Ramai orang yang menganggap ukuran zakar lelaki yang besar memberi jaminan kepuasan semasa berhubungan seksual bersama pasangan.
Sedangkan kepuasan semasa bersama itu boleh dikira daripada beberapa faktor yang lain misalnya cara memulakan seks, persekitaran, cara melayan pasangan dan lain-lain.
Jadi jangan terlalu gusar sekiranya ‘cik abang yang dalam seluar’ tak cukup saiz sebabnya anda mampu memberi keghairahan kepada pasangan.
5 sebab mengapa zakar lelaki besar bukan penentu kepuasan
Menurut laporan yang diulas dalam Journal of Urology International, terdapat beberapa punca mengapa kepuasan semasa seks tak dapat dirasai sepenuhnya.
Untuk itu, kami ingin jelaskan kepada anda tentang beberapa alasan mengapa penis yang besar tidak menjamin kepusan. Berikut ini antaranya.
#1. Ukuran zakar lelaki besar menyukarkan untuk penetrasi dan oral seks
Bangga zakar besar sangat? Kalau nak tahu sebenarnya penis yang besar juga tidak menguntungkan. Mengapa saya cakap begitu?
Sebabnya ia memberi kesukaran bila masuk ke bahagian penetrasi dan oral seks.
Hal ini kerana, ukuran zakar yang besar itu susah untuk menyentuh bibir vagina dengan betul sampai pasangan rasa tak best sewaktu bersama. Opss!
#2. Tidak boleh lebih-lebih eksplorasi
Keduanya, bila suami punya zakar besar sangat, mereka tidak dapat mengeksplorasi lebih jauh di bahagian sensitif perempuan iaitu vagina.
Bahkan mereka sering kali sukar untuk menyentuh bahagian G-Spot yang terletak kira-kira dua inci dari miss v isteri.
Kekurangan dari sudut ini tentu membuatkan isteri rasa tak berselera untuk bersama sekaligus mengurangkan rasa kepuasan seks yang dilakukan itu.
Sedangkan ramai wanita yang rasa lebih ghairah bila penis pasangan dapat menjalar secara keseluruhan di bahagian sensitif yang satu itu. Barulah rasa lebih terangkat jiwa dan raga.
Lebih membimbangkan, perempuan rasa hilang mood terus untuk bersama suami atau paling tidak tiba-tiba dia minta hentikan seks dengan anda.
Tapi itu bukan bermakna anda gagal dalam memberinya sepenuh kepuasan tapi ada teknik lain yang boleh anda cuba supaya isteri lebih panas sewaktu bersama.
#3. Meningkatkan kepercayaan diri yang berlebihan
Ramai lelaki yang terlalu yakin diri apabila memiliki penis yang besar berbanding lelaki yang lain.
Apatah lagi mereka terlalu yakin dengan memiliki senjata yang besar itu dapat memuaskan pasangan mereka semasa beradu di atas ranjang.
Padahal tidak semuanya berakhir dengan gembira. Ini kerana, tak semua perempuan rasa puas hanya bila bersama lelaki yang ada penis besar.
Ini kerana perempuan lebih selesa bila kepuasan mereka dapat dicapai dengan cara yang betul.
Bahkan mereka juga memperhatikan cara belaian, sentuhan, imaginasi dan gaya-gaya berbeza yang boleh pasangan berikan.
Jadi seharusnya lelaki tidak terlalu fokus pada ukuran penis semata-mata.
Paling penting anda peka dan memberi perhatian kepada sentuhan yang halus yang dapat menyemarakkan api asmara dalam jiwa pasangan.
#4. Perempuan lebih suka didengari
Selain itu, kebanyakan lelaki yang memiliki penis dengan ukuran besar merasakan bahawa ia satu kelebihan.
Bahkan mereka terlalu percaya bahawa pasangan akan terlalu puas sewaktu bersama.
Tapi sayangnya, kepuasan bercinta bagi perempuan bukan hanya terletak pada penetrasi dan ukuran penis semata-mata.
Menurut ahli seksologi, Sherrisa Rodriguez, perempuan lebih menginginkan perhatian sewaktu bersama pasangan.
Selain sentuhan dan perlakuan yang tepat semasa bercinta adalah salah satu bukti bahwa lelaki memang memperhatikan pasangannya.
#5. Seks bukan hanya terletak semasa penetrasi
Kesimpulannya, kepuasan seks bukan hanya diperolehi sewaktu penis melakukan penetrasi pada vagina sahaja.
Kunci untuk mencapai orgasme bagi perempuan adalah tentang bagaimana lelaki menstimulasikan klitoris dan G spot sewaktu bersama.
Jadi semua hal ini yang dapat mempengaruhi keberhasilan sesebuah hubungan seksual dan bukan ukuran penis sahaja.
Inilah beberapa alasan mengapa ukuran penis bukan jaminan kepada kepuasan. Apatah lagi setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Jadi anda yang memiliki ukuran kecil, jangan terlalu khuatir kerana ukuran bukanlah satu-satunya faktor kepada kepuasan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Popbela
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga