Mengenalkan makanan kepada bayi haruslah bertahap. Kerana sistem pencernaan mereka masih berkembang.
Agar selamat dan tidak menganggu kesihatan si buah hati, elakkan 10 jenis makanan di bawah ini, sekurang-kurangnya hingga bayi berusia 1 tahun.
10 jenis makanan yang harus dielakkan untuk bayi di bawah 1 tahun
1. Susu sapi
Jangan menggunakan susu sapi sebagai pengganti ASI untuk bayi. Jika ibu tidak memungkinkan untuk menyusu, berikan dia susu formula yang sudah diproses untuk dicernakan oleh bayi.
Namun susu sapi yang terdapat dalam yogurt atau kueh-kueh cukup selamat untuk bayi.
2. Madu
Madu mengandung bakteria yang dapat menyebabkan botulism pada bayi di bawah 1 tahun.
3. Makanan yang lengket atau keras
Makanan lengket atau keras berisiko membuat bayi tersedak. Seperti popcorn,marshmallow, gula-gula, dll.
4. Sayuran atau buah keras mentah
Sayuran atau buah yang keras boleh diberikan mentah jika bayi sudah punya cukup gigi untuk mengunyahnya. Seperti lobak, potongan buah kaleng, juga buah-buahan bulat besar speerti anggur.
5. Kacang-kacangan
Semua jenis kacang-kacangan berisiko membuat anak di bawah 4 tahun tersedak. Tapi sehelai kacang tentunya selamat.
6. Minuman mengandung kafein
Minuman berkafein seperti soda, teh, atau bahkan kopi. Tidak hanya untuk bayi, minuman-minuman ini juga sebaiknya tidak diberikan untuk kanak-kanak.
7. Jus buah lebih dari 120ml
Kebanyakan minum jus buah dapat berisiko mengakibatkan anak mengalami malnutrisi dan anemia. Selain itu juga boleh menyebabkan cirit-birit, merusak enamel gigi, perawakan tubuh pendek, hingga obesiti kelak.
8. Keju yang tidak dipasteur
Keju yang dipasteur boleh menyebabkan risiko keracunan pada bayi. Periksalah label keju yang anda beli sebelum memberikannya pada bayi.
9. Makanan laut
Makanan laut seperti kerang, udang, lobster, ketam, dapat mencetuskan alahan pada bayi. Bicarakan terlebih dahulu dengan doktor anda jika ingin memberikan makanan laut untuk bayi di bawah 1 tahun.
10. Ikan yang tinggi kandungan merkuri
Seperti swordfish atau ikan pedang, ikan hiu, tilefish, dan king mackarel. Bahkan orang dewasa juga tidak boleh memakannya terlalu sering, terutama ibu hamil.
Semoga informasi ini berguna, Parents!