Cara-Cara Membesarkan Anak Perempuan

Cara-Cara Membesarkan Anak Perempuan

Membesarkan anak perempuan sangatlah susah dalam generasi ini yang mementingkan kecantikan dan generasi ini juga sangat berbahaya dengan kes-kes pedofilia yang semakin serius.

screenshot-2016-11-30-14-35-40

Gambar dari Oh Bulan

Membesarkan anak perempuan sangatlah susah dalam generasi ini yang mementingkan kecantikan dan generasi ini juga sangat berbahaya dengan kes-kes pedofilia yang semakin serius.

screenshot-2016-11-30-14-37-29

Gambar dari Oh Bulan

Jadi, bila anak Che Ta Dan Nabil digambarkan menayangkan perut, Dan berpakaian seksi, walaupun mereka hanyalah masih kanak-kanak, mereka dikecam oleh pengguna Instagram yang lain.

Kes pedofilia yang semakin serius dengan kempen-kempen yang menentang kes seksual terhadap kanak kanak sepatutnya memberi amaran tentang pedofilia yang semakin melampau. Walaupun, mereka masih kanak-kanak, Dan boleh menunjukkan perut mereka, kita tidak dapat jangka apa yang difikirkan oleh pedofilia ini.

Kepada orang biasa, yang berfikiran waras, “Biarlah, mereka kanak-kanak lagilah, mereka pun belum akil baligh lagi, biarlah, dulu kita pun berpakaian spender, berlari seluruh kampung.” Itu adalah dulu, sebelum kewujudan Internet dan pedofilia tiada akses untuk mengintai badan kita. Sekarang, kewujudan internet memudahkan pedofilia untuk mengintai dan berfantasi tentang tubuh badan seorang kanak-kanak perempuan.

Galakkan anak perempuan untuk membaca buka daripada menonton program TV yang bukan-bukan

shutterstock_244112713-1

Kanak-kanak perempuan seawal 10 tahun digalakkan untuk memakai mekap, menari secara menggoda dan berpakaian seksi seperti Kendall Jenner atau Kylie Jenner. Pada mereka, ini adalah “cool” manakala perempuan seperti Malala Yousafzai adalah seperti “gadis kampung” Dan kebanyakkan mereka tidak tahu siapakah Malala Yousafzai.

Ia sangat berbahaya kerana mereka berpendapat bahawa mekap dan berpakaian seksi, barulah mereka boleh mendapat cinta dari kaum lelaki. Pujilah mereka untuk keputusan peperiksaan dan bukannya untuk kecantikkan mereka.

Ibu haruslah menjadi teladan yang baik

shutterstock_405102589-1

Tahukah anda bahawa ibu Kim Kardashian menggalakkan beliau untuk mengambil gambar lucah? Ibunya juga bertanggungjawab mengendalikan tempahan projek beliau dan selalu menempah Kim Kardashian untuk sesi fotografi lucah.

Sebagai seorang ibu, kita harus berperanan untuk membesarkan anak perempuan yang berkerjaya, berwibawa, berpelajaran dan mampu berdikari. Untuk membesarkan anak perempuan sebegini, ibulah yang memainkan peranan penting untuk memupuk, melatih, mendidik dan menjadi contoh positif kepada anak perempuannya.

Pegangan agama

membantu anak-anak meningkatkan tahap prestasi akademik sekolah
Juga, sebagai sebuah keluarga Islam, kita juga haruslah menjadi contoh dan melatih anak perempuan untuk menutup aurat. Besarkanlah anak perempuan dalam pegangan agama dan mereka akan mengingatinya selalu. Ajarlah mereka untuk menghormati diri sendiri supaya kaum lelaki akan menghormati mereka.

Peranan proaktif seorang bapa

https://www.youtube.com/watch?v=HJqJcy6BUJE

Peranan seorang bapa dan juga ketua keluarga adalah untuk memastikan isteri dan anak dijaga. Jagalah kesucian mereka dan ia adalah penting untuk seorang bapa untuk memainkan peranan proaktif dalam kehidupan anak perempuannya.

Baru-baru ini, telah viral satu video menunjukkan seorang bapa mencuba gimnastik untuk meluangkan masa bersama anaknya. Beliau dalam lingkungan umur 40-an sanggup cuba gimnastik kerana anak beliau berlatih gimnastik selama 30 jam! Akhirnya, anak perempuan beliau kagum dengannya dan mula menikmati “persahabatan” ayahnya.

Ajarlah mereka untuk berdikari

homework
Ia sudah menjadi “trend” untuk memakai baju, gaun cantik, seluar pendek pada anak perempuan dan melayan mereka seperti tuan puteri. Ini adalah sangat salah. Ya, anak untuk disayangi tetapi mereka juga perlukan bimbingan daripada ibu bapa mereka.

Ajarlah anak anda untuk mencuci baju, mop lantai, basuh pinggan, memasak, dan galakkan mereka untuk belajar ke tahap tertinggi. Barulah mereka boleh berdikari dan tidak bergantung kepada ibu bapa mereka. Takkanlah mereka nak bergantung kepada ibu bapa untuk membersihkan mereka dan mengemas rumah mereka bila mereka susah besar.

Jangan menggunakan duit sebagai penggalak

malaysian mum

Jangan menetapkan harga atau menggunakan duit sebagai penggalak. Bimbinglah mereka untuk membuat kerja amal tampa mengharapkan apa-apa. Ajarlah mereka bahawa duit bukan segala galanya dan duit tidak boleh membeli apa saja. Badan mereka ialah aset paling berharga dan seberapa banyak duit pun, tidak mampu membeli kesuciannya.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner