Seorang Wanita Hamil Disambar Petir Namun Selamat Melahirkan Anaknya

Akibat disambar petir, wanita sarat hamil tersebut terpaksa melahirkan anaknya dengan kaedah c-seksyen kecemasan. Semoga beliau cepat pulih!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita sarat hamil disambar petir

Baru-baru ini, Amerika Syarikat digemparkan dengan berita seorang wanita hamil telah disambar petir ketika berjalan di kawasan rumahnya.

Menurut ABC News, wanita hamil itu bernama Meghan Davidson, isteri kepada Matt Davidson. Mereka menetap di Fort Myers, Florida. 

Meghan sedang sarat hamil. Kandungannya sudah memasuki trimester ketiga. Lalu, selepas kejadian dipanah petir terbabit, beliau dengan pantas di bawa ke hospital tempatan.

Meghan terpaksa melahirkan bayinya dengan kaedah c-seksyen kecemasan. Selepas selamat melahirkan bayi yang diberi nama Owen itu, beliau dipindahkan ke wad ICU

Kredit gambar: Facebook

Menurut suaminya, keadaan Meghan semakin pulih. Beliau ditempatkan di Lee Memorial Hospital kini.

Meghan masih tidak boleh bercakap namun beliau mula memberi reaksi mata apabila suaminya cuba berkomunikasi.

Semoga Meghan selamat mengharungi insiden dan kecederaan ini, amin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan yang amat mencemaskan

Pihak Jabatan Keselamatan Awam Lee Country telah memberikan rekod panggilan 911 kepada ABC News untuk membuat liputan.

Menerusi rekod panggilan tersebut, dapat didengar bagaimana situasi yang mencemaskan ini diuruskan.

Seorang jiran dengan pantas memberi bantuan pada Meghan ketika itu.

Beliau dipetik mendedahkan Meghan sudah tiada denyutan nadi, lalu beliau diminta untuk memberikan bajunya agar dijadikan kusyen di belakang badan Meghan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika kejadian, Meghan sedang berjalan di sekitar rumahnya. Cuaca ketika itu sedikit mendung, tapi tidak hujan. Guruh atau kilat juga tiada!

Tapi tiba-tiba, panahan petir menyambar wanita malang ini. Suaminya tiada di rumah ketika kejadian. Yang bersama Meghan ketika itu adalah ibunya. 

Namun, ibunya di dalam rumah sedang menjaga 2 lagi anak Meghan yang berusia 2 tahun dan 14 bulan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Risiko wanita hamil disambar petir

Adakah wanita hamil berisiko untuk disambar petir?

Menurut Dr. Robert Glatter, doktor di wad kecemasan Hospital Lenox Hill di New York – kejadian sebegini jarang sekali berlaku.

Wanita hamil paling kurang berisiko untuk disambar petir! 

Namun, akibat serangan petir, seseorang individu boleh mengalami kecederaan pada tisu saraf, luka melecur, pendarahan di otak dan kecederaan pada saraf tunjang.

Jika sesuatu insiden seperti ini berlaku, keutamaan pertama adalah untuk menyelamatkan ibu hamil dan mengeluarkan bayi daripada rahim dengan kadar segera.

Jika bayi itu tidak mati, ia adalah keadaan yang paling ajaib!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara kesan sampingan kronik akibat terkena sambaran petir adalah sakit kepala, mual, sawan, telinga sering berdesing dan sukar untuk tidur.

Matt Davidson ketika diminta untuk memberi penjelasan lanjut tentang keadaan isterinya mengatakan beliau dan anak mereka semakin pulih kini.

Namun, mereka sekeluarga tidak bersedia untuk memberi sebarang komen.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga Tuhan melindungi ibu dan anak istimewa ini kerana mereka telah mengharungi dugaan yang amat besar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga semuanya selamat saja di sana! 

Hati-hati, ya ibu hamil di luar sana. Jaga diri dan kesihatan anda. 

Sumber rujukan: ABC News dan NY Post

Baca juga

Pasangan Suami Isteri Terbunuh Disambar Kilat

Penulis

Ayu Idris