Youtube Kids, Pilihan Yang Lebih Baik Untuk Anak Anda

Dengan membiarkan anak kita menggunakan gajet-gajet ini tanpa pengawasan orang dewasa, ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada video atau game yang berunsur negatif, keganaasan dan lucah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang ibubapa akan membiarkan anak mereka melayari Youtube dengan menggunakan tablet, Ipad atau telefon bimbit apabila mereka terlalu sibuk dengan urusan kerja & rumahtangga.

Dengan membiarkan anak kita menggunakan gajet-gajet ini tanpa pengawasan orang dewasa, ini boleh menyebabkan mereka terdedah kepada video atau game yang berunsur negatif, keganaasan dan lucah. Ini juga akan memberi akses mengenai trend cabaran media sosial yang berbahaya seperti ini dan yang ini.

Ibubapa yang telah mengambil langkah keselamatan untuk menghadkan video yang ditonton anak mereka, sudah kenal fungsi Safety On yang sedia ada.

Inilah contoh-contoh video yang mungkin ditonton anak anda jika fungsi keselamatan ini dimatikan.

Unsur Lucah

Jangan fikir anak yang sedang menggunakan iPad/tablet dalam bilik yang sama, tidak berani untuk menonton sesuatu yang tidak sepatutnya. Kanak-kanak yang terlebih berani atau bijak boleh memadamkan skrin gajet sebaik sahaja ibubapa datang menghampiri.

Kanak-kanak juga boleh ternampak, atau dengan tidak sengaja, memilih video lucah dari senarai History jika gajet tersebut gajet yang dikongsi bersama orang dewasa.

Kerana ingin tahu, saya telah mencuba eksperimen ini, untuk menunjukkan betapa mudahnya untuk kanak-kanak mendapatkan video yang berunsur tidak baik.

Saya telah masukkan kata kunci yang agak selamat seperti  "KIDS". Cuba tengok unsur video kedua dari hasil carian di Youtube apabila fungsi keselamatan dimatikan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sikap dan unsur yang tidak baik

Ada pula ibubapa yang membuat video reality show ala home video yang menunjukkan kanak-kanak yang tidak berkelakuan baik.

Entah kenapalah sesetengah ibubapa suka membuat video macam ni, sedangkan ini hanya akan mengalakkan kelakuan yang semakin merosot.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Banyak juga video yang menunjukkan karenah budak-budak melakukan prank atau gurauan yang olok-olok sahaja.

Cuba tengok contoh dibawah 3 contoh di bawah:

  • Kanak-kanak nakal yang memandu kereta ibu bapa
  • Kanak-kanak nakal memandu kereta mainan mereka ke stesen minyak
  • Kanak-kanak nakal kejutan ibu dengan merokok

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun rokok yang digunakan adalah rokok palsu, ini masih menanam idea merokok dalam minda kanak-kanak yang melihatnya.

YouTube Kids

Dengan mengunakan YouTube Kids, ibubapa boleh mengawal apa yang ditonton anak mereka. Ciri-ciri YouTube Kids:

  • Ibubapa boleh menetapkan dan menghadkan berapa banyak masa kanak-kanak bermain app.
  • Ibubapa boleh mematikan ciri carian, ciri clear History, ciri pause History, dan ciri-ciri lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak peringkat keselamatan yang memerlukan ibubapa untuk memasukkan kod nombor keselamatan untuk membuat perubahan kepada Settings yang telah ditetapkan.

Emel pengesahan juga akan dihantar kepada ibubapa, apabila perubahan dilakukan kepada Settings asal. Ini adalah langkah-langkah keselamatan tambahan yang ada apabila anda menggunakan YouTube Kids.

Mereka berharap langkah-langkah ini dapat menolong menghalang anak-anak daripada menonton apa yang mereka tidak sepatutnya.

Tukarlah kepada YouTube Kids hari ini. Untuk maklumat lanjut, klik sini jika anda menggunakan Android dan sini untuk Ipad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio