Beijing (South China Morning Post): Menurut laporan satu berita di atas talian, seorang wanita yang sedang sarat mengandung dikatakan melilau memasukkan sebuah garaj dan telah melahirkan seorang bayi di dalam masa tidak sampai 30 saat kemudian berlalu pergi meninggalkan bayi tersebut.
Berita di laman sesawang milik radio Trafik FM918 di Huangzhou, daerah Zhejiang melaporkan yang seorang pekerja telah menjumpai bayi lelaki di atas lantai garaj pada kira-kira jam 8 pagi hari Sabtu.
“Apabila saya ternampak bayi lelaki itu, bibirnya sudah kebiruan. Dia tidak menangis tetapi saya menjadi risau apabila terlihat darah di atas lantai.
“Saya tahu yang bayi itu baru dilahirkan… tetapi saya tidak pernah melihat bayi sekecil itu sebelum ini,” kata seorang pekerja, Xiao Song.
Beliau dan rakan sekerja yang lain membalut bayi tersebut di dalam selimut dan kemudian menelefon ambulans.
Apabila pekerja garaj tersebut menonton semula rakaman kamera liter tertutup, mereka melihat seorang wanita memakai kot berwarna kuning berjalan dengan perlahan ke dalam garaj.
Wanita itu kemudian dilihat mencangkung di antara peralatan kereta sambil membuka seluarnya.
Di dalam masa kurang 30 saat, wanita itu berdiri dan memakai seluarnya semula sebelum beredar seperti tiada apa yang telah terjadi.
Namun, dia juga meninggalkan beg bimbit yang mempunyai kad pengenalan dan dompetnya, kata Xiao Song.
Pihak hospital melaporkan yang bayi tersebut berada di dalam keadaan baik selain mengalami selsema.
Menurut polis Hangzhou, wanita tersebut telah hadir dan mendapatkan bayi tersebut dan mereka tidak melaporkan kes tersebut sebagai kes pengabaian bayi.
Wanita tersebut memberitahu pihak polis yang dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melahirkan bayinya di garaj itu, tetapi tidak tahu apa yang patut dilakukannya selepas itu jadi dia membuat keputusan untuk pergi. Kemudian apabila kembali, bayinya telah tiada.
Laporan tersebut tidak menyatakan berapa lama wanita tersebut telah meninggalkan tempat kejadian.
Pentingnya kelas pra natal
Kelas pra natal merupakan kelas di mana pihak hospital akan memberikan info tentang persiapan semasa hamil dan persiapan untuk bayi yang bakal lahir.
Kelas-kelas ini selalunya dibuat sama ada secara percuma di hospital kerajaan mahupun swasta (mempunyai terma dan syarat). Kelas ini sangat bagus sebagai pendedahan awal sebagai persediaan oleh ibu hamil dan juga pasangan mereka.
5 sebab utama mengapa kelas pra natal penting
1. Sebagai persediaan awal
Memang betul tiada kelas atau kursus yang mampu membuatkan kita 100% bersedia menghadapi kehamilan dan kelahiran. Namun, kelas seperti ini sekurang-kurangnya akan mendedahkan kita terhadap pelbagai kebarangkalian yang pernah dilalui oleh orang lain.
Jadi, sebagai persediaan asas, kelas-kelas pra natal akan membantu sama ada ibu baru atau ibu yang hamil lagi untuk lebih bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
2. Lebih mengetahui tentang pilihan anda
Saat kelahiran adalah berbeza bagi semua orang. Malah tidak ramai yang tahu tentang pilihan-pilihan yang boleh dibuat untuk menyambut kelahiran.
Contohnya, ibu yang ingin melahirkan boleh memilih untuk di’induce’ atau tidak. Atau ada juga situasi di mana ibu hamil boleh memilih cara melahirkan (secara vagina, kelahiran di dalam air, atau c-sec).
3. Interaksi antara ibu lain
Emosi ibu hamil kadang-kala memang mengelirukan dan sukar difahami oleh mereka yang tidak melaluinya. Melalui kelas-kelas ini, ibu-ibu hamil dapat berkenalan di antara satu sama lain.
Selain dapat berkongsi cerita dan pengamalan, anda juga mungkin akan duduk di katil yang bersebelahan semasa kelahiran nanti. Ia pasti lebih menyenangkn jika anda sudah berkenalan di antara satu sama lain.
4. Melibatkan bapa
Kelas-kelas pra natal bukan hanya untuk para ibu. Tetapi juga melibatkan para bapa. Jadi, mereka boleh bersedia dengan apa yang bakal dilalui nanti.
Sekurang-kurangnya mereka dapat membantu para isteri dengan senaman atau urutan ringkas yang dapat membantu melalui kehamilan mereka.
Kelas-kelas ini juga dapat membantu mereka untuk tidak panik dan tahu apa yang boleh dilakukan mereka jika ada apa-apa terjadi.
5. Apa perlu buat dan bila
Semasa kelas pra natal, mereka akan memberi gambaran tentang apa yang anda bakal rasai semasa kehamilan atau dekat dengan kelahiran.
Mereka juga akan memberi info tentang bila waktu yang wajar untuk anda ke hospital atau menelefon pihak hospital. Dengan ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi sesuatu keadaan.
Jadi bakal ibu dan bapa, sertai kelas pra natal terdekat dengan anda sebagai salah satu persediaan awal anda menerima orang baru nanti.