuatan yang terkutuk ini.
Mungkin Wade betul-betul mengalami sakit mental atau kemurungan. Tetapi semuanya sudah terlambat dan nyawa seorang wanita yang bakal menjadi ibu dan isteri telah diragut dengan kejam.
Kami di theAsianparent mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga Sutton. Semoga pelaku jenayah ini diberi pembalasan yang setimpal.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Ibu Ayah Sila Peka, Ini 5 Tanda Awal Anak Kecil Anda Mungkin Alami Gangguan Mental