Wanita Maut 4 Kali Gugur Kandungan Kerana Suami Mahu Anak Lelaki

Kasihan wanita malang ini terpaksa menggugurkan kandungan sebanyak 4 kali dalam setahun semata-mata kerana suaminya nak anak lelaki!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian di China

Kasihan wanita malang ini. Kejadian berlaku di bahagian Timur China, di Wuhu Anhui.

Menurut laporan daripada akhbar tempatan Huanqiu.com, seorang wanita bernama Yueyue telah maut selepas beliau dipaksa menggugurkan kandungannya sebanyak 4 kali dalam satu tahun!

Semuanya kerana suami beliau. Suaminya itu mahu anak lelaki. Tetapi, setiap kali Yueyue cuba untuk hamil, bayi yang dikandung adalah anak perempuan. 

Beliau pernah melahirkan anak perempuan 4 tahun sebelum ini. Jadi, si suami memaksa beliau untuk cuba hamil anak kedua kerana dia ingin anak lelaki. 

China sebelum ini telah mengeluarkan polisi satu anak saja bagi setiap pasangan sejak tahun 2015 lalu.

Kredit gambar: Baby Gaga

Kesihatan Wanita Terbabit Semakin Parah

Dek mendengar kata-kata suaminya, wanita ini sanggup menaruhkan nyawa sendiri apabila melakukan menggugurkan kandungan beberapa kali dalam setahun.

Laporan Jianghuai Morning News mendedahkan kesihatan wanita malang terbabit semakin parah selepas menggugurkan kandungan yang keempat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, suami tercinta bukan saja tak menghiraukan sakitnya, malah sanggup menceraikan beliau! Kejam, kan?

Di China, doktor pakar tidak dibenarkan sama sekali untuk mendedahkan jantina anak yang dikandung kepada mana-mana ibu. 

Hal ini bagi mengelak kejadian menggugurkan kandungan secara sengaja.

Tapi, demi lelaki durjana ini, Yueyue sanggup menjalani pemeriksaan ultrasound untuk mengenalpasti jantina kandungannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, setiap kali pemeriksaan mendedahkan anak yang dikandung adalah anak perempuan, beliau terpaksa menggugurkan bayi tak bersalah itu kerana suaminya.

Keluarga di kawasan luar bandar China masih menganggap anak lelaki membawa “tuah” berbanding anak perempuan. 

Tahun lepas, hampir 70 orang ditahan oleh pihak berkuasa kerana menyediakan perkhidmatan mengenalpasti jantina secara haram.

Selepas terlantar sakit, Yueyue diceraikan suaminya. Beliau tiada pilihan lain. Beliau terpaksa menggunakan wang ganti rugi penceraian sebanyak 170,000 yuan untuk mendapatkan rawatan di Shanghai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, nasib tak menyebelahi wanita malang ini. Beliau maut dan tak dapat diselamatkan.

Mana bekas suami durjana itu? Dia dikatakan sedang merancang untuk membeli kereta baru dan berkahwin dengan wanita lain.

Ibu Yueyue diserang strok selepas mendengar berita kematian anaknya
Kredit gambar: Huanqiu.com

Dia juga enggan berjumpa dengan keluarga Yueyue yang ingin menuntut keadilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pihak polis masih sedang menyiasat kes ini.

Risiko Menggugurkan Bayi Selama Beberapa Kali Dalam Setahun

Menurut NHS, wanita terbuka untuk mengalami beberapa risiko yang parah jika mereka menggugurkan kandungan sebanyak beberapa kali dalam masa setahun. Risiko yang paling teruk boleh meragut nyawa! 

Antara risiko lain yang berbahaya adalah:

  • Jangkitan di rahim 
  • Janin tertinggal dalam rahim
  • Tak mampu hamil lagi
  • Pendarahan yang banyak
  • Kerosakan di dinding servik
  • Kerosakan rahim

Bagaimana proses menggugurkan kandungan
Kredit gambar: Abortion Case

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penentu Jantina Bayi

Sebenarnya, penentu jantina bayi adalah berdasarkan sel sperma seorang lelaki. Wanita memiliki kromosom XX, manakala lelaki mempunyai kromosom XY.

Setiap satu sperma akan membawa satu kromosom saja, sama ada Y (lelaki) atau X (perempuan).

Jadi, sel sperma yang dilepaskan oleh lelaki untuk disenyawa ovum akan menentukan sama ada bayi tersebut akan menjadi bayi perempuan (XX) atau bayi lelaki (XY).

Lelaki durjana itu jahil tentang biologi hingga sanggup mengorban nyawa isteri sendiri! Semoga balasan setimpal dijatuhkan padanya.

Sumber rujukan: The Straits TimesNHS Choice dan Huanqiu.com

Kredit gambar: Baby Gaga

Baca juga:

Kisah Menyayat Hati: Apa Jadi Pada Janin Yang Digugurkan?

Penulis

Ayu Idris