Audrey Bayi Bertuah, 1 Abad 34 Tahun Keluarga Ini Menanti Kelahiran Anak Perempuan

Bukan tidak mahu menerima bayi lelaki namun rezeki tidak berpihak kepada keluarga ini namun setelah 1 abad akhirnya mendapat khabar gembira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebuah keluarga yang tinggal di Michigan, Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat perkhabaran gembira apabila mendapat bayi perempuan yang mana bagi kebanyakan kita ia hanya perkara biasa tetapi tidak bagi keluarga itu kerana setelah lebih 1 abad keluarga mereka tidak pernah mendapat bayi perempuan

Bayi bertuah itu, Audrey yang kini berusia dua minggu dilahirkan pada 17 Mac 2023 merupakan anak kepada pasangan Carolyn dan Andrew Clark.

Berakhir penantian 1 abad

Susur galur unik tersebut dipecahkan oleh Aundrey yang merupakan anak perempuan pertama yang dilahirkan di sebelah keluarga Andrew sejak 1885 kira-kira 138 tahun yang lalu, menurut rekod keluarganya.

“Ia adalah satu kejutan besar untuk kami semua,” kata Andrew Clark dalam satu temu bual bersama Good Morning America.

Carolyn berkata apabila dia dan suaminya mula bercinta sejak 10 tahun lalu, dia pada mulanya tidak mempercayai kisah keluarga itu yang tidak pernah mempunyai kelahiran anak perempuan secara terus sejak 1 abad yang lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya bertanya kepada ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan,” ujarnya.

Dia menyambung, Andrew mempunyai bapa saudara dan sepupu yang mempunyai anak perempuan, tetapi dalam keturunannya, tidak ada seorang pun yang melahirkan anak perempuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasangan itu mendedahkan mereka mengalami keguguran pada 2021, jadi ketibaan Audrey adalah sangat istimewa.

Katanya lagi, apabila mendapat tahu dirinya hamil dia dan suaminya secara jujur tidak kisah sama ada mereka akan mendapat anak lelaki atau perempuan pada ketika itu dan bersyukur kerana mengandung dan hanya berdoa untuk kehamilan yang sihat dan bayi yang sihat.

Memandangkan anak sulung mereka ialah lelaki, jadi Carolyn dan Andrew turut menjangka akan meneruskan trend kelahiran tersebut namun takdir telah merubah segalanya.

“Kami sangat gembira kerana dia akhirnya berada di sini dan lebih gembira apabila anak ini dilahirkan sihat dan semuanya berjalan lancar ketika melahirkannya,” tambah Carolyn.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kisah lelaki atau perempuan, setiap anak pasti ada keistimewaannya tersendiri dan sayangilah mereka, tatanglah bagai minyak yang penuh kerana anak adalah amanah kepada setiap ibu bapa.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anak Lelaki Atau Perempuan? Ini 9 Tanda Anda Sedang Hamil Anak Perempuan Tanpa Scan!

Baca juga : 3 Posisi Seks Suami Isteri Perlu Cuba Jika Inginkan Anak Perempuan!

Baca juga : Cara-Cara Membesarkan Anak Perempuan

Penulis

Nursyamimi