Daniel merupakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang telah dilahirkan dengan Cerebral Palsy. Cerebral Palsy merupakan satu kondisi di mana Daniel tidak dapat mengawal pergerakan dan postur tubuh badannya.
Daniel telah dilahirkan kedua seawal 29 minggu usia kandungan ibunya. Dia merupakan bayi pra-matang. Celebral Palsy yang dihidapi Daniel dipanggil Diplegic Cerebral Palsy.
Bahagian kiri badan dan kaki Daniel merupakan kawasan utama yang terjejas. Cerebral Palsy merupakan salah satu kecacatan fizikal yang paling kerap terjadi pada bayi baru lahir. Satu daripada tiga kanak-kanak yang menghidap Cerebral Palsy tidak boleh berjalan.
Daniel mula menyertai kelas yoga bagi menambah baik kekuatan dan fleksibiliti tubuhnya. Menurut guru Daniel, pada awalnya, Daniel tidak gembira dengan kelas yoga.
Daniel selalu memperkecilkan bahagian tubuhnya yang terjejas sebagai bahagian yang ‘nakal’, bahagian yang ‘buruk dan bahagian yang lemah, bahagian yang tidak buat apa yang dia ingin lakukan.
Namun semuanya telah berubah. Hampir kesemua gaya adalah sukar untuk Daniel. Tetapi Daniel mula sedar yang lepas beberapa kali berlatih, gaya-gaya tersebut mudah untuk dilakukan. Yoga juga telah membuatkan Daniel mempunyai keyakinan untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.
Yoga telah membantu Daniel berlari dan melompat lebih baik dan berdiri di dalam posisi yang betul (tegak). Daniel bercita-cita ingin menjadi pemain bola sepak atau guru yoga apabila dewasa nanti.
Diplegic Cerebral Palsy
Diplegic Cerebral Palsy merupakan sejenis cerebral palsy yang menyebabkan otot tegang dan kejang. Terutamanya otot kaki yang terlalu tegang hingga menyebabkan sendi menjadi kaku, menyebabkan pergerakan yang terhad.
Diplegic CP adalah salah satu cerebral palsy yang paling minor, dan selalunya ia tidak memberi kesan yang besar terhadap kepandaian dan kebolehan kognitif.
Punca Diplegic Cerebral Palsy
Afiksia neonatal merupakan punca yang paling lazim bagi Diplegic Cerebral Palsy. Ini selalunya terjadi apabila bayi baru lahir kekurangan oksigen.
Bayi pramatang dan berat badan yang tidak mencukupi mempunyai risiko yang lebih tinggi. Selain itu, jangkitan dari ibu seperti demam tinggi atau rubella semasa hamil juga merupakan risiko anak di dalam kandungan mempunyai Diplegic Cerebral Palsy.
Simptom-simptom Diplegic Cerebral Palsy
Ianya bergantung pada tahap sama ada sedikit atau teruk. Namun, antara simptom biasa Diplegic Cerebral Palsy ialah:
- Semasa masih bayi, mereka lebih menggunakan anggota badan bahagian atas berbanding menggunakan tangan mahupun kaki untuk merangkak
- Di usia antara 1 hingga 3 tahun, mereka lebih gemar duduk di dalam posisi W.
- Sesetengah kanak-kanak tidak dapat berdiri sendiri di usia 3 tahun.
- Apabila mula berjalan, kaki mereka mengarah ke dalam atau menyeret kaki semasa berjalan.
- ‘Spastic hip disease’ pada mulanya akan bertukar menjadi lebih teruk seperti tulang pinggul teralih atau masalah sendi.
- Hanya boleh berjalan dalam jarak yang dekat.
- Otot kaki mungkin terlalu kejung dan keras atau menjadi lembik dan lembut
Salah satu rawatan yang disyorkan untuk kanak-kanak yang menghidap diplegic cerebral palsy ialah dengan membuat terapi meransang dan menguatkan otot mereka. Seperti yang dilakukan oleh ibu bapa Daniel, menghantar ke pusat terapi seumpama yoga adalah sangat bagus untuk mereka. Mereka juga terdapat cawangan di Malaysia, di Penang.
Sumber: bbc, cerebralpalsysymptoms