Yakin Dengan Diri Sendiri: Wanita Hebat Ini Mahu Masuk Miss Universe!

Percayalah, apa yang penting adalah anda perlu yakin dan sayangi diri anda sendiri! Semua insan dicipta dengan sempurna oleh Tuhan. You go, girl!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sayangi Diri Anda

Banyak yang kita boleh belajar daripada wanita hebat ini!

Beliau telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia selepas kisahnya disiarkan oleh Huffington Post tempoh hari.

Evita Delmundo tidak segan untuk memuat naik gambar swafotonya di akaun Instagram. Lagipun, apa yang ingin dimalukannya?

Dia cantik, sama seperti gadis-gadis seusianya di Malaysia. Tapi gadis unik ini memiliki kecantikan yang luar biasa.

Beliau dipenuhi tahi lalat di seluruh muka hingga ke bahagian kakinya!

Kredit gambar: Instagram evita_delmundo

Akaun instagram beliau dihiasi dengan swafoto gembira, berkat menyayangi diri sendiri.

Dapat dilihat dari gambar, betapa beliau tidak menghiraukan pendapat orang lain dan hidup dengan gayanya yang tersendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beliau pernah dibuli dan dihina…

Tapi, sebenarnya rasa yakin dan sayangi diri sendiri itu tak datang dengan mudah.

Menurut Delmundo, beliau mengambil masa yang agak lama untuk menerima dirinya sendiri.

Beliau pernah dibuli dengan teruk ketika di bangku sekolah. Semua kanak-kanak lain akan mengejeknya dengan nama “monster” atau “chipsmore kerana tahi lalatnya itu. 

“Saya agak tertekan. Susah untuk lalui semua itu, terutamanya ketika anda sedang membesar,” ujar beliau dalam temu ramah dengan majalah Elle Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Instagram evita_delmundo

Akibat kecaman dan hinaan yang dilemparkan padanya, beliau terpaksa mengurungkan diri dan mengasingkan diri dari kawan-kawan.

“Saya tak tahu bagaimana ingin menangani situasi itu,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian ketika berusia 16 tahun, beliau menyertai satu program perkhemahan di gereja.

Perkhemahan tersebut yang banyak membantu dirinya untuk menerima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

“Di situ, saya benar-benar belajar untuk mencintai dan menyayangi diri saya sendiri. Saya juga belajar bagaimana ingin berkomunikasi dengan orang lain. Ini kali pertama saya benar-benar menerima siapa diri saya.”

Ingin menyertai pertandingan ratu cantik

Dulu, Delmundo mengakui beliau pernah terfikir untuk membuang semua tahi lalat yang ada di muka dan badannya kini. 

Tapi kini, beliau bersyukur kerana tidak bertindak melulu sedemikian. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit gambar: Instagram evita_delmundo

Pengikut di akaun Instagramnya meningkat sehingga 42,000 orang. Rata-rata memberi kata sokongan dan mengangkat beliau sebagai satu inspirasi pada anak-anak muda. 

Berbekalkan keyakinan diri yang baru ini, Delmundo nekad untuk menyertai pertandingan Miss Universe Malaysia. Itu adalah impiannya selama ini.

Disoal adakah beliau tidak takut jika dihukum di hadapan seluruh dunia jika beliau memasuki pertandingan tersebut, Delmundo tersenyum manis.

“Saya tak lihat pertandingan itu sebegitu. Impian saya adalah untuk menjadikan semua gadis di luar sana yakin dengan diri sendiri. Yakin dengan kecantikan masing-masing.”

You go, girl! Kami di theAsianparent Malaysia menyokong usaha Delmundo tersebut. Semoga gadis-gadis di luar sana boleh mengambil inspirasi daripada cerita ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecantikan luaran bukanlah segala-galanya.

Semua gadis memiliki kecantikan dalaman masing-masing. Dan keyakinan diri akan menyerlahkan kecantikan itu. Go, girl!

Panggilan balik untuk pertandingan Miss Universe Malaysia akan berlangsung pada bulan Julai.

Kami tidak sabar untuk melihat wanita muda yang penuh inspirasi ini mengawal pentas!

Sumber rujukan: Huffington Post

Kredit gambar: Instagram Evita Delmundo

Baca juga:

16 Panduan Membesarkan Anak Perempuan Yang Wajib Diketahui Semua Ibu

Penulis

Ayu Idris