10 pelajar MRSM diberhentikan akibat buli

Keputusan tersebut dicapai selepas dicadangkan Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM) dalam mesyuaratnya Isnin lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Awal Mei lalu, enam pelajar tingkatan dua sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Parit, Perak, dipercayai menjadi mangsa buli pelajar senior sehingga mengalami kecederaan fizikal di badan. Menurut siasatan yang telah dijalankan, mereka dibuli kerana enggan meminjamkan kasut bola milik mereka.

Kesemua sepuluh pelajar senior didapati bersalah di dalam kes ini dan diberhentikan persekolahan. Keputusan tersebut dicapai selepas dicadangkan Jawatankuasa Rayuan Maktab (JRM) dalam mesyuaratnya Isnin lalu. Semua pelajar yang terbabit juga telah diberikan peluang untuk membela diri.

Menurut Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ini harus dijadikan pengajaran kepada pelajar lain agar tidak melakukan perkara diluar kesopanan dan kesusilaan kita. Juga, kepada ibu bapa agar tidak risau kerana mereka tidak akan berkompromi di dalam kes sebegini.

Surat penamatan pengajian sudah dihantar kepada semua ibu bapa 10 pelajar terbabit menurut Datuk Ahmad Jazlan Yaakub lagi.

Buli

Perbuatan membuli bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Pernahkah anda membaca kisah Ibu ini mengongsikan gambar anaknya yang menyayat hati di hospital akibat dibuli yang melibatkan pembuli yang sangat muda? Atau pernahkah anda menyemak sama ada Adakah Anak Anda Seorang Buli?

Banyak bukan kisah pembulian yang berakhir dengan pengakhiran tragis? Namun tahukah anda kesan buli yang sebenarnya selain kecederaan fizikal?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan buli

Kesan buli bukan sahaja terhadap orang yang dibuli malah, juga akan memberi kesan terhadap yang membuli. Bagaimana? Berikut adalah antara kesan buli:

Yang dibuli:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Hilang rasa keyakinan diri
  2. Masalah kesihatan seperti kecacatan fizikal sama ada kekal atau sementara
  3. Depresi atau kemurungan
  4. PTSD, post trauma syndrome disorder, di mana mangsa akan mengalami kesukaran menjalani kehidupan biasa akibat pengalaman yang memberi trauma
  5. Penurunan pencapaian akademik (terdapat banyak kajian saintifik membuktikan hal ini)
  6. Di dalam kes yang serius, hingga menyebabkan bunuh diri

Yang membuli:

  1. Menjadi orang dewasa yang agresif
  2. Terbiasa membuli hingga membawa ke alam rumah tangga (keganasan rumah tangga)
  3. Mudah terpengaruh dengan perbuatan jenayah
  4. Kepada yang diambil tindakan, akan mencacatkan fail pencapaian akademik
  5. Bakal melahirkan pembuli lain (contoh pada anak)

Buli bukan hanya kes fizikal, terdapat juga pembulian siber dan pembulian seksual yang harus diberi perhatian. Kes pembulian bukan sahaja memberi kesan emosi dan mental terhadap yang dibuli malah terhadap yang membuli dan mereka memerlukan bantuan.

Mereka mungkin tidak mengaku yang mereka memerlukan bantuan, namun sebagai ibu bapa kita harus cuba menghulurkan bantuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Membuli juga merupakan salah satu tanda seseorang itu perlu mendapatkan bantuan kesihatan mental. Terdapat banyak badan kerajaan dan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kesihatan mental.

Anda boleh merujuk sebahagian dari badan kerajaan yang menyediakan perkhidmatan ini di sini: Kesihatan mental, dapatkan bantuan di peringkat awal.

Sumber: harianmetro, stopbullying

Penulis

Aqma