Wanita Hamil Diduga Kematian Suami Secara Tiba-Tiba

Isteri yang sarat hamil pasti mendambakan kehadiran sentuhan dan kasih sayang seorang suami. Namun, kebahagian ini diragut secara tiba-tiba buat Norjuana.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dugaan berat terpaksa dipikul

Berita yang meruntun hati ini disiarkan dalam laman web Oh Bulan! pada tanggal 4 Februari lalu. Menerusi akaun Facebooknya, Norjuana – atau lebih dikenali sebagai Manjer Joenna mencurahkan rasa rindu pada arwah suami tercinta yang pergi menghadap Ilahi secara tiba-tiba.

Isteri yang sarat hamil pasti mendambakan kehadiran sentuhan dan kasih sayang seorang suami. Namun, kebahagian ini diragut secara tiba-tiba buat Norjuana.

Norjuana dan pasangan

Kehilangan orang tersayang terlampau memeritkan. Dugaan kematian suami secara tiba-tiba nyata berat untuk digalas Norjuana. Perkahwinan yang disulam selama 3 tahun 4 bulan ini pasti akan disemat erat dalam hati Norjuana selamanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Norjuana merindui panggilan dan perhatian yang diberi suami sebelum ini.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, suami sempat menyatakan hasrat untuk menamakan bayi mereka dengan nama “Nazril” sempena nama vokalis Peterpan kegemarannya.

Hati diruntun duka apabila membaca luahan hati si isteri menerusi post berikutnya. Semoga arwah suami Norjuana ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Komen di halaman Facebook dipenuhi dengan kata-kata semangat malah dorongan meminta beliau redha menempuh dugaan yang diberi. Semoga Norjuana tabah menghadapi hari yang mendatang, dan cekal dengan dugaan-Nya, tatkala menanti kelahiran si manja yang diharapkan mampu memberi secalit ketenangan buat hatinya.

Mereka memerlukan sokongan anda!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehilangan suami ketika hamil adalah sebuah ujian besar yang mampu terjadi tanpa jangkaan sesiapa. Hampir 1/3 daripada wanita di Amerika Syarikat menjadi janda sebelum usia 45 tahun akibat peristiwa seperti ini.

Gwen Peterson, Presiden organisasi Hope for Widows Foundation berkata dugaan kematian suami ketika hamil boleh menyebabkan si isteri mengalami post-traumatic stress disorder yang teruk jika tidak dibantu! Gangguan terjadi kerana emosi wanita hamil tidak menentu, dan didorong oleh rasa “kehilangan” yang membawa kepada kemurungan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun, sebagai masyarakat yang prihatin, marilah membantu meringankan beban mangsa. Mereka memerlukan sokongan kita semua! Apa yang boleh anda bantu? Berikut beberapa perkara yang boleh anda lakukan:

  • Beri saja sebarang bantuan

Anda mungkin risau disalah erti jika membantu si mangsa tanpa dipinta. Mangsa memang sukar untuk meminta bantuan, namun hakikatnya bantuan yang diberi akan amat dihargai! Sekecil-kecil bantuan juga tidak mengapa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Peluk & ucap kata “maaf” dengan lembut

Mangsa yang dalam kesedihan akan cenderung mengurung atau mengasingkan diri. Rapatkan diri anda dengan mangsa, lalu tawarkan pelukan atau ucapkan kata-kata maaf dengan lembut supaya mangsa rasa dirinya dihargai dan berasa lebih tenang.

  • Duduk & Dengar

Mereka mungkin akan menceritakan kisah sama berulang-ulang kali. Menurut kajian, isteri yang kehilangan suami ketika hamil akan menghadapi kesukaran untuk “menerima hakikat”, lalu cenderung menceritakan perkara sama yang dianggap “penting” buat mereka. Beri mereka masa, dan duduk malah dengar luahan hati mereka.

  • Sokongan Berterusan

Mereka memerlukan sokongan yang berterusan! Wanita dicipta dengan sifat tabah yang harus dicontohi, namun mereka juga mempunyai hati kecil yang mudah terluka. Selepas kematian suami, si isteri harus mengendali emosi keluarga mertua yang kehilangan anak tersayang juga. Tanpa sokongan yang berterusan, bagaimana mereka mampu memikul beban ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Manjer JoennaOh Bulan! dan Deseret News Family

Penulis

Ayu Idris