Menjadi Seorang Ibu Bapa
Siapa kata keibubapaan adalah perkara yang senang? Hanya orang yang telah jadi ibu bapa saja tahu bagaimana kehidupan selepas ada anak itu lebih mencabar.
Bukan apa, bila anda sudah ada anak baru anda tahu yang anda akan sering berasa bimbang dan akan sentiasa penat.
Kajian daripada University of Tilburg baru-baru ini telah mendedahkan yang ibu bapa juga akan bergelut dengan identiti mereka sendiri selepas mempunyai anak, terutamanya bagi seorang ibu.
Seorang ibu akan mudah hilang keyakinan diri selepas mereka hamil dan bersalin.
Tapi kenapa?
Jom baca dengan lebih lanjut.
Keyakinan Diri Selepas Jadi Ibu Bapa
Tinjauan dijalankan oleh pakar psikologi Universiti terbabit untuk membuktikan bagaimana ibu bapa bergelut dengan identiti dan keyakinan diri mereka selepas mempunyai anak.
Hampir 84,000 wanita ditemubual ketika kehamilan, dan selepas mereka melahirkan anak.
Daripada keseluruhan kajian, pengkaji mendapati satu corak yang konsisten: Wanita akan hilang keyakinan diri ketika mereka hamil, dan semakin parah selepas bersalin.
Mengapa? Semuanya kerana perubahan fizikal yang dialami oleh badan mereka. Malah, hormon yang tidak stabil juga mengakibatkan mereka lebih cepat tertekan.
Wanita hamil juga akan sering bimbang tentang perkembangan bayi dalam kandungan, dan kerapkali memikirkan tentang masa depan anak-anak.
Lalu, mereka mula hilang keyakinan diri ketika hamil. Proses selepas bersalin juga menjadi salah satu faktor yang dipertimbangkan pakar.
Kaitan Antara Kasih Sayang Suami Dan Keyakinan Diri
Kajian juga berjaya membuktikan satu klu baru tentang mengapa para wanita hilang keyakinan diri selepas bersalin!
Semuanya berkaitan dengan hubungan antara suami isteri.
Menurut tinjauan, hampir separuh daripada wanita berasa suami mereka semakin “hilang minat” pada mereka selepas bersalin. Ia mengakibatkan mereka rasa diri tidak lagi dihargai.
Walaubagaimanapun, tak semua wanita yang telah memiliki anak akan hilang keyakinan diri mereka.
Pengkaji berpendapat hilang keyakinan diri amat berkait rapat dengan pembentukan hubungan dalam rumah tangga.
Semakin “renggang” hubungan antara suami isteri, semakin “kurang yakin” isteri terbabit.
Yalah, siapa tak hilang keyakinan diri apabila suami sendiri tak lagi seperti dulu, kan? Sudahlah kita wanita ini terpaksa melalui pelbagai cabaran perubahan badan ketika hamil.
Kita jugalah terpaksa bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Kesakitan dan parut luka akibat pembedahan c-seksyen pun masih belum hilang!
Kemudian apabila ingin membesarkan anak-anak, macam-macam peraturan pula yang perlu kita ikut. Kalau tak ikut, nanti masyarakat sekeliling akan pandang serong pada kita.
Mereka akan anggap kita “ibu bapa yang teruk”. Dengan mata-mata yang menjeling sinis setiap kali anak kita mengamuk tiba-tiba di pasaraya. Hmm…
Mana tak hilang keyakinan diri ini!
Tapi jangan risau ibu bapa semua. Kajian juga mendedahkan yang rasa hilang keyakinan diri ini akan semakin berkurang 3 tahun kemudian.
Jadi, jom tingkatkan confidence anda, wahai ibu bapa semua! Tak apa, kita semua faham yang jadi ibu bapa bukanlah tugas yang mudah.
Tapi jangan lupa yang semua ibu bapa harus menjaga diri sendiri dengan baik agar mereka mampu menjaga anak-anak dengan sempurna!
Apa pendapat anda wahai ibu bapa semua? Mari sama-sama kita jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita, okay?
Sumber rujukan: Quartz Media
Baca juga:
Yakin Dengan Diri Sendiri: Wanita Hebat Ini Mahu Masuk Miss Universe!