1 Bahagian Korban Untuk Satu Keluarga, Boleh Atau Tidak? Mengikut Hukum, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

1 bahagian korban untuk satu keluarga adalah antara persoalan orang ramai menjelang hari raya haji, oleh itu berikut merupakan hukumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1 bahagian korban untuk satu keluarga sering menjadi persoalan orang ramai ketika Hari Raya Aidiladha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji kian menghampiri. Artikel kali ini kami kongsikan sama ada anda boleh berkongs satu bahagian korban untuk satu keluarga.

Apa Itu Ibadah Korban?

Ibadah korban adalah sunnah muakkad (sunnah yang sangat dituntut) bagi umat Islam yang berkemampuan. Ia bukan sahaja melambangkan ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah, tetapi juga merupakan simbol pengorbanan dan kesediaan untuk menyerahkan yang terbaik demi Allah SWT.

Bolehkan 1 Bahagian Korban Untuk Satu Keluarga?

Mungkin anda tertanya-tanya adakah anda boleh melaksanakan ibadah korban dengan satu bahagian lembu untuk satu keluarga. Untuk pengetahuan anda, perkara ini dilihat dari sudut kemampuan seseorang individu.

Ulama telah berbincang dan bersepakat berkenaan perkongsian satu bahagian lembu untuk lebih dari satu nama. Andai individu tersebut kurang berkemampuan tetapi mempunyai niat untuk melaksanakan korban dan ingin berkongsi pahala dengan ahli keluarga yang lain maka ianya dibolehkan.

Menerusi satu penerangan daripada Mufti Wilayah Perseketuan, dalam Kitab al-Iqna’ (2/588) oleh al-Imam Muhammad al-Syarbibi al-Khatib menyebut:

“Hukumnya ialah sunat muakkad yang dianggap benar di sisi kami (Syafieyyah) secara sunat kifayah, (yakni) jika ramai ahli dalam sebuah rumah itu maka jika dilaksanakan korban seseorang daripada mereka, maka mamadailah (pahala korban) daripada sekalian lainnya. Jika hanya seorang sahaja, maka jadilah sunat ain”

Seterusnya penulis juga menyebut keharusan bersekutu dalam melaksanakan korban daripada seekor haiwan badanah (unta dan lembu) sebanyak tujuh orang berpandukan hadis Jabir RA:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُهِلِّينَ بِالْحَجِّ: «فَأَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَشْتَرِكَ فِي الْإِبِلِ وَالْبَقَرِ، كُلُّ سَبْعَةٍ مِنَّا فِي بَدَنَةٍ

Maksudnya: Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji lalu Baginda menyuruh kami bersekutu dalam menyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang.

Hadis riwayat Imam Muslim (1318)

Sementara itu, dalam sebuah hadis Aisyah R. anha yang diriwayatkan  oleh Imam Muslim (no. 1967) dalam Sahihnya, bahawa Rasulullah SAW berkorban dua ekor kibasy dan bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad, dan daripada umat Muhammad.

Berkata Imam al-Nawawi:

“Ulama berpandukan hadis ini bagi membenarkan ibadah korban seseorang itu bagi dirinya dan keluarganya, dan pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya. Inilah pandangan mazhab kami (Syafieyyah) dan jumhur, sedangkan dianggap makruh oleh al-Thauri, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya.”

Rujuk al-Minhaj (1967)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sememangnya asal hukum ialah satu bahagian mewakili nama seorang sahaja. Namun, dari sudut pahala, InsyaAllah Allah akan bahagikan pahala pada syiar, pelaksanaan sunnah, dan tolong menolong atas kebaikan.

Kepentingan Amalan Satu Bahagian Korban untuk Satu Keluarga

Simbol Kesatuan dan Kerjasama

Amalan satu bahagian korban untuk satu keluarga menggambarkan kesatuan dan kerjasama dalam keluarga. Ia menunjukkan bahawa setiap ahli keluarga turut serta dalam ibadah korban dan meraih ganjaran yang sama. Ini penting untuk memperkukuhkan hubungan kekeluargaan dan membina semangat kerjasama dalam melaksanakan ibadah.

Membantu Meringankan Beban Kewangan

Dengan berkongsi satu bahagian korban, ia dapat meringankan beban kewangan bagi sesebuah keluarga. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, berkongsi kos korban membolehkan lebih ramai umat Islam turut serta dalam ibadah ini tanpa merasa terbeban. Ini juga memberi peluang kepada keluarga yang kurang berkemampuan untuk meraih pahala korban.

Meningkatkan Kesedaran Sosial

Amalan ini juga meningkatkan kesedaran sosial dalam kalangan umat Islam. Ia mengingatkan kita tentang kepentingan untuk berkongsi rezeki dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Daging korban yang diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan adalah satu bentuk sedekah yang sangat dihargai dalam Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengukuhkan Keimanan dan Ketakwaan

Melalui amalan korban, setiap ahli keluarga dapat mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Pengorbanan haiwan korban adalah manifestasi nyata ketaatan kepada perintah Allah dan menunjukkan kesediaan untuk mengorbankan sesuatu yang bernilai demi mendapatkan keredaan-Nya.

Amalan 1 bahagian korban untuk satu keluarga adalah satu amalan yang penuh hikmah dan manfaat. Ia bukan sahaja membantu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengurangkan beban kewangan, ia turut meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Sebagai umat Islam, kita perlu terus memelihara dan menghayati amalan korban ini dengan sebaiknya. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan serta keredaan-Nya kepada kita semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Solat Sunat Istiqa: Niat Dan Panduan Doa Minta Hujan

Baca juga: Niat Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh) 13, 14 & 15 Bulan Islam, Umpama Puasa Sepanjang Tahun

Baca juga: Doa Tahnik Bayi Yang Mudah & Ringkas Berserta Cara Tahnik Ikut Ustaz Don

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Anis