Suami Dengan Zodiak Ini Miliki Potensi Jadi Ayah Yang BAIK, Semak Jika Tak Percaya!

Ramalan zodiak pasangan ini mengatakan bahawa lelaki yang menjadi suami anda adalah seorang bapa baik dan penyayang. Adakah mereka salah satu daripadanya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anda sedang menjalin hubungan asmara yang serius dengan suami sangat dicintai, tentu sahaja timbul pelbagai persoalan adakah nanti dia akan menjadi seorang ayah yang baik untuk anak-anak? Justeru, apa kata anda hanya periksa zodiak pasangan ini untuk mengetahui jawapan sebenar!

Tidak dinafikan peranan seorang ayah sebagai ketua keluarga adalah sangat penting. Selain menyokong setiap aspek dalam kehidupan, dirinya turut diperlukan dalam menguruskan tugasan berat dan membuat keputusan terbaik untuk sekeluarga.

Zodiak pasangan menunjukkan karakter ayah penyayang

credit to sources

Setiap wanita pasti mendambakan suami yang dapat mencurahkan segala kasih sayang terhadap anak-anak, seorang penyabar dan boleh membawa keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Kehadiran cahaya mata dalam keluarga sebenarnya melengkapkan lagi hubungan suami isteri. Namun, jika sekiranya segala keperluan dan tugas membesarkan anak-anak hanya terletak pada bahu satu pihak sahaja, ia pastinya bukanlah sesuatu keadaan yang baik.

Sebenarnya, anda dapat mengetahui perkara ini melalui tafsiran zodiak pasangan mengikut Boldsky, iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Taurus

Suami yang memiliki zodiak Taurus dikatakan memiliki kesabaran yang tinggi. Ini bermakna jika berdepan pelbagai ragam anak-anak, si dia masih boleh bertoleransi dengan keadaan.

Bukan itu sahaja, sifat lain ayah dengan zodiak Taurus ini adalah sangat sempurna dengan kemahuan yang tinggi. Sama seperti dia meletakkan segala usaha untuk bekerja keras, maka suami akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluan anak-anak.

#2. Leo

Sama seperti singa, lelaki dengan zodiak ini dikatakan memiliki sifat berani dan sanggup berdepan pelbagai risiko dihadapannya. Mereka akan selalu memberikan perlindungan dan jaminan keselamatan buat anda serta seluruh keluarga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, dia mungkin berdepan kesulitan untuk mengatakan ‘tidak’ ketika anak-anak meminta membelikan sesuatu. Bukan itu sahaja, sikap disiplin adalah satu-satunya kualiti yang paling ditekankan agar si manja membesar menjadi seorang anak berjaya.

#3. Libra

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami dan ayah dengan zodiak Libra selalunya ingin melihat kedamaian dan kebahagian di sekelilingnya. Mereka tidak sanggup berdepan dengan orang yang dilanda masalah kerana menganggap segalanya pasti dapat diselesaikan.

Lebih-lebih lagi jika dalam proses membesarkan anak-anak. Pastinya dia mudah cair dengan tangisan si manja sehingga berusaha memujuk untuk anak sentiasa tersenyum gembira.

#4. Capricorn

Sering mendengar bahawa lelaki dengan zodiak ini merupakan seorang yang sangat gilakan kerja? Hal tersebut memang benar, tetapi dia melakukannya hanya kerana niat untuk keluarga.

Bayangkan keluar awal pagi dan pulang pada lewat malam setiap hari. Meskipun anda berdepan kurang perhatian daripada suami, namun mungkin sahaja segala keperluan rumah dapat diperoleh dengan mudah.

Mereka juga memiliki impian besar untuk membina sebuah keluarga bahagia bersama wanita yang dicintainya.  Justeru, dia bersungguh-sungguh mencari wang agar dapat memenuhi segala permintaan isteri dan anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Cancer

credit to sources

Lelaki dengan zodiak ini akan cenderung menjadi seorang ayah yang sempurna. Mereka akan selalu mengutamakan keluarga dalam hidupnya.

Kedudukan isteri dan anak-anak adalah sangat tinggi dan sungguh bernilai. Jadi tidak hairanlah jika lelaki dengan zodiak ini sentiasa berusaha menjadi lelaki serta ayah terbaik untuk keluarga tercinta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#6. Pisces

Pisces membuktikan bahawa menjadi ayah yang penyayang dan sempurna adalah perkara paling penting. Justeru, mereka gemar menghabiskan masa bersama keluarga serta melayani anak-anak dengan baik.

Bukan itu sahaja, suami anda juga mungkin akan mengungkapkan seluruh perasaan cinta yang dimiliki seorang ayah terhadap anak-anak dan sekaligus meningkatkan kepercayaan hubungan suami isteri semakin kuat.

Justeru, tidak hairanlah anak-anak sering mengutamakan orang yang sangat dicintai mereka kerana sudah terbiasa dengan ajaran ayah sejak mereka kecil lagi.

Sebagai kesimpulannya, setiap manusia pastinya tidak sempurna. Sebagai seorang isteri dan peneman hidup pasangan, anda janganlah terlalu fokus melihat kelemahan dirinya dalam menjalankan tanggungjawab.

Bukankah kehidupan berumah tangga memerlukan rasa saling percaya, sayang-menyayangi dan bertolak ansur? Justeru, sama-samalah memberikan yang terbaik dalam membina sebuah keluarga bahagia.

Sumber: Liputan 6

Image: credit to sources

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.composisi-seks-kegemaran-pasangan