Sebenarnya, Wanita Lebih Bercita-cita Tinggi Selepas Mempunyai Anak

Satu kajian dari Accenture telah menunjukkan bahawa para ibu yang bekerja masih bermotivasi tinggi untuk naik jawatan dan mendapatkan gaji yang lebih besar - semuanya demi anak-anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dahulu, ada kajian menyatakan yang mempunyai bayi hanya akan membuatkan seorang wanita bekerja itu kurang memberikan tumpuan kepada karier.

Tetapi, menurut satu kajian daripada Accenture ini pula, ibu-ibu yang kembali bekerja selepas mempunyai anak adalah sama bercita-cita tinggi seperti wanita tanpa anak-anak-atau, dalam beberapa kes, lebih lagi daripada itu!

Wanita bekerja dalam kalangan ibu masih ada cita-cita untuk naik jawatan dan gaji

Dalam kajian tersebut, wanita bekerja dan merupakan para ibu dikatakan mempunyai cita-cita untuk mendapatkan jawatan kanan kepimpinan (70 peratus) hampir sama seperti rakan-rakan wanita yang tidak mempunyai anak-anak (67 peratus), laporan Fortune.

Selain itu, ibu-ibu bekerja juga mengejar kenaikan pangkat dan gaji yang lebih tinggi.

Dalam kaji selidik itu, wanita yang mempunyai anak adalah 2.5 kali lebih cenderung untuk menukar pekerjaan kepada jawatan yang lebih tinggi atau gaji yang lebih besar berbanding mereka yang tidak mempunyai anak.

Ada juga para ibu yang ingin menjadi usahahawan berjaya

Wanita yang mempunyai anak juga jauh lebih cenderung untuk menjadi seorang usahawan.

Walaupun hanya 35 peratus daripada wanita tanpa anak yang berminat untuk memulakan perniagaan, lebih separuh daripada ibu-ibu yang dikaji (53%) berkata mereka ingin memulakan perniagaan dalam tempoh setahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kaji selidik ini adalah sebahagian daripada laporan Accenture’s Getting to Equal 2017, yang termasuk jawapan dari lebih daripada 28,000 wanita dan lelaki di 29 negara.

Penemuan tentang para ibu ini dan cita-cita mereka adalah berdasarkan jawapan daripada 140 orang ibu bekerja dan 110 wanita yang bekerja tanpa anak di Amerika Syarikat.

Keseimbangan kerja dan keluarga

Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa masih ramai wanita yang sanggup berkorban kerjaya untuk mengimbangi kedua-duanya; kerja dan keluarga.

Fortune melaporkan bahawa selepas menjadi ibu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ramai wanita sanggup menukar waktu bekerja kepada waktu fleksibel walaupun diturunkan gaji.

Dalam kaji selidik itu, 25 peratus wanita kembali bekerja dengan jadual yang lebih fleksibel selepas melahirkan anak.

Tetapi 55 peratus daripada mereka sanggup mengambil pemotongan gaji untuk mendapatkan kelonggaran masa sebegitu.

Secara keseluruhannya, kaji selidik ini telah menunjukkan bahawa ibu berkerjaya masih berkeinginan untuk mengejar cita-cita dalam kerjayanya.

Ia didorong lagi oleh faktor membesarkan anak-anak!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalaulah syarikat-syarikat mendapat memo kajian dari Accenture dan menyokong ibu-ibu seperti ini, pasti seronok!

Rencana diterjemah daripada Working Mother.

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 cara membina support system bagi ibu bapa yang bekerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh