Betul ke wanita punggung besar lahirkan anak yang lebih bijak?

Anda pernah dengar orang cakap wanita punggung besar lahirkan anak bijak? Kalau nak tahu sama ada ia betul atau tidak, mari fahami penjelasan doktor ini.

Apa kaitan wanita punggung besar dan anak bijak?

Setiap wanita hamil inginkan yang terbaik buat anak mereka. Sebab itu apabila saya terbaca kajian tentang bukti wanita punggung besar lahirkan anak bijak ini, saya teruja nak kongsikan ia dengan anda.

Anda memiliki punggung besar selepas bersalin atau memang semulajadi besar? Jangan malu dan segan lagi dengan aset anda itu. Menurut pakar, wanita yang berpunggung besar ada banyak kelebihan!

Selain lebih bijak dan sihat daripada wanita lain, wanita punggung besar juga melahirkan anak yang lebih bijak. Tapi apa buktinya? Dan bagaimana anak itu lebih bijak pula?

Kredit: YouTube

Lemak pada punggung besar dan paha beri kebaikan pada anak

Ha…. begini. Menurut pakar dari University of Pittsburgh, lemak yang tersimpan dalam punggung dan paha seseorang wanita amat membantu dalam perkembangan otak bayi.

Lemak yang tersimpan pada bahagian bawah tubuh itu mengandungi nutrisi tambahan yang akan disalurkan oleh ibu kepada anak melalui susu badan. 

Profesor Will Lassek, pakar epidemiologi kesihatan yang menguji teori tersebut mengatakan pembentukan sistem saraf otak bayi amat memerlukan lemak yang banyak. 

Jadi, lemak yang banyak di kawasan punggung dan paha seseorang ibu mengandungi DHA, komponen penting dalam pembentukan otak bayi. 

Kredit: Healthiack

Kebenaran tentang wanita punggung besar lahirkan anak bijak

Ibu mana yang tidak kecewa apabila melihat badan dan punggung kita seakan mengembang umpama belon pula, lebih-lebih lagi lepas bersalin ini. 

Tapi hasil kajian yang ditunjukkan di atas membuktikan tiada apa yang perlu anda risau pun! 

Menurut Profesor Lassek lagi, tubuh badan wanita mempunyai sistem yang mampu menahan dan mengumpul lemak di bahagian paha malah punggung selama yang mungkin.

Tujuannya adalah untuk memberikan nutrisi dalam bentuk susu ibu kepada si manja. Hal ini dibuktikan oleh Dr David Bainbridge, seorang pakar reproduktif di University of Cambridge.

Kredit: Adam White Personal Training Studio

Menurut beliau, susu badan yang diperoleh daripada ibu berfungsi untuk membentuk otak. Hampir separuh daripada nutrisi susu badan ibu terbentuk dari lemak yang tersimpan pada paha dan punggung besar ibu.

Dr Bainbridge menjelaskan

“Wanita dengan paha dan punggung yang besar mempunyai lipid pembentuk otak yang lebih banyak. Sebab itu anak-anak wanita berpunggung besar lebih cerdas dan bijak.”

Kebaikan wanita berpunggung besar

Penelitian dan kajian sebelum ini pun telah membuktikan bagaimana wanita dengan punggung yang besar cenderung mempunyai paras kolestrol yang lebih rendah dan mampu mencerna gula dengan lebih tinggi.

Sebab itu wanita berpunggung besar kurang berisiko untuk terkena penyakit jantung, diabetes dan kolestrol tinggi!

Jadi… ibu-ibu di luar sana yang ada bontot besar, janganlah berasa dukacita dan malu lagi, ya!

Kajian sendiri telah membuktikan bagaimana wanita punggung besar lahirkan anak bijak. Maka tiada alasan lagi kenapa anda nak malu!

 

 

 

 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Indonesia

Sumber rujukan: HuffingtonPost

Kredit gambar: Worldstarhiphop

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-isteri-chubby-lebih-bahagia/

Penulis

Ayu Idris