Bolehkah wanita menopause ada susu badan dan menyusu semula?

Jika anda sangka wanita menopause tidak boleh ada susu badan dan menyusu semula,anda sebenarnya salah! Ikuti cara ini untuk ada susu badan semula selepas anda menopause.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita menopause boleh ada susu badan semula?

Kenapa mesti wanita menopause mahu mempunyai susu badan semula? Antara sebabnya ialah kerana mereka mungkin telah mengambil anak angkat mahupun mempunyai anak sendiri.

Jika anda rasa mempunyai susu badan semula selepas menopause adalah mustahil, anda salah.

Wanita tidak memerlukan rahim atau ovari untuk menyusukan badan. Apa yang dia perlukan hanyalah payudara dan kelenjar pituitari yang berfungsi.

Mempunyai anak adalah satu sebab utama relaktasi

Relaktasi untuk wanita menopause ada susu badan semula

Relaktasi ialah proses mengembalikan semula produksi susu. Melalui relaktasi, seseorang wanita boleh menyusu badan semula selepas satu-satu durasi masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Relaktasi selepas menopause adalah tidak mustahil kerana terdapat cara yang boleh dilakukan.

Apakah cara untuk relaktasi selepas wanita menopause?

Untuk memulakan proses relaktasi, seseorang ibu itu harus mempraktikan beberapa teknik asas di rumah. Antaranya adalah seperti di bawah ini:

Mengepam adalah cara yang baik untuk relaktasi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Memerah payudara dengan tangan atau pam. Anda perlu mengulangi kaedah ini 8 hingga 12 kali sehari dan minimum 20 minit setiap sesi. Ia meransang hormon prolaktin yang membantu produksi susu.
  • Sentuhan kulit. Peluk bayi dan biarkan kulit bayi anda kena pada kulit anda. Ini akan meransang refleks semulajadi. Anda boleh memilih untuk menggendong, tidur bersama dan mandi bersama bayi anda.
  • Elakkan botol. Biar bayi menghisap terus dari puting payudara. 
  • Elakkan puting. Puting boleh mengganggu penyusuan bayi. Jadi untuk merangsang susu, biarkan bayi anda terus menghisap puting anda walaupun dia tidak menyusu.
  • Tidur sambil membiarkan anak menyusu. Bayi suka tidur sambil masih menyusu. Cara ini dapat lebih merangsang produksi susu anda.
  • Terapi hormon. Langkah pertama ialah untuk menghentikan penggantian hormon dan biar simptom menopos berlaku. Untuk 60 hari pertama (sebelum relaktasi) anda mungkin akan diberikan Domperidone, Microgestin atau Ortho 1/35. Ubatan ini akan membiarkan simptom menopos dan akan menyebabkan perubahan pada payudara seperti semakin besar atau menjadi sakit dan berat.

Menyusu terus dari payudara dapat meransang pengeluaran susu yang lebih banyak

Bagaimana saya boleh lihat progres relaktasi selepas saya menopause?

Terdapat beberapa tanda yang anda boleh perhatikan, antaranya:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Areola yang lebih gelap
  • Diameter areola semakin besar
  • Puting menjadi semakin lebar
  • Saiz payudara semakin besar
  • Urat semakin jelas kelihatan pada payudara
  • Puting boleh mengeluarkan air
  • Rasa sakit atau mencucuk pada payudara

Sekiranya anda mulai peraasan tanda-tanda ini, bermakna usaha keras anda telah membuahkan hasil. Sekiranya anda rasa susu anda sedikit, bolehlah amalkan amalan untuk membanyakkan susu.

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Sumber: theAsianparent Singaporeasklenorebreastnotesbreastfeedingbasics 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkehebatan-kurma-sebagai-penambah-susu-badan/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma