Bayi Pertama Lahir Berkat Pemindahan Rahim, Kini Wanita Tiada Rahim Juga Boleh Hamil!

Seorang wanita tiada rahim ini akhirnya berjaya bersalin! Mari lihat bayi pertama yang berjaya dilahirkan hasil pemindahan rahim oleh doktor pakar.

Takdir wanita tiada rahim

Susan* terlalu mahu ada seorang anak, tapi keadaan rahimnya tidak mengizinkannya. Susan menghidap sejenis penyakit yang dipanggil sebagai Absolute Uterine Factor Infertility (AUI). Ia sebuah keadaan di mana wanita tiada rahim atau ada rahim tapi ia langsung tidak berfungsi. 

Tapi kini, wanita tiada rahim seperti Susan mempunyai peluang untuk mengalami salah satu fasa terindah dalam hidup mereka iaitu – kehamilan dan proses bersalin.

Semua ini berterima kasih kepada prosedur pemindahan rahim, sesuatu yang masih berada di dalam fasa eksperimen.

Wanita tiada rahim tidak dapat mengalami proses kehamilan dan bersalin

Pemindahan rahim untuk wanita tiada rahim

Anda mungkin pernah mendengar tentang kes pemindahan buah pinggang atau hati. Organ yang dalam keadaan baik diambil dari orang yang sihat atau baru meninggal dunia dan ia dipindahkan ke pesakit. Dalam kes begini, pesakit mestilah berada dalam keadaan terdesak, dan boleh meninggal jika tidak dapat organ baru.

Apa yang membezakan tentang pembedahan rahim adalah, penderma masih hidup dan prosedur ini bukanlah bertujuan untuk memanjangkan nyawa pesakit.

Walaubagaimanapun, ia meningkatkan peluang untuk hamil. Kehamilan adalah benda yang akan memberi impak positif pada kesihatan mental seseorang wanita. Dan kerana inilah, pasukan di Pusat Medikal Universiti Baylor menjalankan tugas berat ini, untuk memberi harapan kepada wanita tiada rahim yang tidak boleh hamil.

Tangan bapanya memegang kepala bayi. Foto ehsan Pusat Medikal Universiti Baylor

Percubaan telah dijalankan pada 10 orang wanita tiada rahim dan menurut laporan, 3 daripadanya gagal.

Jadi, apabila Susan berjaya melahirkan bayi baru-baru ini, ia adalah pengalaman yang sungguh bermakna buat semua orang termasuklah dirinya, keluarga, penderma dan para doktor yang menjalankan pembedahan itu!

Ia juga amat bermakna untuk doktor yang menyambut bayi tersebut. Bayi Susan merupakan bayi pertama di Amerika Syarikat yang lahir dari rahim yang telah dipindahkan

Kerjasama pasukan menjadikan impian wanita tiada rahim ini tercapai

Penderma untuk rahim itu ialah Taylor Siler, seorang jururawat berusia 36 tahun yang bekerja di kawasan tersebut. Beliau ada 2 orang anak. Apabila terdengar tentang program pemindahan rahim, beliau mengambil keputusan untuk mendermakan rahimnya kepada Susan.

Mereka tidak pernah berjumpa, tapi sudah saling bertukar surat. Taylor melalui pembedahan selama 5 jam untuk mengeluarkan rahimnya. Dan bayangkan kegembiraan yang dirasanya apabila menerima surat mengatakan Susan berjaya hamil!

Kredit: Scroll.in

Para doktor memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. ‘Telur’ Susan telah disenyawakan dan embrionya dibeku sementara menunggu peluang. Pembedahan pemindahan berjaya dan Susan harus mengambil immunosuppressants bagi mengelak badannya menolak rahim yang baru diterima.

Kemudian barulah embrio ditanamkan dalam rahimnya selepas hampir setahun pembedahan pemindahan rahim itu dijalankan. Dan segala usaha keras terbalas apabila Susan berjaya melahirkan bayi tersebut!

Perjalanan untuk wanita tiada rahim masih panjang…

Pembedahan pemindahan rahim bukanlah sesuatu yang sering dilakukan di mana-mana sekarang. Salah satu faktor utama kenapa ia tak dijalankan adalah kerana kos yang terlibat.

Kredit: Yahoo

Insuran belum lagi melindungi perkara seumpama ini, jadi untuk mengumpul $500,000 bagi menjalani prosedur ini, ia adalah mustahil untuk sesetengah pihak.

Para doktor yang telah bekerja bersama Susan dapat melihat betapa proses pemindahan rahim ini sangat bermakna buatnya. Jadi kami berharap prosedur ini akan dipermudahkan kelak.

Salah seorang jururawat yang bertugas dan rapat bersama pesakit AUI menyatakan ini adalah harapan buat semua pesakit AUI.

Mari kita berdoa agar wanita tiada rahim berpeluang menikmati momen mengandung dan bersalin dengan bantuan pembedahan pemindahan rahim. Amin.

 

 

*Nama diubah untuk privasi 

Sumber: theAsianParent SingaporeBaylor University Medical CenterTIME

Baca juga:

 

5 Punca Wanita Tidak Subur Yang Menjejaskan Peluang Untuk Hamil, #3 Ramai Buat Silap!

Penulis

Aqma