Wahai Wanita, Jangan Tergesa-Gesa Untuk Memasuki Dunia Keibuan

Ramai yang menyuruh seorang wanita cepat berkahwin dan menimang cahaya mata. Tapi, ada baiknya jika seorang isteri tak terburu-buru ingin jadi seorang ibu. Cuba selami nasihat bernas ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita, janganlah terlalu sibuk nak masuk dunia keibuan…

Selalu sangat kita dengar orang beri nasihat: kahwin dan dapat anak cepat-cepat sementara masih muda

Hanya perkara yang indah saja diceritakan. Ada anak seronoklah, nanti anak membesar dengan cepat tak terasa lah dan macam-macam lagi…

Tapi ini nasihat yang sebaliknya bagi penulis dan blogger Zayana Yusof. Beliau berkongsi realiti mengapa wanita tidak harus tergesa-gesa memasuki dunia keibuan.

Ikuti perkongsian beliau seperti di bawah.

*****

Setelah menulis blog tentang dunia keibuan selama 3 tahun, saya rasa serba-salah dengan bakal-bakal ibu.

Mungkin kerana saya telah membuatkan mereka hilang rasa takut tentang dunia keibuan. Atau menimbulkan kecenderungan negatif tentang masa depan yang menanti mereka.

Aduhai… Saya minta maaf wahai wanita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tidak berniat hendak membuatkan anda terpengaruh.

Apatah lagi untuk menidakkan hak anda untuk mempunyai cahaya mata. Tapi saya hanya mahu menggambarkan realiti di sebalik dunia seorang ibu. 

Dunia keibuan yang tak dibicarakan

Nama ‘ibu sempurna’ tidak sesempurna mana malah ada bermacam kepayahan disebaliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susah payah disebalik mengambil gambar yang berbaloi untuk dipamerkan di instagram agar anda dapat komen dan ‘like’.

Kesibukan menyiapkan semuanya untuk sebuah portret. Ini adalah sebahagian daripada perkara dalam dunia seorang ibu yang tidak dibincangkan.

Itu belum tambah makcik pakcik yang menembak anda dengan soalan bila hendak dapat anak atau bila hendak menambah anak.

Abaikan sahaja. Biarkan semua berlalu. Jika anda dihentam begitu, saya juga sama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kenapa kahwin dengan duda? Takdak lelaki bujang ke?

‘Kenapa kahwin awal? Sayanglah muda lagi!’

‘Kenapa mengandung awal sangat? Hidup kau akan berubah selamanya tau!’

Sekarang saya mempunyai 3 orang anak, dan masih ada orang yang bertanya ‘

Bila hendak tambah anak? Awak masih muda, inilah masanya!’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini membawa saya untuk memberitahu anda wahai pembaca, hentikan semua ini.

Anda sebagai wanita ada hak untuk membuat keputusan

Orang lain tidak sepatutnya mengawal keputusan hidup anda. Jika anda rasa nak kahwin dan menjadikan hubungan anda halal, teruskan.

Tapi jika belum bersedia untuk mempunyai anak lagi, saya akan cakap, takpa, ia okay.

Ini hidup anda, jadi anda yang buat keputusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab sedarlah, mempunyai anak bukanlah sekadar memegang nama sebagai seorang ibu sahaja, ia lebih dari itu.

Anda harus menyiapkan diri dari segi mental, rohani dan tentulah material!

Jadi, ambil masa anda untuk menyesuaikan diri dengan rutin ini setelah berkahwin. Sekarang anda tinggal bersama mertua, privasi ialah keutamaan yang anda harus hadapi.

Sekarang anda ambil masa 40 minit untuk  ke pejabat sedangkan ia hanya di belakang rumah sahaja.

Sekarang anda harus berkongsi gaji dengan pasangan yang secara jelasnya memerlukan penyesuaian besar berbanding sebelum ini.

Sekarang anda ada lebih banyak baju kotor untuk dibasuh, lebih banyak baju untuk dilipat, lebih perut untuk diisi, dan satu lagi: jiwa untuk dijaga, di mana ini sangat menyusahkan jika anda berkahwin dengan seorang lelaki yang tak guna.

Malah, kepada yang berpegang dengan prinsip “bercinta selepas nikah“, ini adalah cabaran terbesar anda.

Anda memilih untuk hidup bersama orang asing, anda harus bertahan dengan cabaran ini.

Ya, kita semua tidak tahu perangai sebenar pasangan kita sehingga kita tinggal di bawah satu bumbung, tapi berkahwin dengan orang asing, lebih mencabar.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan, adik dan abang, tidak mempunyai anak pada fasa awal perkahwinan akan membantu pengalaman baru berkahwin anda.

Tidak perlu muntah semasa memandu ke pejabat.

Dan tidak perlu rasa loya di bulan ke-3 perkahwinan akan membantu hubungan anda kerana anda boleh meluangkan lebih masa untuk mengenali satu sama lain.

Jadi wahai wanita, ambil masa untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan dan tanggungjawab baru sebagai seorang isteri. 

Sediakan lebih ruang untuk menerima pasangan yang akan hidup bersama anda untuk 50-60 tahun lagi.

Jangan tergesa-gesa untuk memasuki dunia ibu. Jangan tergesa-gesa untuk mempunyai ramai anak.

Berseronoklah, hargai, dan pegang apa yang anda ada sekarang.

Dan sementara menyesuaikan diri, banyakkan membaca tentang dunia keibubapaan kerana ‘kerja’ ini datang dengan tanggungjawab.

Anda tentu tidak mahu gagal, bukan? Ini salah satu yang wajar mendapat perhatian anda [When Should You Consider Having A Family (Planning)]

Jadi wahai wanita, ambil masa anda, ikut keselesaan diri untuk membuat keputusan sendiri.

Sumber: Zayana Yusof

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comharga-perancang-keluarga-di-malaysia/

Penulis

Aqma