Pernah tak anda dengar tentang wanita pendek lebih berisiko semasa bersalin kelak, berbanding ibu bertubuh normal? Hakikatnya, ada kajian yang membuktikan ketinggian wanita boleh mempengaruhi proses bersalin. Tetapi ini tidak bermakna kesemua wanita pendek tidak boleh bersalin normal.
Ketinggian badan seseorang boleh menentukan ukuran pelvik yang boleh mempengaruhi sama ada wanita boleh bersalin secara normal atau tidak. Walau bagaimanapun, terdapat faktor lain selain genetik seperti pemakanan, tabiat, dan gaya hidup yang menjejaskan proses bersalin seseorang.
Adakah Wanita Pendek Berisiko Ada Komplikasi Semasa Bersalin?
Sebenarnya, tiada ukuran spesifik yang dianggap tidak sesuai untuk kelahiran secara normal. Biasanya ketinggian di bawah 5 kaki dianggap rendah bagi wanita, dan pada yang sama ini tidak bermakna wanita pendek tidak boleh hamil sehingga cukup bulan.
Dalam sesetengah kes, ketinggian wanita yang pendek tidak mencetuskan komplikasi semasa hamil atau semasa melahirkan. Berikut adalah beberapa komplikasi yang pendek dalam proses bersalin:
#1 Kelahiran Pramatang
Biasanya, bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu dianggap pramatang. Bayi pramatang atau dilahirkan tak cukup bulan berisiko mengalami masalah pernafasan atau penghadaman.
Menurut satu kajian, tubuh pendek seorang wanita boleh mempengaruhi tempoh bayi dalam rahimnya yang mungkin mengakibatkan kelahiran pramatang.
#2 Waktu Bersalin Yang Lama
Hal ini tidak tertakluk pada wanita pendek sahaja, namun proses bersalin yang lama boleh menyebabkan janin dalam rahim kekurangan oksigen. Mereka lebih berisiko sekiranya tidak boleh melakukan kelahiran normal, namun masih ingin melakukannya menyebabkan bayi tidak dikeluarkan cepat.
Keadaan ini dikenali sebagai cephalopelvic disproportion, di mana kepala atau tubuh bayi tu besar dan tidak muat untuk melalui pelvik ibu.
#3 Pendarahan Berlebihan
Pendarahan yang berlebihan adalah komplikasi lain yang perlu dihadapi semasa melahirkan anak. Semasa kelahiran normal, wanita pendek perlu menggunakan lebih banyak tenaga untuk mengeluarkan bayi, kerana bayi hanya mempunyai sedikit ruang untuk keluar.
Ini boleh mengakibatkan kerosakan pada tisu vagina, dan ia boleh mengakibatkan pendarahan yang berlebihan.
#4 Episiotomi
Episiotomi adalah proses membuat potongan kecil antara vagina dan dubur wanita untuk membantu mengeluarkan kepala bayi. Biasanya, episiotomi akan sembuh dengan cepat tetapi sekiranya lebih banyak pemotongan dilakukan maka proses penyembuhan juga akan mengambil masa.
#5 Fistula Obstetrik
Fistula Obstetrik merujuk kepada lubang yang terbentuk antara vagina dan saluran kencing atau rektum. Lapisan antara vagina dan rektum memberi laluan untuk membuat laluan untuk bayi keluar.
Walau bagaimanapun, jika saluran kelahiran kecil untuk bayi keluar dan proses bersalin mengambil masa yang lama, ia boleh mengakibatkan kerosakan pada tisu saluran lahir. Oleh itu, peluang untuk ada fistula obstetrik dalam wanita yang lebih pendek adalah lebih tinggi.
Oleh kerana ketinggian ada kaitan dengan genetik, tidak ada banyak yang boleh dilakukan bagi mengelakkan risiko-risiko ini. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita yang mempunyai ketinggian pendek mengalami komplikasi bersalin yang berkaitan dengan ketinggian ibu.
Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor seperti kekurangan nutrisi semasa zaman kanak-kanak yang mungkin menyebabkan ketinggian seseorang terbantut. Jadi, penting bagi para ibu untuk menyediakan pemakanan yang betul kepada anak-anak ya!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: parenting.firstcry.com
Baca juga: