Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Jika mahukan snek pilihan sihat untuk tulang lebih kuat dan si kecil lebih ceria, pilihlah Yogurt Lactel Kids! Anda juga berpeluang menangi percutian percuma!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yogurt adalah sumber kalsium yang baik bagi menyokong pembentukan tulang yang sihat untuk kanak-kanak membesar ceria dan cergas. Jadilah ibu bapa bijak dengan memilih Yogurt Lactel Kids sebagai snek sihat bagi menyokong tumbesaran sihat si kecil anda.

Yogurt mengandungi protein yang diserap dengan baik dalam badan kanak-kanak dan sumber kalsium yang baik untuk menyokong pembentukan tulang serta membantu menguatkan gigi.

Ia juga kaya mineral dan vitamin yang penting untuk pertumbuhan anak serta sumber kultur hidup yang baik kepada usus untuk memberi kesan positif terhadap proses pencernaan dan imuniti.

Yogurt Lactel Kids snek sihat untuk menyokong tumbesaran tulang kanak-kanak

Yogurt Lactel Kids diperkaya dengan kalsium, vitamin D dan kultur hidup untuk menyokong tumbesaran tulang dan usus yang sihat.

Dengan teksturnya yang berkrim, dicampur dengan puri buah asli tanpa pemanis tiruan tambahan ia mampu menyokong sistem penghadaman kanak-kanak untuk kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan.

Boleh didapati dalam pek 100 gram yang menarik dengan gambar-gambar haiwan comel berwarna terang seperti gajah (Ello), orang utan (Janggo) dan harimau (Tigo) ia pasti menarik perhatian anak anda untuk mengenali haiwan liar ini yang semakin diancam kepupusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Yogurt Lactel Kids boleh didapati dalam tiga perisa kegemaran kanak-kanak, iaitu strawberi, vanila dan pisang dengan puri buah-buahan yang pasti menambat selera si kecil anda!

Sertai peraduan ‘Play & Win- Lactel Kids Fun Frenzy IG Game’ 

Penyertaan dalam peraduan ‘Play & Win-Lactel Kids Fun Frenzy IG Game  membolehkan anda  merebut peluang memenangi percutian dan penginapan percuma 2 hari 1 malam di Genting Highland dan tiket taman tema yang berjumlah RM1,000. ’!

Hanya dengan tiga langkah mudah, anda mungkin antara yang bertuah membawa pulang hadiah menarik untuk seisi keluarga!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara untuk menyertai peraduan ‘Play & Win- Lactel Kids Fun Frenzy IG Game: 

  1. Ikuti @lactelmy di laman Instagram.
  2. Rakamkan video anda bermain permainan ‘the Fun Frenzy Instagram filter game’ di pautan ini. 
  3. Muat naik video ke profil Instagram anda dengan tetapan awam (public Instagram profile) dan tag @lactelmy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Menangilah percutian percuma ini untuk bergembira bersama keluarga tersayang di taman tema penuh keriangan! Tarikh tutup peraduan adalah pada 31 Julai 2022. 

Segala maklumat lanjut mengenai terma dan syarat peraduan anda boleh dapati dengan klik pautan ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan