Dalam membanteras penularan Covid-19, para barisan hadapan adalah wira negara yang berjuang habis-habisan agar penyakit berjangkit ini segera dihapuskan.
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan, segelintir daripada mereka telah dikerahkan untuk bekerja lebih masa hanya kerana ingin memastikan seluruh rakyat selamat dari dijangkiti virus jahat ini.
Pengorbanan wira negara
Pastinya seluruh negara dilanda keresahan ekoran pertambahan kes Covid-19 setiap hari meskipun pelbagai cara telah diambil oleh pihak kerajaan dan kawalan pergerakan sudah diperketatkan.
Para petugas kesihatan pula adalah golongan yang tidak menang tangan dalam menangani virus ini dengan menyediakan ujian saringan, merawat pesakit dan memberikan perkhidmatan sebaik mungkin untuk negara.
Namun pengorbanan yang dilakukan oleh wira negara ini tidak terlepas dari pelbagai kisah menyedihkan.
Difahamkan, seorang jururawat berusia 28 tahun bernama Mary sarat mengandung ditugaskan sebagai pasukan barisan hadapan.
Usia kandungan jururawat ini sudah memasuki lapan bulan, namun kesihatannya semakin merosot setelah didapati positif Covid-19 beberapa minggu yang lalu.
Dia sudah berkhidmat selama lima tahun di Hospital Dunstable didapati menjalankan tugas di wad yang menempatkan para pesakit Covid-19 sehingga 12 Mac lalu.
Keperluan lebih ramai petugas kesihatan
Menurut sumber, wanita ini terpaksa dihentikan kerja ketika kandungannya memasuki 7 bulan mengikut prosedur rasmi.
Tahap kesihatannya telah menurun setelah dijangkiti Covid-19 dan memaksa para petugas menyelamatkan bayi dalam kandungan melalui pembedahan kecemasan caesarean.
Seorang bayi perempuan telah berjaya dilahirkan, namun sehingga kini belum dikenal pasti sama ada dia turut menerima jangkitan penyakit ini dari ibunya.
Berita tragis ini telah mengumpul para pejuang meluahkan perasaan mereka dengan mengatakan wanita hamil tidak sepatutnya menjadi petugas barisan hadapan.
Organisasi penyokong pekerja kesihatan yang hamil di seluruh UK turut mengatakan bahawa beratus-ratus pekerja kesihatan telah dikerah untuk bekerja walaupun tanpa memakai pelindung keselamatan diri (PPE).
Bagi seorang ibu hamil, pastinya anda risau memikirkan risiko yang bakal berlaku terhadap keselamatan diri dan bayi dalam kandungan.
Sehubungan itu, ketua kempen Pregnant The Screwed menegaskan bahawa kejadian sebegini tidak akan berulang sekiranya dicegah secara lebih awal.
”Bayi perempuan comel ini membesar tanpa kasih sayang dan perhatian dari seorang ibu,” ujarnya.
Bukan itu sahaja, beliau turut menulis sepucuk surat kepada Royal College Of Obstetricians dan Gynecologists mendesak agar kerajaan mengubah panduan dan cara kerja petugas kesihatan.
”Sekiranya perlu, pekerja perubatan yang mengandung kurang dari 28 minggu boleh menjalankan tugas merawat pesakit biasa dan bukannya terdedah kepada pesakit Covid-19.” katanya.
Kehilangan yang memeritkan
Pada 7 April, Mary telah dimasukkan ke hospital dan didapati positif Covid-19. Pembedahan caesarean dilakukan segera memandangkan kesihatannya semakin merosot.
Pada awalnya, doktor menyangka bahawa jururawat berkenaan akan menunjukkn tanda-tanda semakin baik, namun sebenarnya virus Corona yang menyerang semakin mengganas sehingga meragut nyawa Mary.
Setiausaha Kesihatan Matt Hancock menyifatkan kisah ini sebagai sebuah kejadian yang mengerikan dalam temu bual dalam rancangan BBC Breakfast.
”Kami semua amat tersentuh dan berasa kehilangan dengan pemergian jururawat terbaik sepertinya,” ujarnya.
Menurut Ketua Eksekutif NHS Trust, David Carter mengatakan bahawa kelangsungan hidup bayi perempuannya yang sangat gelap ketika ini memerlukan sinar cahaya dari orang ramai.
Sebuah halaman GoFundMe telah berjaya dicipta dan mengumpul dana sebanyak £100,000 dalam masa 24 jam.
Ibu ayah dan bayi kecil Mary telah melakukan isolasi dan ujian saringan Covid-19. Kehilangan jururawat ini telah mendedahkan kebanyakan hospital berhadapan dengan kekurangan kelengkapan pelindung diri (PPE) serta topeng penutup muka.
”Golongan ibu hamil yang bertugas perlu menjaga jarak sosial iaitu dua meter dengan orang pada setiap masa dan dibayar gaji bulanan secara penuh,” ujar Joeli Brearly.
”Malangnya kami telah mendengar keluhan dari segelintir petugas berbadan dua yang telah dikerah untuk terus bekerja pada barisan hadapan dan persekitaran kurang selamat,” tambahnya.
Sumber: Dailymail
Kredit foto: Bernama
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.compesara-kerajaan