Tanpa kita sedar, ada racun dalam makanan anak yang sering kita terlepas pandang. Sebab itu penting, ibu bapa memilih makanan anak yang bersih, sihat dan berkhasiat.
Hari ini, kami di theAsianparent Malaysia akan menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan 10 racun dalam makanan yang sering tak diketahui ibu bapa.
Makanan-makanan ini mungkin tidak membawa maut jika tidak diamalkan selalu, namun jika diambil berlebihan, ia akan bawa padah pada tubuh anak dan keluarga.
10 racun dalam makanan yang patut anda elak
1. Minyak sayur pada tin minuman
Anda tahu tak apa itu Bromin? Racun dalam makanan seperti bromin ini adalah sejenis bahan kimia yang biasanya digunakan dalam kolam mandi.
Jangan terkejut, bila kami ingin katakan bromin ini turut ada pada minuman tin! Ia digunakan untuk menjaga makanan tersebut dari tercemar.
Bromin atau perkataan saintifiknya BVO, Brominated Vegetable Oil, boleh memberi kesan pada lemak tubuh, otak, hati dan organ yang lain.
Kini, negara Jepun dan Eropah melarang penggunaan BVO pada produk makanan buatan mereka.
Disebabkan hal ini, ibu bapa perlu melihat label setiap makanan sebelum memberinya pada anak.
2. Pembasmi hama tanaman
Biasanya, pembasmi hama ini digunakan untuk membunuh hama yang mudah terdapat pada tanaman buah dan sayuran.
Malangnya, racun dalam makanan ini tetap melekat pada buah dan sayur.
Pilihan terbaik adalah memilih buah dan sayur yang diperbuat dari baja organik.
Racun dalam makanan ini berbahaya pada perkembangan otak anak, masalah tingkah laku dan lemah dalam pelajaran. Malah, kalau diambil, ibu hamil turut menyebabkan masalah pada tumbesaran janin.
Sebab itu, kita digalakkan basuh buah terlebih dulu sebelum bagi anak makan. Manakala sayur pula digalakan dimasak dulu.
Ingat, jangan bagi anak makan sayur mentah!
3. Kimia dalam plastik
Kredit: Lifestyle okeszone
Kimia dalam plastik dipanggil phthalates. Ia boleh ditemui pada bahan plastik yang sering digunakan untuk membungkus makanan.
Kesannya, ia boleh menjadi racun dalam makanan dan menyebabkan masalah kesihatan.
Untuk mengelakkan racun dalam makanan ini, anda digalakkan mengeluarkan makanan dengan segera dan pindahkan ke atas pinggan bersih.
4. Racun dalam beras
Terkejut tak bila kami kata ada racun dalam makanan seperti beras? Ya, betul memang ada dan ia dipanggil arsenik.
Ia bersifat karsinogen iaitu menyebabkan kanser dan lemah daya ingatan ketika belajar.
Sebab itu, kita kena basuh dulu beras sebelum dimasak. Malah makan nasi berlebihan juga boleh menyebabkan obesiti pada anak.
5. BPA
Perasan tak, kalau anda pergi beli botol susu anak, mesti ditulis BPA free. Kenapa agaknya dan apa itu BPA?
BPA atau Bisphenol-A adalah kimia yang digunakan untuk produk makanan atau bekas makanan dan minuman.
Sebab itu banyak produk bayi dilabel BPA free untuk memberi keyakinan kepada pengguna.
Kesan BPA pada tubuh ialah menyebabkan kanser, kerosakan organ reproduksi lelaki dan wanita, autisme, dan mengganggu perkembangan otak.
Bahkan, sardin tin pun ada BPA. Sebab itu, elak makan ikan sardin tin terlalu kerap!
6. Pewarna makanan
Racun dalam makanan juga boleh didapati dalam pewarna makanan. Yalah kan, kita ini buat makanan selagi tak curah dengan warna warni, tak menarik lah kan? Tapi ia bahaya!
Pewarna makanan seperti red 40 dan yellow 5 boleh membuatkan anak hiperaktif. Selain itu, ia juga menyebabkan anak alergi, gatal-gatal dan bengkak.
Tapi susah juga nak tentukan produk makanan mana yang mengandungi pewarna berbahaya.
Sebaiknya, gunakan pewarna yang semula jadi seperti pewarna hijau guna air daun pandan. Kalau kuning guna kuning telur.
7. Antibiotik pada daging haiwan
Selalu dengar ayam disuntik ubat bagi gemuk. Ha…inilah kisahnya. Haiwan seperti ayam disuntik ubat hormon untuk dagingnya lebih besar dan banyak.
Jadi, elakkan beri anak makan ayam terlalu kerap. Kalau ikan tak mengapa, sebab kandungan protein yang tinggi dan bagus untuk perkembangan anak.
8. Makanan dimasak dalam microwave
Makanan yang dimasak dalam microwave juga boleh mengeluarkan bahan kimia berbahaya ketika dipanaskan.
Kimia seperti perfluorinated chemicals digunakan dalam popcorn segera yang dimasak dalam microwave. Ia beri kesan bahaya pada anak.
Sebab itu kita tidak digalakkan membeli makan segera dan panaskan dalam microwave. Ia tak bagus malah memberi kesan mendalam pada kesihatan anak.
9. Bahan kimia dalam makanan proses
Menurut Lembaga Kanser WHO, hasil kajian mereka mendapati makanan proses seperti nuget, sosej, daging kisar dan lain-lain boleh menyebabkan kanser.
Dalam kajian mereka, pengambilan satu sosej setiap hari berisiko terkena kanser usus sebesar 18%. Jadi, elakkan beri anak makanan proses kerana ia tak bagus untuk perkembangan anak ketika belajar.
10. Pemanis buatan
Racun dalam makanan juga boleh ditemui dalam pemanis buatan makanan anak. Ia dikenali sebagai Aspartame.
Jika pemanis buatan ini diambil terlalu kerap, ia akan menyebabkan enzim semula jadi tubuh manusia tidak dapat berfungsi dengan baik bagi mencegah obesiti dan diabetes.
Oleh itu, hindari dari memberi anak makan makanan yang terkandung aspartame. Selain itu jangan bagi anak makan gula-gula terlalu banyak kerana ia tak bagus untuk perkembangan otaknya.
Justeru, mari sama-sama kita menghindari makanan yang berbahaya pada anak. Semoga artikel ini bermanfaat dan jangan lupa kongsikan di laman facebook anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Foto: The Indian Express
Sumber: theAsianparent Indonesia
Baca juga:
https://my.theasianparent.commakanan-yang-perlu-dielak-ketika-menyusu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!